Bagi peminat filem-filem Melayu klasik, pasti sudah arif dengan nama Allahyarham Datuk Mustapha Maarof. Siapa tidak lupa peranannya sebagai putera raja (Bawang Putih Bawang Merah), Tun Zainal (Hang Tuah) dan Samad (Pontianak). Tetapi tidak ramai tahu, bapanya Allahyarham Maarof Zakaria sebenarnya seorang pejuang tanah air yang memperjuangkan nasib orang Melayu melalui kaedah ekonomi dengan mengasaskan bank milik orang Melayu pertama di negara ini. Tetapi kerana hasad dan cemburu, Maarof m4t1 dibvnuh pada 4 Disember 1947 dan sehingga hari ini, kes pemb0n0han itu masih belum dapat diselesaikan.

Latar belakang

Anak jati Seri Menanti, Negeri Sembilan ini dilahirkan pada tahun 1904 dan merupakan sebahagian daripada kelompok kecil elit Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris. Maarof hidup sezaman dengan Pendeta Za’ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad (16 September 1895 – 23 Oktober 1973) dan penulis Melayu terkenal, Ishak Haji Muhammad/Pak Sako (14 November 1907 – 7 November 1991).

Sebelum membuka Malayan National Bank, beliau pernah berkhidmat sebagai penolong pegawai daerah di Selama, Parit, Kampar dan Tapah, Perak, penolong pendakwa raya semasa era penjajahan Jepun, majistret di Kuala Lumpur dan timbalan pendakwa raya di Selangor. Beliau juga turut mempunyai sebuah firma guaman sendiri bersama rakan kongsi mendiang Tan Sri SM Leong.

Tatkala rakan-rakan seperjuangan memilih jalan politik bukan saja menentang penubuhan Malayan Union tetapi juga merintis jalan ke arah kemerdekaan, Maarof memilih cara berbeza iaitu ekonomi. Datuk Mustapha pernah menceritakan tatkala bapanya sedang sibuk merancang bank Melayu pertama di negara ini, beliau pernah ditawarkan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ketika itu, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad berikutan pengalaman luasnya sebagai pentadbir.

Bagaimanapun, tawaran tersebut ditolak dengan baik atas alasan minatnya lebih menjurus kepada bidang guaman dan ekonomi. Ini membuka jalan kepada perlantikan Allahyarham Tun Abdul Malek Yusuf sebagai Menteri Besar pertama dari 1948 hingga 1953.

Malay National Bank

Maarof percaya sekiranya orang Melayu hendak bangkit, mereka perlu bangkit bukan saja dari segi politik tetapi juga ekonomi. Dan untuk mempunyai kekuatan dalam politik, sistem ekonomi yang kuat harus menjadi tulang belakang di sebaliknya dan satu cara yang boleh dilihat menerusi sistem perbankan yang sistem4tik.

Bagaimanapun, usaha itu bukan mudah dilaksanakan kerana dasar ekonomi British yang berat sebelah dan bias terhadap Melayu mengakibatkan sebarang usaha diperkenalkan mereka berakhir dengan kegagalan.

Dari segi bank, dua bank yang beroperasi ketika itu ialah The Chartered Bank milik British dan bank milik Cina iaitu Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC). Orang Melayu tidak dibenarkan meminjam wang dengan bank-bank ini sekaligus memaksa mereka meminjam dengan ceti haram untuk pelbagai urusan seperti dipaparkan dalam filem Bujang Lapok dan Do Re Mi.

Menerusi Malay National Bank yang ditubuhkan bersama rakan lamanya Tan Sri SM Leong, Maarof mahu mengubah situasi itu termasuk mengelak orang Melayu terperangkap dalam bebanan hutang ceti-ceti ini. Bank tersebut didaftarkan pada 12 Mei 1947 dan disahkan oleh Timbalan Pendaftar Syarikat Malayan Union, Lee Keng Hong. Bank ini menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pinjaman, saham, keselamatan dan harta, bon, stok dan penyimpanan yang memberi kemudahan untuk masyarakat Melayu berurusan.

