Peminat sukan moden sudah sebati dengan sukan seperti lumba kereta, bola sepak, ragbi atau kriket. Tetapi bagi Empayar Rom, sukan yang menjadi kegilaan ramai ketika itu ialah lumba kereta kuda. Sangat popular sehingga ia dikatakan jauh lebih mengghairahkan daripada menggoda lelaki atau wanita!

Begitupun, sebelum ia bertukar menjadi sukan komersial dan digilai ramai, tidak ramai tahu ia sebenarnya mengandungi elemen spiritualisme yang tinggi. Dan ini ada kaitan dengan tempat asal perlumbaan ini bermula: Yunani. Bagi orang Yunani, acara sukan dari Sukan Olimpik hinggalah lumba kereta kuda merupakan satu bentuk pengabdian kepada dewa-dewi mereka sama ada melalui kemahiran mereka atau menerusi persembahan ko.rb.an.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Contoh terawal lumba kereta kuda mengikut sejarah Yunani dipaparkan dalam karya epik Homer, The Iliad. Dalam mahakarya tersebut, Achilles mengarahkan satu perlumbaan kereta kuda diadakan sebagai satu penghormatan kepada rakannya yang gugur di medan Troy, Patroclus.

Menariknya, orang Rom turut berkongsi aspek sama dengan orang Yunani. Perlumbaan kereta kuda kemudiannya menjadi sebahagian daripada acara Ludi Romani, acara sukan yang dibuat sebagai tanda penghormatan kepada dewa utama Rom, Jupiter. Menjelang 366 SM, ia menjadi acara tahunan tamadun berkenaan dan mula mendapat suntikan penajaan daripada golongan berpengaruh.

Kebanyakan penaja perlumbaan pada ketika itu ialah para jeneral yang berkhidmat di perbatasan. Mereka sanggup memperuntukkan sebahagian daripada harta rampasan pe.ra.ng mereka bukan saja untuk meningkatkan populariti perlumbaan tetapi juga populariti mereka dalam kalangan rakyat. Salah seorang yang berbuat demikian ialah diktator Julius Caesar.

Caesar tahu warga Rom sudah asyik dengan sukan ini. Bagi menambah populariti beliau, Caesar mengarahkan sebuah hippodrome besar dibina di kawasan lembah di bawah Bukit Palatine. Hippodrome yang dikenali sebagai Circus Maximus berkeluasan 442,000 kaki persegi, 12 carceres (pagar permulaan), tembok pembahagi litar yang indah dan mampu memuatkan 100,000 orang penonton. Kapasiti Circus Maximus kemudiannya bertambah kepada 250,000 orang selepas menjalani proses pembesaran oleh maharaja-maharaja Rom bermula dengan anak saudara Caesar, Augustus.

Rajah 1: Bekas tapak hippodrome Circus Maximus di Rome.

Seperti peminat sukan moden hari ini, peminat lumba kereta kuda turut mempunyai pasukan pilihan masing-masing. Terdapat empat kumpulan yang menjadi pilihan iaitu Russata (Merah), Albata (Putih), Venata (Biru) dan Prasina (Hijau) dengan sesetengah daripadanya mewakili musim seperti Russata (musim panas) dan Albata (musim sejuk). Kedua-duanya turut mewakili dewa sembahan penyokong iaitu Albata (Dewa Zephyr) dan Russata (Dewa Mars).

Rajah 2: Contoh mozek yang memaparkan pelumba dari empat kumpulan iaitu Russata, Prasina, Albina dan Venata.

Usah ditanya tentang tahap kesokongan mereka. Sokongan mereka sama seperti penyokong fanatik kelab-kelab bola sepak hari ini seperti Manchester United, Real Madrid, Inter Milan atau Bayern Munich. Dan bagi membantu kumpulan mereka menang, sesetengah sanggup membaling tablet yang dipasang dengan paku ke tengah litar dengan tujuan mencederakan kuda-kuda milik pihak lawan.

Kebiasaannya, perlumbaan berlangsung antara 10 hingga 12 minit membabitkan tujuh pusingan dengan 24 perlumbaan diadakan dalam sehari. Nampak singkat tetapi amat mencabar bagi para peserta. Atas sebab itulah, bagi meningkatkan peluang menang dalam perlumbaan, pasukan dibenarkan mendaftarkan tiga kereta kuda untuk setiap perlumbaan. Ini menjadikan setiap perlumbaan mempunyai 12 orang peserta dari keempat-empat kumpulan berkenaan.

Begitu juga dengan bilangan kuda yang digunakan peserta. Kebiasaannya, mereka hanya menggunakan empat ekor kuda semasa perlumbaan. Tetapi ada juga yang mengambil risiko dengan menggunakan dua ekor kuda atau tujuh ekor kuda. Bagi Maharaja Nero, baginda pernah turun berlumba dengan 10 ekor kuda dalam satu perlumbaan.

Rajah 3: Nero juga pernah menyertai perlumbaan kereta kuda walaupun dinasihati agar membatalkan hasratnya itu.

Walaupun diketahui sebagai peminat tegar sukan itu, Nero dianggap orang baru dalam dunia perlumbaan sebenar. Ketidakupayaannya mengawal kereta kuda semasa perlumbaan mengakibatkan baginda tercampak dari kereta kudanya dan mengalami kecederaan parah tetapi tidak sampai ke tahap mengancam nyawa baginda. Dalam dunia lumba kereta kuda, baginda dianggap bernasib baik kerana bagi peserta yang mengalami kema.la.ngan semasa perlumbaan biasanya akan kembali ke negeri cacing.

