Love Hate Relationship Melaka Dan Siam

1,000

Dalam Sejarah Melayu, ada tiga kisah p3rang antara Melaka dan Siam semasa Sultan Muzaffar Syah bersemayam di atas takhta. Dalam Sejarah Melayu juga, ada kisah tentang persepakatan dan persefahaman antara dua kuasa ini.

Kali pertama Siam menyerang Melaka disebabkan Raja Siam murka kerana Melaka tidak tunduk menyembah kepada mereka. Angkatan Siam yang dipimpin panglimanya Awi Chakri ketika itu telah gagal dalam misi serangan ke atas Melaka.

“Hatta maka orang Siam pun datanglah, lalu berp3rang dengan orang Melaka terlalu ramai. Ada berapa lamanya berp3rang, maka rakyat Siam pun banyak mati, hal Melaka pun tiada alah; maka Siam pun kembalilah.”

Serangan kedua Siam ke atas Melaka pula membawa angkatan yang lebih besar, kali ini dipimpin pula panglima Awi Dicu, namun tetap tidak berjaya mengalahkan Melaka. Tun Perak dengan perkenan Sultan Muzaffar Syah telah menyuruh Tun Umar untuk melanggar perahu-perahu Siam yang banyak seorang diri sebelum sempat mereka tiba di Melaka. Peristiwa membuatkan tentera Siam kehairan dan takjub dengan kekuatan tentera dan pertahanan Melaka.

Enggan berputus asa, Raja Bubunya yang berang kerana telah dua kali kalah dengan Melaka menitahkan puteranya sendiri iaitu Cau Pandan untuk mengetuai serangan ketiga, yang terbesar Siam ke atas Melaka. Namun, atas izin Tuhan, hasrat Siam melanggar Melaka itu tamat sebelum ia bermula kerana Cau Pandan sendiri telah mati dipanah oleh seorang Sayyid jauh dari Melaka!

Panahan maut yang misteri ini mengakhiri ancaman Siam ke atas Melaka dan Sultan Muzaffar Syah akhirnya mangkat, digantikan dengan anaknya Sultan Mansur Syah yang mula menggerakkan inisiatif diplomatik untuk mula berbaik semula dengan Siam

Selepas semua konflik reda dan Siam tidak lagi berani mencabar kedaulatan Melaka, Sultan Mansur Syah mengutus Tun Telanai yang bijak dan petah berbahasa bersama Menteri Jana Putera dan rombongannya untuk merundingkan satu perjanjian damai antara dua kerajaan ini.

Selepas semua konflik reda dan Siam tidak lagi berani mencabar kedaulatan Melaka, Sultan Mansur Syah mengutus Tun Telanai yang bijak dan petah berbahasa bersama Menteri Jana Putera dan rombongannya untuk merundingkan satu perjanjian damai antara dua kerajaan ini.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Kemudian, Tun Telanai dan Menteri Jana Putera mempersembahkan kepada baginda Raja Siam akan kekuatan dan kekuasaan Melaka melalui seorang hulubalang berkaki untut (penyakit kaki membesar) namun kebal dan handal bermain lembing.

Menonton persembahan itu, Raja Siam mula mengagumi dan gerun dengan kekuatan Melaka. Padanya, jika seorang untut begitu handal bermain lembing, apatah lagi tentera Melaka yang sihat?

Kagum dengan demonstrasi atau “show of force” tersebut, Raja Siam memohon bantuan Tun Telanai bersama gerombolan Melaka yang dibawanya bersama turut diminta membantu Siam memerangi sebuah negeri yang memberontak dan enggan tunduk kepada Siam.

The Siamese W4rs with Malacca During the Reign of Muzaffar Shah” tulisan G. E. Marrison memetik dari Pongsawadan Loang Prasoet, (“Sejarah Melayu” versi Siam yang ditulis ketika pentadbiran kerajaan Ayutthaya sekitar 1681) negeri itu ialah Muang Losobthin pada 1457manakala di dalam Sejarah Melayu versi Shellabear ditulis Melaka membantu Siam melawan Chiangmai pada 1460.

Tun Telanai dihadiahkan Siam seorang isteri, atas jasanya membantu Siam dalam p3rang dan memperbaiki hubungan dengan Melaka. Kejayaan misi diplomatik Sultan Mansur Syah mengutuskan Tun Telanai mengakhiri persengketaan sekian lama Melaka dengan Siam, menjadikan Melaka dihormati oleh Siam dan membebaskan Melaka dari pengaruh langsung yang tidak lagi perlu menghadapi ancaman Gajah P3rang itu.

Inilah kebijaksanaan kerajaan Melaka melawan dan menghindarkan Siam.

Usaha memperbaiki hubungan dengan Siam tetap dilaksanakan sekalipun Melaka tahu Kerajaan Ming mengiktiraf kedaulatan Melaka, namun Melaka tidak mahu terus berkonflik dan berkeras dengan kerajaan lain.

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.