1. Sebelum saya mulakan artikel ini, suka saya ingatkan bahawa antara buku pertama yang dihadiahkan oleh ibu saya kepada saya ketika hari lahir saya yang ke-7 ialah sebuah buku tentang Louis Pasteur. Membesar dengan sejarah hidup beliau, membuatkan saya terpanggil untuk menukilkan tentang beliau. Sengaja saya memanggil beliau sebagai bapa vaksinasi walaupun hakikatnya, terdapat saintis lain yang telah menemui hakikat vaksinasi. Tetapi penemuan beliau dan sumbangan kepada bidang perubatan inilah yang saya kira melayakkan beliau untuk dinobatkan sebagai bapa vaksinasi.

2. Siapa sangka bahawa anak kepada Sarjan Mejar dalam Perang Napoleon yang dibesarkan di pekan kecil sekitar Perancis di Arbois, serta meminati seni ini bakal membesar menjadi seorang insan yang memberikan sumbangan yang sangat besar dalam bidang sains. Beliau dilahirkan pada 27 Disember 1822.

3. Mengembangkan kariernya di Universiti Strasbourg sebagai seorang ahli kimia. Antara kejayaan awal dalam karier Louis Pasteur ialah dia telah menemui bahawa molekul boleh wujud dalam bentuk imej pantulan cermin (membawa maksud kepada “left-handed” dan “right-handed”.)Dalam penemuan beliau ini, dia juga telah mendapatii bahawa molekul yang dihasilkan oleh makhluk hidup biasanya “lef-handed” Ini telah membawa kepada perkembangan penciptaan ubat-ubatan moden dan pemahaman kita pada dna. Penemuan hebat ini dicapai hanya ketika usia dia hanya 25 tahun!

4. Selama dua ribu tahun, manusia berpegang pada theori yang dibangkitkan oleh Aristotle tentang Spontaneous Generation. Theory yang dikatakan Aristotle ini mengatakan bahawa benda hidup terhasil daripada bahan organic yang sedang merepat. Sebagai contoh, lalat datang daripada habuk. Maggot pula datang daripada daging yang sedang mereput atau tikus muncul daripada jerami yang kotor, atau buaya muncul daripada kayu balak yang mereput di tepi sungai.

Namun, lahirnya Pasteur mengubah tanggapan ini. Beliau telah membuktikan melalui eksperimennya bahawa bahan-bahan organic yang sedang mereput bukannya hilang lalu bertukar menjadi makhluk-makhluk hidup sebaliknya mengatakan kerana kontaminasi oleh microbes yang membiak di udara. Teori Pasteur ini telah membawa kepada perkembangan antiseptics yang hari ini, telah digunakan pakai dalam kehidupan seharian kita seperti sabun Dettol yang kita pakai ketika mandi. Teori Pasteur ini dikenali kita pada hari ini sebagai Germ Theory.

5. Pada tahun 1859, industri wain Perancis mengalami masalah. Napoleon III telah datang kepada Louis untuk meminta bantuannya mencari jalan kepada masalah utama wain Perancis. Yalah, bayangkan airnya telah rosak ketika dalam proses penghantaran ke seluruh Eropah.

Pasteur yang telah menemui Germ Theory mengetahui bahawa masalah awal ini adalah proses kontaminasi. Tetapi untuk membunuh bakteria, ianya memerlukan air wain dipanaskan sehingga mendidih. Namun, air wain yang dipanaskan sehingga suhu setinggi itu pastinya akan membuatkan kualiti wain berkurangan. Namun, Pasteur tidak pernah menyerah kalah sehinggakan dia menjumpai cara untuk membunuh bakteria tanpa memanaskannya. Wain yang dipanaskan pada suhu takat 55 darjah celcius sudah cukup untuk membunuh bakteria dan proses ini dinamakan sebagai Pasteurisasi, sempena dengan nama beliau sendiri.

6. Pada tahun 1865, selepas menyelamatkan industri wain Perancis, maka sekali lagi dia diminta untuk menyelamatkan industri sutera Perancis pula yang dilanda krisis serangan penyakit ke atas setiap ulat sutera. Pada asalnya, Pasteur menyatakan protesnya bahawa dia tidak pernah menyentuh ulat sutera seumur hidupnya. Dalam masa yang sama, ini adalah peluang untuk dia mengkaji tentang peranan microbe dalam penyakit yang menyerang ulat sutera ini.

