Lokasi di Bumi Yang Tiada Hidupan Dapat Hidup

2,449

Di mana ada air, di situ ada kehidupan. Namun, kata-kata itu perlahan-lahan pudar. Bukti baru mencadangkan sebaliknya atau sekurang-kurangnya terdapat parameter baru yang mendapati kehidupan dan air mungkin tidak dapat hidup secara bersama.

Sepasukan penyelidik menuju ke tempat yang paling ekstrim persekitarannya di Bumi iaitu mata air geoterma Dallol di Danakil Depression, Ethiopia. Tempat air masin ini umumnya dikatakan sebagai lokasi paling panas di Bumi. Tetapi ia juga tempat yang unik atas pelbagai sebab.

Landskap Dallol terdiri daripada kawah tasik yang sangat berasid, air yang sangat masin yang pelbagai warna seperti hijau, kuning, oren dan coklat. Tempat ini nampak cantik apabila dilihat dari jauh. Tetapi apabila datang dekat, banyak landskap di sini yang sangat bahaya seperti kolam bertoksik yang panas, air garam gas tepu serta gunung berapi yang tersembunyi di bawah permukaan yang eksotik.

Tempat ini menjadi tempat tarikan para saintis untuk mengkaji apa jenis hidupan yang mampu hidup dalam persekitaran yang ekstrim sebegitu. Terdapat saintis melaporkan bahawa mereka menemui bukti hidupan pertama di situ yang bersaiz nanometer – sangat kecil dan dikenali mikroorganisma ultra-kecil. Tetapi kajian baru dari pasukan saintis lain meragui bukti tersebut ataupun sekurangnya relevansi penemuan tersebut.

Mereka mendakwa bahawa tiada hidupan yang dapat hidup di tempat yang hiper-asid dan hiper-masin seperti kolam Dallol. Mereka menyiasat hal ini menggunakan pelbagai kaedah analisis terhadap sampel yang diambil dari empat zon di sekitar kompleks geoterma Dallol. Walaupun mereka mengesan bukti hidupan mikroorganisma termasuk signal yang mungkin menandakan ada gen bakteria. Namun, mereka menyatakan majoriti “bukti” yang ditemui mungkin klu yang bertujuan untuk mengelirukan kajian. Mereka mencadangkan tiada hidupan mikrob yang aktif dan hidup secara semula jadi dapat ditemui di kolam Dallol dan sistem tasiknya.

Mereka menemui dua penghalang fizikokimia yang menghalang hidupan dapat hidup di kawasan ini walaupun adanya air di Bumi ataupun di tempat-tempat lain selain Bumi. Salah satu penghalang tersebut ialah air garam yang didominasi oleh magnesium yang mendorong sel untuk rosak melalui proses yang dikenali sebagai “chaotropicity”. Penghalang kedua ialah persekitaran gabungan hiper-asid dan hiper-masin.

Namun, ketiadaan bukti bukanlah menjadi bukti ketiadaan sesuatu. Walaupun kajian dan analisis yang dibuat tidak membuktikan sebarang bentuk hidupan, bukanlah bermaksud tiada hidupan langsung yang hidup. Sehingga tiada kajian yang membuktikan sebaliknya, pasukan saintis tadi terus berpegang bahawa Dallol adalah tempat tidak dapat dihidupi dan dikolonisasi.

RUJUKAN:

  1. Scientists Say They’ve Found a Place on Earth Where No Life Can Thrive. https://www.sciencealert.com/scientists-say-they-ve-found-a-place-on-earth-where-no-life-can-thrive
  2. Belilla, J., Moreira, D., Jardillier, L., Reboul, G., Benzerara, K., López-García, J. M., … & López-García, P. (2019). Hyperdiverse archaea near life limits at the polyextreme geothermal Dallol area. bioRxiv, 658211.

 

 

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.