Lysergic Acid Diethylamide (LSD)

119

LSD merupakan dadah semi-sintetik yang kini dikelaskan sebagai dadah halusinogen atau psikedelik. Sehingga kini, ia merupakan bahan halusinogen yang paling kuat ditemui oleh manusia.

LSD mula disintesiskan oleh ahli kimia dari Switzerland iaitu, Dr.Albert Hoffman di makmal beliau bertugas, Sandoz Laboratories pada tarikh 16 November 1938.

LSD dihasilkan oleh Hoffman melalui bahan kimia “lysergic acid” yang didapati pada kumpulan kulat Ergot serta penambahan bahan kimia bukan organik (“non-organic”) iaitu “diethylamide”.

Kulat Ergot atau nama saintifiknya Claviceps purpurea, merupakan sejenis kulat yang terdapat pada tanaman gandum.

Pada asalnya, LSD ini dicipta oleh Hoffman untuk merawat pesakit yang bermasalah pernafasan serta peredaran darah. Akan tetapi pada 5 tahun kemudian, ciri-ciri psikedelik LSD ini diketahui Hoffman apabila secara tidak sengaja menelan atau terdedah kepada LSD yang tidak diketahui kuantitinya.

Selepas mengalami kesan psikedelik LSD tersebut, pengambilan LSD secara sukarela oleh Hoffman adalah pada 19 April 1943, apabila beliau mengambil atau memakan sejumlah 250 mikrogram LSD.

Hoffman mendapati bahawa kesannya sangat kuat berbanding apa yang mula disangkakan. Memperlihatkan kontras bahawa, hanya dos sejumlah 20-30 mikrogram sahaja diperlukan bagi LSD untuk memberikan kesan kepada manusia.

LSD kemudian dipasarkan pada tahun 1947 sehingga tahun 1966 dibawah cap perdagangan “Delysid”. Dan ia turut digunakan bagi merawat pesakit yang mempunyai masalah psikiatri seperti anxiety, depresi, ketagihan alkohol serta mengurangkan kesakitan bagi pesakit kanser dan sebagainya.

LSD merupakan dadah selamat dan tidak menyebabkan ketagihan jika diambil dengan dos yang betul serta fakta bahawa tiada kematian yang pernah direkodkan akibat “overdose” LSD seakan mengesahkan keselamatan penggunaannya. Akan tetapi seperti dadah lain, LSD turut menjadi ‘mangsa’ penyalahgunaan “Bani Tenang”.

LSD seterusnya diharamkan penggunaannya pada tahun 1967, akibat desakan orang ramai kerana kontroversi yang timbul pada tahun 1960an.

Mengapa?

Ini kerana LSD telah disalahgunakan sebagai dadah rekreasi dan ‘spiritual’ oleh golongan remaja pada ketika itu.

Sebagai fakta tambahan, tahukah anda bahawa CIA (Central Intelligence Agency) pernah menjalankan sebuah eksperimen yang diberi nama “Project MK-Ultra” pada tahun 1953. Eskperimen tersebut menggunakan pelbagai jenis dadah, salah satunya adalah LSD sebagai bahan psikoaktif.

Ia melibatkan anggota tentera, banduan dipenjara Amerika Syarikat sendiri. Lokasi eksperimen tersebut diketahui dijalankan di universiti, hospital dan penjara.

Objektif eksperimen tersebut adalah mengkaji kebolehan kawalan minda (“mind control”), pengumpulan maklumat, serta penderaan psikologi. Eksperimen itu kemudian secara rasminya dihentikan pada tahun 1973.

ℹFunfact: Hasil kerja Dr.Albert Hoffman turut menemukan beliau kepada ubatan penting yang lain iaitu Methylergometrine, juga dihasilkan daripada alkaloid daripada kumpulan kulat Ergot. Ia digunakan bagi merawat pesakit pendarahan postpartum. (Postpartum haemorrhaging) yang merupakan antara punca utama kematian ketika bersalin.

Things were great for LSD, WHEN used for medicinal purposes

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.