Umum mengetahui kewujudan negara Lubnan – bekas jajahan Perancis, pernah berada di bawah pengaruh Syam (sekarang Syria), dan kini terletak di utara negara haram Israel, serta timur dan utara Syria. Lubnan mencapai kemerdekaan pada tahun 1943, tetapi hanya menyertai Liga Bangsa (Kini Pertubuhan Bangsa Bersatu) pada tahun 1945 selepas tamatnya Mandat Perancis.

Indahnya negara yang yang lebih kecil dari negeri Terengganu ni, ialah diversiti agamanya. Selepas beberapa siri perang saudara, akhirnya kerajaan terbentuk di Lubnan dengan perjanjian unik – kristian untuk presiden, Islam untuk perdana menteri, dan barisan kabinet campuran – sesuatu yang kita tak dapat capai lagi sehingga hari ni. ?

But everything comes with a cost. Lubnan ibarat kampung Hujan (Amegakure) di dalam siri Naruto, yang menjadi tanah pertempuran dan tempat pelarian hasil perang antara negara besar. Sejak 1920 lagi, lubnan tak pernah lekang dari konflik. Bermula dengan perang saudara antara Kristian-Muslim, seterusnya Perang Arab-Israel 1970-an dan Yom Kippur, menjadi pusat pelarian warga Palestin yang dihalau dari tanah haram Israel (juga di dalamnya terdapat PLO: Palestine Liberation Organisation, yang menjadi punca israel menjarah Lubnan) – sehinggalah tahun 2006, di mana garisan biru (blue line) terhasil antara negara haram Israel dan Lubnan.

Negara ini juga merupakan satu-satunya negara yang terlibat dengan semua konflik Arab-israel. Di Lubnan sahaja ada 2 garisan pengunduran (withdrawal line) terhasil: Garisan Hijau (Green Line) antara negara haram israel dan negara-negara arab (Mesir, Jordan, Lubnan, Syria) dan Garisan Biru (Lubnan dan haram israel). Ya, semuanya akibat dari kerakusan zionis dalam meluaskan kuasa dan jajahannya. Cerita berkenaan garisan-garisan ini akan disampaikan kemudian. ?

Kini, di sebalik keindahan kuil lama di Baalbek, pantai Mediteranean dan banjaran gunung Nabatiye – adanya lebih 17000 keanggotaan pengaman PBB yang telah berada di sana sejak 1978 dan kemuncaknya pada 2006 sehingga hari ini – selepas pertumpahan darah antara IDF dan militan lubnan (majoriti dari hezbollah) – diwujudkan ‘blue line’ dan pasukan pengaman PBB berada di tengahnya bagi mengelakkan konflik dari bertambah teruk.

UNIFIL diaturgerak di antara Sungai Litany di utara dan Blue Line di selatan. Terdiri dari dua sektor (Barat dan Timur), di mana sektor timur diketuai pengaman dari Sepanyol manakala barat oleh pengaman dari Itali. Pasukan pengaman Malaysia (MALBATT) ditempatkan di perkampungan Maarakeh, di tengah sektor barat dan berkongsi sektor bersama Ghana, Itali, Ireland+Finland+Fiji dan Korea Selatan.

Wujudnya pengaman PBB di bawah nama UNIFIL (UN Interim Force in Lebanon) bukanlah sebagai pemarak api peperangan, mahupun menjadi espionage kepada mana-mana pihak. UNIFIL tidak lain hanya bertujuan untuk menamatkan konflik.

Tetapi keamanan takkan boleh dicapai tanpa usaha pengunduran sepenuhnya dari kedua-dua pihak baik dari hezbollah (Lubnan) mahupun IDF (zionis israel). Hal ini terbukti dengan kewujudan UNIFIL sejak berpuluh tahun, tetapi masih tiada tanda-tanda kedamaian terhasil.

UNIFIL bukannya Konoha yang berideologi will of fire, dan hezbollah juga bukannya pain (nagato) dalam anime Naruto. Pendeknya, realiti dan fantasi takkan seiring sejalan walaupun itu yang kita mahukan. Tinggal lagi untuk kita untuk mensyukuri keamanan yang sedia ada, di bawah lembayung kuning diraja dan kerajaan yang mapan dalam diplomasi antara negara. Insya Allah bumi Malaysia kekal sejahtera.

Sumber:

1. UNIFIL Press Kit, https://unifil.unmissions.org

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

"Jack of all trades; master of none - but better than master of one." Anggota TDM yang masih mencari irama dalam lirik yang ingin dimelodikan di dalam bentuk tulisan keamanan. Ilmu itu pengaman, dan mengamankan.

Comments are closed.