Meskipun Maarof hanya memegang jawatan Pengarah Urusan Kanan hampir tujuh bulan, beliau berjaya mengumpul kira-kira 10 pemegang saham utama yang menggerakkan modal bank ini di mana kesemua mereka terdiri daripada peniaga dan golongan elit Melayu. Malah, ia turut dibantu juruaudit Walter Grenier & Co yang dilantik Maarof bagi memantau aliran tunai akaun bank ini yang ketika itu dan kajian mendapati, daripada 75 peminjam awal, dua daripadanya merupakan lelaki Cina.

Cubaan bvnuh…

Dengan kejayaan sebegini, sudah pasti ada mata-mata yang melihat Malay National Bank dan Maarof dengan pandangan penuh benci. Dan dengan kebencian, maka yang keluar ialah keinginan untuk menghapuskan duri dalam daging kepada pesaing-pesaingnya. 10 bulan sebelum beliau dibvnuh di Bentong pada 4 Disember 1947, satu cubaan bvnuh gaya mafia digerakkan di kediaman baru Maarof di Taman Seputeh, Jalan Klang Lama selepas berpindah dari rumah lama mereka di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ketika itu, Maarof tiada di rumah dan anaknya, Datuk Mustapha bersama seorang bapa saudaranya yang bisu mengecat rumah baru mereka yang terletak di bahagian bawah bukit dengan jarak antara rumah di atas bukit dengan bahagian bawah hanya lima minit dengan berjalan kaki.

Datuk Mustapha bercerita, “Ketika sedang menyiapkan kerja akhir di tingkat bawah, tiba-tiba terdengar bunyi t3mbakan. Bunyinya cukup kuat. Saya nampak tiga lelaki meluru ke arah rumah kami dan mereka melepaskan tiga das t3mbakan.”

Kedua-duanya segera melarikan diri dan bersembunyi di kawasan belukar berhampiran. Beliau percaya pembvnuh-pembvnuh itu menyangka bapanya itu sudah berada di rumah sedangkan menurut pengetahuannya, Maarof masih belum pulang dan masih berada di Kuala Lumpur. Selepas yakin keadaan sudah selamat, barulah kedua-duanya kembali ke rumah di atas bukit.

Rajah 1: Lakaran grafik kronologi cubaan bunuh Maarof. Sumber: Berita Harian. https://www.bharian.com.my/node/46869

Walaupun selepas bapanya pulang, Datuk Mustapha masih bersembunyi kerana masih takut. Beliau menambah, “Saya dengar suara ayah menjerit memanggil nama saya. Ayah berada di rumah pertama kami (kawasan bawah). Tetapi kami langsung tak menyahut kerana bimbang mungkin ayah dijadikan tebusan dan mungkin itu taktik penjahat memaksa kami keluar dari tempat bersembunyi.” Selepas memaklumkan apa yang berlaku, Maarof kemudiannya membuat laporan polis di Brickfields sebelum kembali berpindah ke kediaman lama mereka di Kampung Baru.

Pembvnuhan menyayat hati…

Insiden itu menjadi petanda apa yang dilakukan Maarof bakal membahayakan dirinya. Dan itulah yang terjadi pada 4 Disember 1947 apabila beliau yang ketika itu berumur 43 tahun dicvlik semasa dalam perjalanan dari Kampung Baru menuju ke rumah ibunya di Seremban. Selepas tiga hari dicvlik, mayatnya ditemui dalam keadaan cukup menyayat hati iaitu dig4ntung pada sebatang pokok dalam hutan berhampiran Batu 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Pahang pada Sabtu, 7 Disember 1947.

Semasa ditemui, mangsa masih memakai seluar khaki sementara jam tangannya dipercayai jenama Rolex dan pakaian tidak dicuri. Tetapi kehilangan tayar belakang dan tayar simpanan kereta milik beliau menimbulkan tanda tanya kepada pihak berkuasa. Selain itu, pihak berkuasa juga merasa pelik bagaimana kereta Maarof boleh berada di Bentong.

