Kita bercakap tentang Lohong Hitam di angkasa lepas di mana segala jirim dimampatkan sehinggakan satu-satunya cara untuk keluar darinya adalah perlu bergerak lebih laju daripada kelajuan cahaya. Setakat ini, tiada apapun yang mampu melepasi kelajuan cahaya (300 ribu kilometer sesaat). Jika terlalu dekat dengan Lohong Hitam, termampatlah kita semampatnya barangkali sehingga sebesar titik.

Walaupun Lohong Hitam berada jauh dari Bumi, hari-hari kita juga tetap akan dilanda masalah. Kekuatan gravitinya mampu mencapai sehingga sejauh beberapa tahun cahaya. Jika mana-mana Lohong Hitam bergerak terlalu dekat dengan hujung Sistem Suria kita, ia akan menyebabkan huru hara kepada isi-isinya. Malah, planet dan Matahari akan ditelan, berlanggaran ataupun tercampak keluar daripada keseluruhan Sistem Suria.

Lohong Hitam tidak dapat dinahmuskan. Apa sahaja yang kita lakukan, ia akan menjadikannya lebih besar, kuat dan lebih mengganas. Bergantung kepada saiz, jisim dan apa sahaja; satu-satunya harapan kita cumalah menunggu ia tersejat sekurang-kurangya selepas 10^67 (67 angka 0) tahun dari sekarang. Kita perlu menjejak Lohong Hitam di luar sana, manalah tahu kita mungkin wajib untuk memindahkan keseluruhan Sistem Suria ini dengan kadar segera.

Terdapat dua jenis Lohong Hitam yakni bersaiz gergasi yang terletak di pusat setiap galaksi dan bersaiz bintang yang terbentuk apabila bintang bersaiz besar mengalami Supernova.

Yang terletak di tengah galaksi Bima Sakti itu sejauh 27 ribu tahun cahaya manakala di Andromeda sejauh 2.5 juta tahun cahaya dan sebagainya. Untuk pengetahuan semua, 1 tahun cahaya bersamaan dengan 9.461 × 10^12 kilometer. Yang berada di titik tengah galaksi itu tiada sebarang masalah kepada kita kerana terlalu jauh jaraknya. Yang bermasalah jika yang berjisim bintang.

Lohong Hitam tidak memancarkan sebarang radiasi, jadi ia sepenuhnya halimunan. Sukar untuk dikesan kita di langit. Satu-satunya cara untuk mengesan kewujudannya jika ia berada berlatarbelakangkan gugusan bintang yang cahayanya terganggu. Dan jika kita berada terlalu mendekatinya. Mengucaplah.

Setakat ini, Lohong Hitam yang terhampir dengan kita adalah V616 Monocerotis yanh berada 3000 tahun cahaya dari Bumi serta mempunyai 9 hingga 13 jisim Matahari. Kita tahu ia ada di sana kerana terletak di sebuah kawasan dwisistem dengan setengah jisim Matahari. Pakar Perbintangan tidak mampu mengesan Lohong Hitam kecuali jika ada gangguan graviti pada objek samawi yang berdekatan. Yang kedua terhampir dengan kita adalah Cygnus X-1 yang berjarak 6000 tahun cahaya dengan 15 kali jisim Matahari. Sekali lagi, dwisistem. Yg ketiga terhampir juga dwisistem.

Pada hakikatnya, itulah sebahagian daripada bilangan Lohong Hitam dalam sistem dwibintang dan itulah satu-satunya cara untuk mengesannya. Terdapt banyak lagi yang mungkih lebih berdekatan dengan kita untuk ditemui.

Bunyinya menakutkan. Saya pasti, kini anda akan sentiasa memerhatikan langit melihat jika ada gangguan cahaya gugusan bintang kerana kehadiran lohong hitam. Namun, peristiwa ini jarang berlaku.

Sistem Suria telah wujud sejak lebih 4.5 bilion tahun, objek-objek samawi beredar mengelilingi Matahari tanpa ada sebarang gangguan. Jika ada lohong hitam melintasi walaupun sejauh beberapa belasan tahun cahaya dari hujung Sistem Suria, ia akan menghuru-harakan petala planet dengan ketara. Dan mengucaplah kita di bumi ini.

Kita tidak pernah merasai Lohong Hitam selama berbilion tahun dan kekal begitu selama bilion ataupun tilion tahun lagi. Sayangnya, kita tidak mampu untuk menjawab soalan ini. Adakah Lohong Hitam yang terhampir dengan kita berjarak bebera tahun cahaya ataupun V616 Monocerotis. Kita mungkin tidak akan dapat mengetahuinya.

Artikel ini telah diterjemahkan, dipermudahkan dan diubahsuaikan oleh #AlamBahasa12 dari https://www.google.com/amp/s/phys.org/news/2016-03-closest-black-hole.amp yang dicapai pada 29hb Januari 2020.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.