Seperti pelumba-pelumba kereta hari ini, pemandu lumba kereta kuda turut mendapat sanjungan ramai dan mendapat ganjaran lumayan hasil kerja keras mereka. Salah seorang pelumba terkenal dalam sukan ini ialah Scorpus dari kumpulan Prasina. Malah, mengikut satu cerita, beliau berjaya menebus dirinya daripada belenggu perhambaan dengan menggunakan wang kemenangan perlumbaan sebagai bayaran kepada bekas tuannya. Bagaimanapun, Scorpus ma.ti pada usia 27 tahun selepas terlibat dalam kema.la.ngan perlumbaan semasa berlumba.

Di samping para pelumba, kuda-kuda juga turut menjadi sanjungan para penyokong. Justeru, tidak hairanlah bagi sesetengah kuda berkualiti, ada yang dibenarkan bersara dan dibiakkan bagi menghasilkan baka kuda lumba seterusnya. Ada juga yang kemudiannya mendapat penghormatan penyokong selepas ia kembali menemui Penciptanya.

Disebabkan ramai penaja perlumbaaan terdiri daripada golongan bangsawan dan kerabat diraja, banyak yang perlu dipertaruhkan semasa perlumbaan. Ini kerana bagi pemenang, ia akan mengukuhkan lagi kedudukannya dan menambah wang sedia ada dalam tangan.

Atas sebab itu, usah terkejut jika ada yang cuba mengelat daripada membayar wang kemenangan. Perkara ini menimpa ayahanda Nero, Gnaeus Domitius Ahenobarbus di mana beliau dikatakan berhutang beberapa puluh ribu sesterces (mata wang Rom) sebagai wang kemenangan. Peristiwa sebegini mendorong ramai orang berpengaruh mencari dominus factionum (usahawan kumpulan) bagi memastikan wang kemenangan dilunaskan.

Di sebalik populariti sukan ini, tidak semua yang meminati sukan ini baik dari era republik dan empayar hinggalah ke era Kristian. Bagi Cicero, perlumbaan kereta kuda merupakan satu bentuk pembaziran. Ironinya, semasa menjawat jawatan aedile pada 69 SM, beliau mengangkat sumpah jawatan di mana salah satunya ialah mengangkat martabat lumba kereta kuda.

Bagi golongan berpengaruh Rom, mereka tahu kuasa dan pengaruh mereka amat bergantung kepada lumba kereta kuda. Ini kerana perlumbaan sebegini merupakan kawalan sosial terbaik bagi mengelak pemberontakan selain jaminan bekalan makanan.

Dengan empayar semakin bertambah luas, minat orang ramai terhadap sukan lumba kereta kuda juga semakin kukuh. Bagi memuaskan hati ramai orang dan mengukuhkan pengaruh Rom, hippodrome turut dibina di kota-kota jajahan takluk mereka.

Antara kota yang mempunyai hippodrome ialah Antioch dab Constantinople (Turki), Ceasarea (Israel), Alexandria dan Oxyrhynchus (Mesir), Thugga (Tunisia), Toledo dan Cordoba (Sepanyol), Lyon (Perancis), and Vienna (Austria). Malah, Raja Herod the Great turut mengarahkan sebuah hippodrome dibina di Judaea pada 28 SM tetapi lokasinya masih tidak diketahui sehingga hari ini.

Menjelang era Byzantine, empat kumpulan ini muncul sebagai pendukung utama sukan lumba kereta kuda. Tetapi bagi golongan Kristian, ini menimbulkan masalah baru: keasyikan menonton sehingga terlupa tanggungjawab mereka kepada gereja. Walaupun diugut hubungan mereka dengan gereja akan dipo.to.ng, itu langsung tidak menggentarkan warga Rom dari terus menonton perlumbaan.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Para sejarawan berbeza pandangan bagaimana agama Kristian mempengaruhi permusuhan Venata dan Prasina. Ada yang melihat Venata mewakili kelompok ortodoks dengan Prasina pula mewakili golongan agamawan yang dekat di hati rakyat. Tetapi ramai bersetuju permusuhan kedua-dua kumpulan ini menjadi semakin tegang selepas Maharaja Justinian I mengahwini Theodora sekitar 524/525 Masihi.

Ini kerana semasa hayat bapanya, Acacius, beliau merupakan pelatih hippodrome bagi Prasina di Constantinople. Tetapi selepas kema.ti.an bapanya, ibunya mengambil keputusan menukar sokongan kepada Venata dan sokongan tersebut berterusan selepas berkahwin dengan Justinian. Selain permusuhan antara kedua-dua kelompok, isu cukai yang membelenggu Byzantine ketika itu mengakibatkan ramai penyokong dari kedua-dua kelompok dihukum ma.ti oleh baginda.

Dan ini mendorong kedua-duanya bergabung dan melancarkan ru.su.han Nika pada tahun 532. Kelompok Prasina dan Venata turut menamakan Hypatius sebagai maharaja dan ingin menyingkirkan Justinian daripada takhta. Theodora yang murka berjaya mempengaruhi suaminya untuk menamatkan ru.su.han yang menyaksikan 30,000 penyokong dari kedua-dua kelompok terbu.n.uh.

Rajah 4: Hippodrom Constantinople tempat tercetusnya ru.su.han Nika.

Menjelang abad ketujuh Masihi, perlumbaan lumba kereta kuda sudah dianggap pupus. Ia bukan saja disumbang oleh krisis politik yang tidak berkesudahan tetapi juga ketegangan agama terutama membabitkan mazhab-mazhab Kristian. Kali terakhir perlumbaan ini diadakan ialah di Circus Maximus pada tahun 549. Pada ketika itu, Rom dikawal oleh pihak Ostrogoth.

RUJUKAN:

Alvarez, David. (2021). Chariot racing stirred up both love and hate in ancient Rome. National Geographic. Diambil dari


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.