Kehilangan dan pembvnuhan Maarof mendapat liputan meluas akhbar ketika itu termasuk The Straits Times dan The Sunday Times. Kedua-dua akhbar menjadikan berita tersebut sebagai tajuk muka hadapan berita masing-masing. Berdasarkan keterangan isterinya yang juga ibu tiri Datuk Mustapha, Kamsiah Mohd Ali, mengikut rancangan beliau akan pulang pada petang Khamis dan jika lewat, Maarof akan bermalam di Seremban sebelum pulang keesokan harinya. Apabila dibawa polis melihat kereta Austin yang ditinggalkan di Bentong, Kamsiah mengesahkan kereta tersebut milik suaminya.

Rajah 2: Gambar keratan akhbar The Straits Times berkenaan kes bvnuh Maarof. Sumber: Berita Harian. https://www.bharian.com.my/node/45827

Menurut polis, mereka percaya Maarof dicvlik oleh sekumpulan lelaki yang menaiki kereta lain sebelum membawanya ke Bentong sebelum meninggalkan kereta di Batu 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong. Mereka melalui jalan tersebut beberapa kali untuk mencarinya tetapi gagal sebelum menemui mayat beliau pada 7 Disember. J3nazah kemudiannya di\k3bumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Mohamaden, Ampang, Selangor. Sehingga hari ini, kes b0n0h beliau masih gagal diselesaikan termasuk pelaku di sebalik jenayah kejam itu.

Semasa mengetahui berita kem4tian bapanya itu, Datuk Mustapha berusia 13 tahun ketika itu dan sedang menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Selepas mendapat berita melalui telegram, beliau terpaksa menanti sehingga keesokan harinya untuk menaiki keretapi pulang ke Kuala Lumpur. Sepanjang malam beliau tidak dapat melelapkan mata mengenangkan apa yang berlaku.

Keesokan harinya, Datuk Mustapha diiringi seorang pengawas MCKK menaiki keretapi pulang ke Kuala Lumpur dan tiba pada waktu senja. Kepulangannya itu disambut oleh sepupunya, Mustafa Yusof dan mereka pulang menaiki kereta Austin milik bapanya itu. Dalam perjalanan, kedua-duanya hanya membisu kerana terlalu sedih dengan apa yang berlaku. Datuk Mustapha menambah, “Dia cuma cakap… Tapa, your daddy dah tak ada. Itu saja. Saya pun tak terkata apa-apa.”

Sehingga ke akhir hayatnya (Datuk Mustapha meninggal dunia pada 15 Disember 2014), Datuk Mustapha merasa hairan mengapa bapanya menjadi mangsa jenayah kejam itu. Ini kerana menurut beliau, bapanya merupakan seorang yang peramah dan tidak pernah lokek membantu orang lain. Tambahnya, “Dia bukannya ada hutang dengan sesiapa. Saya sendiri mengkaji, dia tiada masalah itu. Bahkan, jika balik ke kampung, arwah akan tumpangkan sesiapa saja yang ditemui di tepi jalan. Arwah orang kampung, itulah sikapnya. Seperkara lain, dia tak pernah lupa diri. Hobi suka menjala dibawa ke mana-mana saja dia pergi. Dulu, kami sering menjala ikan di lombong Sungai Besi. Saya sendiri belajar menjala daripada ayah.”

Keadilan dan legasi

Justeru, tidak hairanlah sudah wujud usaha mendesak pihak berkuasa membuka semula siasatan bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan. Bagi ahli keluarga Maarof terutama Datuk Mustapha dan cucu saudaranya merangkap bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar, mereka hanya mahukan keadilan kerana percaya beliau sebenarnya dibvnuh dan bukannya membvnuh diri seperti didakwa dalam rekod British.

Tetapi untuk membuka semula kes ini agak sukar atas sebab kekangan kewangan dan tempoh kes yang berlaku sebelum era kemerdekaan. Justeru, apabila siri laporan khas kes Maarof disiarkan di Berita Harian pada 2014 dan 2015, wujud desakan kepada pihak berkuasa untuk membuka semula siasatan. Hasilnya, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan kesediaan membuka semula fail siasatan polis berkenaan kes bvnuh Maarof. Namun sehingga hari ini, ia masih lagi sepi tanpa sebarang berita.