6 tahun tuan-tuan dan puan-puan yang diambil oleh Pasteur yang mengkaji tentang wabak ini dengan bantuan isterinya, yang bertanggungjawab membiakkan ulat sutera dalam eksperimennya. Puncanya ialah tragedi ini berlaku apabila microbe telah menyerang telur ulat sutera dan menghapuskan microbe di tempat penternakkan ulat sutera akan menghapuskan wabak ini.

7. Pada tahun 1879, Pasteur telah melakukan sebuah lagi penemuan hebat dalam sejarah hidupnya. Ketika dia sedang membuat kajian ke atas ayam yang dilandak wabak cholera. Ketika membuat kajian ke atas ayam ini, Pasteur telah menyuntik bakteria yang sedang lemah ke dalam badan seekor ayam. Namun, ayam yang disuntik oleh bakteri Cholera yang sedang melemah itu tidak jatuh sakit sebaliknya menjadi lali dengan bakteria tersebut. Daripada situ, Pasteur mendapati bakteria yang sedang lemah kalau disuntik dalam tubuh makhluk hidup, akan membuatkan tubuh membina daya ketahanan sendiri ke atas bakteria tersebut.

8. Pasteur kemudian menyasarkan penyakit baru Antraks sebagai sasaran baru kajiannya dan menghasilkan vaksin untuk penyakit ini. Pada ketika itu, penyakit Antraks sangat merbahaya kepada manusia dan mampu membunuh populasi haiwan ternakan. Melalui kajiannya, Pasteur berjaya mengimunisasikan sekurang-kurangnya 31 haiwan ternakan. Meski pendedahan terkemudiannya menyatakan bahawa dia bukanlah orang pertama yang menemui vaksin tersebut dan terdapat saintis lain yang lebih awal.

9. Nampaknya Pasteur memang tidak boleh duduk diam. Ternyata dia ialah musuh kepada wabak penyakit. Selepas menyelesaikan masalah Antraks dan juga Cholera, dia mencari musuh baru pula – penyakit anjing gila.. Dilemma Pasteur ketika itu ialah untuk menyelamatkan seorang budak lelaki bernama Joseph Meister yang digigit oleh haiwan yang membawa penyakit ini. Tetapi masalahnya Pasteur tidak pernah langsung menggunakan vaksin ke atas manusia. Apakah manusia mampu survive seperti mana haiwan-haiwan yang dijadikan bahan eksperimennya? Selepas berperang dengan dirinya, akhirnya Pasteur menyuntik juga vaksin anjing gila ke dalam tubuh budak lelaki itu. Ini ialah sebuah lagi penemuan hebat dalam dunia perubatan! Joseph selamat manakala eksperimen Pasteur itu menjadikan bahawa eksperimen vaksin pertama yang dijalankan ke atas manusia.

10. Penemuan demi penemuan yang dilakukan oleh Pasteur telah membawa kepada permintaan daripada orang awam. Tetapi untuk mencari penawar kepada penyakit lain, Pasteur harus melakukan kajian demi kajian. Namun masalah utamanya ialah dia perlukan bantuan. Dia tidak boleh membuat kajian itu seorang diri. Maka, sejarah menceritakan kepada kita pada tahun 1888, tertubuhlah Institut Pasteur.

11. Salah satu kejayaan terbesar Institut Pasteur ialah penemuan vaksin kepada penyakit Difteria yang menjadi pembunuh utama kanak-kanak pada ketika itu. Emile Roux dan Alexandre Yaksin ialah dua insan yang bertanggungjawab mengenal pasti bagaimana difteria berjangkit dan menyerang kanak-kanak. Ini telah menyelamatkan banyak nyawa kanak-kanak ketika itu. Namun sayangnya, hari ini penyakit ini telah menyerang Malaysia padahal 200 tahun yang lalu, pada tahun 1888, rawatan kepada penyakit ini telah dijumpai. Ini tak lain dan tak bukan kerana golongan anti-vaksin yang menolak vaksinasi. Hari ini, kerana vaksin yang dicipta oleh Institute Pasteur ini, sekurang-kurangnya 85 peratus kanak-kanak dari seluruh dunia telah lali dengan penyakit ini.

Insan yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu perubatan dan sains dunia ini akhirnya menghembuskan nafasnya pada 1895 kerana penyakit strok yang menyerang tubuhnya semain teruk. Louis Pasteur terus dikenang sehingga hari ini sebagai hero negara Perancis. Jasadnya dikebumikan di Katedral Notre-Dame yang terkenal itu. Sesungguhnya, kualiti perubatan yang kita miliki hari ini tidak akan berjaya tanpa Louis Pasteur.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply