Los Niños Heroes – Enam Kadet Sekawan Dari Mexico

573

Pada tahun 1846, Amerika Syarikat dan Mexico telah terlibat dalam kancah pep3rangan yang mengorbankan lebih kurang 38,000 orang, ianya dikenali sebagai ‘Mexican-American W4r’ atau di Mexico ianya diingati sebagai Intervención Estadounidense en México yang bermaksud penglibatan dan campur tangan Amerika di Mexico.

Gambar 1 Kejatuhan Mexico City ke tangan T3ntera AS

Punca utama pep3rangan ini terjadi apabila Texas, ingin bernaung, di bawah Amerika Syarikat atas sebab kerajaan Mexico pada ketika itu tidak mahu menerima status Texas sebagai sebuah negara yang berdaulat setelah Revolusi Texas (yang mana pertempuran terkenal yang seringkali kita dengar berlaku ketika revolusi ini, Pertempuran Alamo).  Permintaan Texas untuk bernaung di bawah Amerika Syarikat dilihat sebagai suatu langkah yang provokatif oleh kerana Texas masih diiktiraf sebagai suatu negeri di bawah jajahan Mexico.

Jadi, Presiden A.S ketika itu, James K. Polk mengerakkan t3nteranya ke Coahuila, sebuah negeri di Mexico. Kehadiran kuasa asing di wilayah Mexico telah mengakibatkan berlakunya serangan oleh t3ntera Mexico terhadap ketumbukan kecil t3ntera A.S di Coahuila. Titik permulaan konflik ini dinamakan sebagai ‘Thornton Affair’ yang diambil sempena nama pegawai tertinggi yang ada ketika pertempuran ini berlaku.

Gambar 2. Pertempuran di antara Kapten Thornton dan T3ntera Mexico

Di Mexico City, kerajaan Mexico mempunyai Akademi Ket3nteraan mereka tersendiri yang terletak di Istana Chapultepec, 200 kaki di atas Bukit Chapultepec. Dahulu, tapak bukit tersebut merupakan tempat suci untuk Empayar Aztec, dan kini, ianya telah merentasi beberapa tujuan sepanjang sejarahnya, termasuk Akademi T3ntera, kediaman Imperial, rumah Presiden, pusat pemerhatian, dan kini, Muzium Sejarah Nasional.

Ia dibina pada masa Viceroyalty (sama seperti sistem Residen British di Malaysia Cuma ianya sistem bagi Empayar Sepanyol) sebagai rumah musim panas. Ia diberikan pelbagai kegunaan, dari gudang serbuk senjata sehinggalah ke Akademi T3ntera pada tahun 1841.

Gambar 3. Castillo de Chapultepec sekarang (atas), lukisan Castillo de Chapultepec ketika AS berjaya menawan Akademi Te3ntera tersebut

Antara pep3rangan yang paling diingati ialah Pertempuran Chapultepec di mana kadet-kadet t3ntera Mexico mempertahankan akademi mereka dari jatuh ke tangan AS. Ia dipertahankan oleh t3ntera Mexico di bawah Komander Nicolás Bravo dan Jeneral José Mariano Monterde, termasuk kadet dari akademi.

Bilangan kadet yang hadir telah diberi pelbagai, dari 47 kepada beberapa ratus orang. Mereka berjaya menidakkan tindakan t3ntera Jeneral Winfield Scott selama kira-kira dua jam sebelum Jeneral Bravo mengarahkan berundur, tetapi enam kadet enggan untuk berundur dan bertempur berm4tian.

Hal ini kerana, mengikut legenda, seorang kadet yang bernama Juan Escutia, berumur 20 tahun telah membalutkan dirinya dengan bendera Mexico yang terletak di atas menara akademi dan melompat ke bawah, menidakkan bendera tersebut jatuh ke tangan t3ntera AS.