Tetapi apa terjadi kepada Malay National Bank? Selepas kem4tian Maarof, peranannya diambil alih oleh anak saudaranya, Mustafa. Mustafa memegang sejumlah besar saham dalam bank berkenaan sebanyak 5,410 unit semasa ia membuka dua juta saham dengan nilai RM10 sesaham yang dikhaskan untuk membantu orang Melayu terutama dalam bidang perniagaan.

Beliau dibantu oleh tokoh-tokoh Melayu lain termasuk Mohammad Salleh Eusoff, Yahya Mohamed Seth dan Kamsiah Maarof berusaha membawa bank berkenaan ke peringkat lebih tinggi. Daripada 75 peminjam bank berkenaan, majoriti peminjamnya ialah orang Melayu di mana ia digunakan sebagai modal awal perniagaan mereka. Bank berkenaan turut mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu Rembau dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan, Temerloh dan Raub, Pahang, Kemaman, Terengganu dan Muar, Johor.

Semasa membentangkan laporan tahunan bank berkenaan pada 30 Jun 1948, Mustafa menegaskan ia merupakan sebahagian daripada usaha mengembalikan semula kedaulatan orang Melayu melalui ekonomi.

Tambahnya, “Pengerusi yang pertama (Maarof), sungguh pun tidak dengan nyatanya mengambil bahagian dalam perjuangan siasah itu, percaya kuasa siasah yang di akhirnya akan didapati itu, hanya boleh diselenggara sekiranya kita serentak mempertemukan kehendak kita dalam lapangan perdagangan. Bagi orang Melayu, pengekalan bank ini ialah satu perkara yang sangat mustahak. Baginya tujuan yang besar ialah memberi bantuan kepada rakyat dan bantuan itu boleh dihulurkan dengan pertolongan bersama-sama pemegang saham dan juga orang-orang yang belum menjadi pemegang saham mengambil saham yang dikeluarkan.”

Satu legasi Maarof yang masih bertahan sehingga hari ini ialah sebatang jalan di Kuala Lumpur yang dinamakan sempena namanya. Datuk Mustapha menceritakan beliau pernah dimaklumkan perkara itu oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-10, Almarhum Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman. Tambahnya, “Tuanku pernah tanya adakah saya tahu nama Jalan Maarof itu adalah sempena nama arwah ayah. Saya katakan pernah dengar tetapi tak ada hitam putih. Tetapi Tuanku sendiri maklumkan, memang nama itu sempena nama arwah ayah. Saya tak pasti kenapa nama itu diletakkan sempena nama ayah, tetapi saya percaya mungkin atas jasanya dalam bidang ekonomi.”

Sempena bulan kemerdekaan ini, mungkin sudah tiba masanya fail kes dibuka semula dan disiasat dengan penuh teliti. Ini bukan sekadar mendapatkan keadilan bagi waris-waris keluarga Maarof tetapi juga sebagai batu asas kepada satu kisah seorang pelopor ekonomi pertama Melayu yang mahukan kehebatan bangsanya dikembalikan melalui ekonomi. Nama Maarof Zakaria seharusnya menjadi inspirasi penggiat ekonomi Bumiputera dan Islam, bukannya menjadi nota kaki sejarah!

RUJUKAN:

  1. BHplus. (2015). BERSIRI: British sekat idea cendekiawan Melayu. https://www.bharian.com.my/node/46056
  2. Ngah, Muhd Azis dan Mat, Zulhilmi. (2015). BERSIRI: Maarof dicvlik, dig4ntung dalam hutan. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/node/45827
  3. Ngah, Muhd Azis dan Mat, Zulhilmi. (2015). BERSIRI: Malay National Bank sempat bantu Melayu. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/node/46508
  4. Ngah, Muhd Azis dan Mat, Zulhilmi. (2015). BERSIRI: Cubaan bvnuh keluarga Maarof. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/node/46869
  5. Ngah, Muhd Azis. (2015). BERSIRI: Mustapha tak sempat rungkai misteri kem4tian bapa. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/node/47049

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.