Sains adalah sebuah wadah untuk memajukan kehidupan orang ramai. Pembangunan sebuah teknologi misalnya boleh menguntungkan manusia secara langsung dan tidak langsung.

Ambil contoh pendaratan Bulan yang berjaya dilakukan melalui Program Apollo pada tahun 1969. Ramai masih terbuai dengan falasi konspirasi bahawa pendaratan ini tidak berlaku, yang semuanya adalah suatu penipuan Barat.

Ironinya, golongan yang termakan falasi ini sedang menggunakan teknologi daripada pendaratan Bulan tanpa sedar.

Sebelum menghantar misi ke Bulan, pihak NASA mengumpulkan maklumat daripada gambar-gambar satelit yang tidak semestinya jelas. Jadi pihak Jet Propulsion Laboratory membangunkan sebuah teknologi mirip algoritma untuk NASA guna supaya gambar dapat diproses secara digital.

Senang cakap, JPL buat photoshop untuk mengemaskan gambar Bulan supaya NASA dapat meneruskan rancangan utama mereka. Teknologi JPL ini hanya digunakan untuk pendaratan Bulan ketika itu.

Tetapi selepas Neil Armstrong dan Buzz Aldrin berjaya mendarat di Bulan, teknologi ini diguna pakai dalam bidang perubatan.

Algoritma JPL rupanya boleh “mengemaskan” gambar imbasan badan (McRobbie, et al., 2017), sekali gus bantu membangunkan teknologi Imbasan Gema Magnetik (MRI) dan kemudian Imbasan Tomografi Komputer (CT Scan).

Dengan erti kata lain, NASA dan JPL tidak mencipta MRI dan CT Scan.

Sebaliknya, dua pihak ini memainkan peranan penting dalam pembangunan teknologi sebagai penyumbang utama. Akhirnya, jutaan orang berjaya diselamatkan melalui diagnosis perubatan yang lebih tepat.

Dengan adanya MRI, banyak penyakit berjaya dikesan awal (Lindblom, 2011). Kerana MRI membolehkan doktor tengok apa masalah dalam tubuh badan tanpa perlu membuka kulit walau seinci pun. Kejayaan MRI turut membuka jendela baru dalam dunia paleontologi kerana struktur fosil dapat dianalisis dengan data lebih tepat (Giovannetti, et al., 2016).

Konsep yang diguna pakai JPL telah mengatur langkah pertama dalam bidang penggambaran digital (digital photography). Sekarang semua nampak macam mana pengaruh program Apollo pada dunia moden.

Teknologi penggambaran memang lama sudah ada. Tetapi JPL mendigitalisasikannya, untuk kegunaan yang jauh lebih meluas.

Hari ini semua telefon pintar sudah canggih dengan kebolehkan mengambil gambar dan merakam video.

Jurang antara jenama telefon hanyalah dari segi kualiti sahaja. Bermakna teknologi gambar dan video telefon pintar mempunyai asal-usul NASA/JPL melalui Program Apollo (Chow, 2011).

Tanpa pendaratan Bulan, teknologi ini tetap akan direalisasikan… cuma pendaratan Bulan telah menyegerakan apa yang semakin hampir. Limpahan teknologi tidak terhad dalam dua perkara ini sahaja.

Tetapi sedar tidak, barangan berteknologi sekarang lebih kecil untuk dibandingkan dengan keluaran terdahulu? Komputer dulu bukan main besar. Sekarang kecil saja. Dalam bahasa Inggeris, pengecilan ini dipanggil “minituarization”.

Komputer besar memakan kos tinggi. Bukan senang untuk bawa barangan berat naik kapal ke angkasa. Jadi NASA mengecilkan komputer 30,000 kilogram… ke 32 kilogram sahaja (Creighton, 2019).

Sekali lagi, NASA tidak menciptakan konsep “minituarization” yang sudah menjadi sebahagian daripada naluri teknologi. Tetapi NASA membuatkannya bagaian suatu trend, sebagai penggerak dan penyumbang.

Selain daripada konsep ini, Program Apollo berjaya menggerakkan usaha sifar wayar. Mesin gerudi misalnya bergantung pada wayar sebagai penyalur elektrik. Untuk menjalankan kerja di Bulan, pihak NASA berpendapat wayar adalah suatu penghalang.

Jadi NASA meminang syarikat Black & Decker untuk bekerjasama dengan Martin Marietta Corporation. Pinangan ini adalah untuk menghasilkan sebuah “anak” iaitu mesin gerudi putaran bertukul (rotary hammer drill). Syaratnya, anak ini tidak boleh ada wayar (Brown, 2019).

Banyak benda sebenarnya boleh dijayakan andainya ada cita-cita dan wang. Amerika Syarikat banyak membazirkan masa dengan siri peperαηgαη entah apa-apa.

Lagi banyak inovasi boleh dibuat, andainya dunia dapat mengekalkan keamanan tanpa sebarang usaha jahat di sebalik tabir. Berpeganglah pada tali sains, kerana ia adalah wadah ke arah ilmu.

RUJUKAN:

Brown, D. (2019, Julai 3). Four surprising technological innovations that came out of the Apollo moon landings. The Conversation.

Chow, D. (2011, Januari 18). Everyday Tech From Space: Cell Phone Cameras Have Space Origins. Space.

Creighton, J. (2019, Julai 19). These innovations from the Moon landing changed life on Earth. QZ.

Giovannetti, G., et al. (2016). Magnetic resonance spectroscopy and imaging for the study of fossils. Magnetic Resonance Imaging. 34 (6): 730-742.

Lindblom, K. (2011, Mac 8). ACS to honor MRI, a life-saving medical tool, as National Landmark technology during ceremony at Stony Brook University. American Chemistry for Life.

McRobbie, D., et al. (2017). MRI from Picture to Proton. Cambridge University Press. Halaman 4.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.