Minggu ini merupakan minggu anugerah Nobel. Bermula Selasa lalu, pemenang bagi Anugerah Nobel telahpun diumumkan, bermula dengan bidang Perubatan pada hari Isnin, bidang Fizik pada hari Selasa, bidang Kimia pada hari Rabu, bidang Penulisan pada hari Khamis dan hari ini, pemenang anugerah Nobel Keamanan akan diumumkan. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada pemenang.

Tahukah anda, selain anugerah Nobel yang penuh glamour tu, sebenarnya ada satu lagi anugerah Nobel lain – satu bentuk parodi kepada anugerah Nobel. Anugerah ini diberi nama Ig Nobel Prize, dan perkataan Ig merupakan singkatan kepada perkataan Ignoble.

Perkataan ni dikira sebagai berlawanan dengan Nobel Prize tu sendiri, sebab orang yang menang anugerah Nobel akan dipanggil Nobel Laureate, dan perkataan Nobel tu sendiri ada kaitan dengan sifat Noble (bunyinya hampir sama) yang membawa maksud kejujuran dan kemuliaan. Jadi, in a sense, Ignoble Noble Prize ni merupakan anugerah yang berlawanan dengan Nobel Prize yang sebenar.

Figure 1: Aku sendiri pun tak tahu perkataan Ignoble ni wujud sebenarnya.

Tema utama Ig Nobel Prize adalah untuk memberi pengiktirafan terhadap kajian yang melucukan, tapi kalau difikir balik, membawa kepada pemahaman baru terhadap perkara yang dikaji. Diambil dari laman web mereka,

“The Ig Nobel Prizes honor achievements that make people LAUGH, and then THINK.”

Anugerah ini dimulakan pada tahun 1991 oleh Marc Abrahams, salah seorang editor dan pengasas bagi majalah Annals of Improbable Research, salah satu majalah sains berbentuk jenaka. Sepertimana anugerah Nobel yang asal, pemenang anugerah Ig Nobel ini dibahagikan kepada beberapa kategori, iaitu Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi, Pendidikan, Keamanan, Penulisan dan Perubatan.

Antara pemenang paling pelik pernah menang anugerah ni adalah Dr. Elena Bodnar, seorang pereka yang mereka bra yang boleh ditukarkan menjadi topeng muka (ya, ini memang kelakar). Jangan tanya aku macam mana benda ni berfungsi. Aku tak tahu. Dr. Elena menang anugerah Ig Nobel pada tahun 2009 dalam bidang Kesihatan Umum (2009 Public Health awards).

Figure 2: Happy betul muka mamat kat belakang tu.

Selain dari kajian di atas, satu lagi kajian menarik yang menang anugerah Ig Nobel adalah kajian “Adakah kucing cecair” – “Can a Cat Be Both Liquid and Solid?” oleh Marc-Antoine Fardin. Dalam kajian beliau, Mark berjaya menunjukkan (menggunakan prinsip dinamik bendalir sebenar) bahawa kucing sebenarnya adalah cecair (lol). Mark juga mengambil soalan dari audience secara online berkenaan kajiannya, jadi kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut, boleh cuba tanya dia sendiri.

Figure 3: Di bawah beberapa keadaan tertentu, kucing sebenarnya adalah cecair.

Untuk tahun ini, pemenang bagi bidang Perubatan adalah Silvano Gallus, yang membuat kajian mengenai makan pizza boleh mengurangkan risiko kanser dan serangan jantung, dengan syarat Pizza tu kena dibuat dan dimakan di Itali sahaja (mungkin sebab tempat kajian dia di Itali sebenarnya).

Dalam bidang Biologi pula, pemenang pada tahun ini adalah pengkaji lipas! Ew. Topik yang mereka kaji sebenarnya adalah bagaimana lipas mengesan medan magnet Bumi serta bagaimana mereka menggunakan medan magnet untuk tujuan navigasi (ala-ala mata manusia) dan reaksi mereka terhadap perubahan medan magnet. Cool sebenarnya kajian ni!

Figure 4: Beberapa haiwan seperti lipas dan spesis burung diketahui bergerak dengan berpandukan arah medan magnet Bumi. Hal ni dipanggil sebagai Magnetoreceptor.

Dalam bidang Anatomi manusia, Ig Nobel Prize mengiktiraf kajian mengenai suhu di bahagian scrotum manusia yang sepatutnya berada dalam keadaan simetri (kalau sebelah kanan panas, sebelah kiri pun sepatutnya lebih kurang lah). Scrotum tu apa?

Scrotum tu kalau dalam bahasa orang tua dipanggil sebagai kantung telur. Untuk anugerah Kimia, pemenang adalah dari penyelidik yang mengukur berapa banyak air liur yang dihasilkan oleh budak berumur lima tahun, yang dibuat oleh saintis dari Jepun. Orang Jepun ni boleh tahan pelik rupanya.

Untuk kategori Ekonomi, anugerah ini dimenangi oleh pengkaji yang mengkaji transmisi atau penyebaran bakteria melalui duit (aku rasa patutnya dia menang bahagian perubatan), dan untuk bahagian Keamanan, pemenang adalah dari kumpulan penyelidik yang menyelidik mengenai kesan kepuasan yang kita dapat setelah kita menggaru bahagian yang terasa gatal.

Ya tak ya jugak. Kenapa kita rasa macam puas lepas kita garu eh? Kalau kau orang baca kertas kajian tu pun, sebenarnya tiada konklusi definitive pun kenapa kita rasa puas, kajian itu lebih kepada satu bentuk assessment atau semakan kepada tahap kepuasan kita apabila kita menggaru, dengan mengambil kira kadar intensity kita menggaru dan bahagian yang kita garu.

Pelik jugak pemenang-pemenang anugerah ni dan kajian mereka sebenarnya. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai anugerah Ig Nobel Prize ni, boleh tekan link ni.

Hm. Dan kalau kau orang ada idea unik atau kajian unik yang kau orang nak buat, boleh komen dekat bawah. Kita buat bersama-sama. Kalau tak dapat hadiah Nobel pun, dapat hadiah Ig Nobel pun boleh lah kot…


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Universe in a Nutshell, salah satu video yang membuka minda pemikir muda ini untuk mula meminati fizik. Setelah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana, dia kini sedang berusaha untuk merakyatkan sains kepada pelajarnya dan masyarakat umum. Minat utamanya adalah fizik moden, termasuk relativiti dan teori kuantum, di samping falsafah, ekonomi dan tasawuf

Comments are closed.