Limpahan Puntung Rokok Telah Mengancam Tumbesaran Pokok

320

Sebuah kajian menyatakan, putung rokok yang dibuang merata-rata, terutamanya kawasan yang berhampiran dengan pokok akan membuatkan pokok tersebut diancam tumbesarannya. Kajian ini diketuai oleh Anglia Ruskin dari Cambridge University. Kebimbangan buangan putung rokok ini bertambah. Selain daripada masalah ancaman terhadap tumbesaran pokok, ia juga memberikan pencemaran yang sering dipandang remeh.

Putung rokok telah mengancam pembenihan rumput sebanyak 10% dan pokok clover sebanyak 27%. Walaupun plastik menjadi perbincangan hangat untuk mengurangkan pencemaran, putung rokok merupakan pencemaran yang dilakukan oleh manusia yang paling cepat merebak.

Laporan daripada BBC menyatakan kajian tersebut menjangkakan sebanyak 4.5 trilion putung rokok yang dibuang setiap tahun. Menurut NBC News, sebanyak 5.6 trilion rokok dihasilkan di seluruh dunia setiap tahun dan kebanyakannya dibuang secara tidak bertanggungjawab.

Ramuan utama dalam rokok yang membuatkan ia menjadi ancaman kepada alam sekitar ialah cellulose acetate – sejenis plastik yang mengambil masa sedekad untuk hancur dan terurai. Saintis yang melakukan kajian ini mengutip bahan di sekitar bandar Cambridge termasuk lokasi-lokasi yang banyak putung rokok dibuang secara tidak bertanggungjawab.

Sesetengah aktivis berusaha dan menekan pihak bertanggungjawab supaya mengharamkan penapis rokok (cigarette filter) disebabkan ancamannya kepada alam sekitar termasuk asap rokok itu sendiri. Penapis rokok tidak memberikan kebaikan kepada kesihatan dan hanya berperanan sebagai alat pemasaran. Ia patut diharamkan kerana memberikan ancaman kepada alam sekitar. Tekanan pengharaman ini turut ditekan oleh Thomas Novotny, profesor kesihatan awam dari San Diego State University.

Rujukan:

  1. https://www.sciencealert.com/cigarette-butts-are-our-most-common-trash-and-they-re-harming-plant-growth
  2. https://www.businessinsider.my/cigarette-butts-pollution-plastic-plants-2019-7/?r=US&IR=T

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.