Lucid Dream: Belajar Kebolehan Mengawal Mimpi

1,083

Adakah anda pernah mengalami situasi ketika anda bermimpi, anda merasakan ia seperti realiti? Anda berupaya mengawal dan sedia maklum dengan persekitaran seperti waktu,cuaca, pergerakkan  dan segalanya di dalam mimpi anda sendiri.Inilah dipanggil sebagai “Lucid dream” dimana anda mempunyai kuasa dalam mengubah jalan cerita mimpi anda sendiri.

Para pengkaji, bersetuju bahawa “Lucid Dreaming” membawa erti si pemimpi sedar  bahawasanya dia sedang berada dalam mimpi. Kajian yang dijalankan oleh Schredl dan Erlacher dalam populasi German mendapati 51% daripada peserta akan mengalami Lucid Dream sekali dalam kehidupan mereka.

Selain itu, ada juga pengkaji yang mengatakan mereka yang bermimpi dalam fasa ini mempunyai keupayaan intelektual dalam aktiviti otak seperti membuat keputusan dalam kehidupan seharian. Bahkan juga,kajian mendapati para atlet juga boleh melakukan latihan mereka melalui mimpi ini.

Jadi bagaimanakah mimpi ini terjadi?

Lucid Dreaming (LD) terjadi ketika tidur seseorang itu berada dalam fasa REM (Rapid Eyes Movement). REM adalah pergerakkan laju mata yang berlainan arah ketika kita sedang  tidur. Dalam fasa REM inilah kita akan bermimpi yang memainkan peranan dalam proses pembelajaran, memori dan emosi seseorang. Ketika fasa REM ini terjadi ,kadar denyutan jantung dan pergerakkan mata juga akan meningkat.

Peluang untuk mengalami LD juga tinggi. Bagaimanakah mimpi ini muncul dalam tidur seseorang tidak dapat dipastikan lagi, ada yang terjadi secara spontan (mungkin selepas anda baca artikel ini , anda juga boleh mengalami LD),ada yang mengalaminya setelah bangun tidur dan mengambil posisi tidur kembali. Tidak kurang juga yang melatih dirinya untuk mencapai fasa LD dalam mimpi mereka.

Apa yang terjadi sekiranya kita bermimpi dalam Lucid Dreaming ?

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Perbezaan mimpi biasa dan mimpi LD adalah apabila kita bermimpi biasa, bahagian otak yang mengawal tahap kesedaran kita dinyah-aktifkan. Ini menjadi punca kenapa kita menjadi kurang jelas dengan apa yang terjadi pada mimpi kita. Umpama kita seorang penonton yang menyaksikan sebuah filem.

Namun,ketika seseorang itu mengalami LD tahap seseorang itu untuk mengawal mimpi mereka sangat tinggi. Si pemimpi menjadi peserta dalam mimpi sendiri dan mempunyai kuasa untuk mengawal mimpi. Terbang atau jalan,laju atau berlari dan pelbagai tindakan dikawal oleh si pemimpi. Dalam ruangan mimpi inilah, si pemimpi meneroka dan membina peluang yang terlepas dalam kehidupan realitinya.Ini membantu membina emosi gembira ketika si pemimpi bangun daripada tidur mereka

Lucid dream dalam kehidupan seharian

Mereka yang mengalami LD membantu mengawal tahap ketakutan apabila kita bermimpi. Tiada lagi mimpi ngeri ! Disamping itu, kegunaan LD memberi peluang untuk kita faham diri sendri ketika kita bermimpi secara sedar sepenuhnya. Ada juga yang menggunakan LD sebagai alternatif menghilangkan fobia mereka. Di alam mimpi inilah mereka mengatasi apa yang mereka takut dan mengurangkan rasa terancam dalam kehidupan sebenar

Banyak lagi kajian yang dijalankan berkenaan Lucid dreams. Namun begitu,fenomena ini masih lagi kurang diketahui oleh orang ramai. Jika anda ingin mengalami Lucid Dreaming, anda boleh melayari internet dimana-mana platfom tentang Lucid Dreams. Bahkan,terdapat juga lagu yang mampu membawa anda ke fasa Lucid dream!. Terokailah mimpi sendiri umpama dunia memberi anda peluang sekali lagi.

Artikel dikirimkan oleh Ratna untuk The Patriots.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.