Kadet yang kedua, Juan de la Barrera telah memasuki akademi tersebut pada umur 12 tahun, ketika pertempuran berlaku, beliau terk0rban mempertahankan bateri senjata di pintu masuk Istana Chapultepec. Beliau terk0rban ketika berumur 19 tahun. Seterusnya, Kadet Francisco Marquez pula dilahirkan di Guadalajara, Jalisco. Beliau memasuki akademi ketika berumur 13 tahun. Marquez merupakan kadet termuda yang terk0rban dan beliau ditemui di sebelah Juan Escutia.

K0rban keempat merupakan kadet Agustin Meglar. Kem4tian Agustin Melgar diceritakan melalui rekod peribadinya yang menyatakan apabila beliau sedar beliau keseorangan di biliknya, dia cuba untuk menghalang kemaraan t3ntera AS di pintu belah utara. Apabila mendapati beliau terkepung, beliau berlindung di sebalik tilam biliknya dan berjaya menembak seorang.

Tercedera, beliau ditemui terbaring di atas meja bilik tersebut dan terk0rban ketika berumur 14 tahun. Seterusnya, kadet Fernando Montes de Oca terk0rban di dalam istana tersebut ketika mempertahankannya, rekod lengkapnya tidak dapat dijumpai akibat dokumen-dokumen hilang dan musnah setelah pertempuran berlaku.

Akhir sekali, pegawai kadet Vincente Suarez yang berumur 14 tahun, anak kepada Miguel Suarez, seorang pegawai artileri terk0rban setelah beliau mengarahkan t3ntera AS untuk berhenti dari memasuki perkarangan istana, walaubagaimanapun arahan beliau yang menjaga sentri istana tidak diendahkan.

Promosi Buku DTT

Oleh kerana usianya yang muda, pada mulanya t3ntera AS teragak-agak untuk menyerangnnya namun Suarez telah melepaskan satu das t3mbakan dan mengorbankan seorang t3ntera serta men!kam seorang lagi dengan bay0netnya sebelum dirinya dit3mbak.

Gambar 4. Penulis di perkarangan Monumen Niños Heroes di Castillo de Chapultepec

Mereka ini dikenali sebagai Los Niños Héroes (Budak Budak Perwira). Mereka adalah sebahagian cerita rakyat (folklore) patriotik Mexico, dan diperingati oleh cuti kebangsaan pada 13 September di Mexico. Walau bagaimanapun, beberapa ahli sejarah Mexico moden mendakwa bahawa ada sebahagian dari cerita tersebut tidak mengikut fakta yang betul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kubur yang dikorek dari tepi Bukit Chapultepec, telah menemui r4ngka 6 orang kadet yang terk0rban tersebut. Kini, legasi mereka diingati dari pelbagai sudut – monumen, tugu, mural, majlis awam dan diabadikan di jalanraya serta laluan stesen kereta api (Metro).

Presiden A.S. Harry S. Truman juga telah meletakkan sebuah karangan bunga di tugu itu dan berdiri selama beberapa saat dalam penghormatan. Memetik kata-kata Truman ketika diwawancara oleh seorang wartawan:

“Lelaki berani bukan milik mana-mana negara, saya menghormati keberanian di mana sahaja saya melihatnya.”

RUJUKAN:

El Universal. (2019). Esta es la historia de los Niños Héroes y la b4talla en Chapultepec en 1847. [online] Available at: https://www.eluniversal.com.mx/nacion/esta-es-la-historia-de-los-ninos-heroes-y-la-batalla-en-chapultepec-en-1847 [Accessed 28 Jan. 2020].

Metro CDMX (n.d.). [online] Metro CDMX. Available at: https://metro.cdmx.gob.mx/la-red/linea-3/ninos-heroes [Accessed 28 Jan. 2020].

Salander, L. (n.d.). CRONOLOGÍA DEL 13 DE SEPTIEMBRE | M!litares de mexico | México ind3pendi3nte. [online] Scribd. Available at: https://www.scribd.com/document/424180796/CRONOLOGIA-DEL-13-DE-SEPTIEMBRE#from_embed [Accessed 28 Jan. 2020].

Texas Hillstory Podcast (2018). Los Niños Héroes – The Boy Heroes of Chapultepec Castle. [image] Available at: https://www.youtube.com/watch?v=wj0q7maxeM8 [Accessed 28 Jan. 2020].

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.