Sepasukan pendayung Jepun dan Taiwan yang berani telah berjaya menyalin semula laluan laut penghijrahan kuno yang menggunakan perahu batang tradisional.

Pada suatu Ahad di waktu tengah hari, selepas dua cubaan gagal, seorang lelaki Taiwan, tiga lelaki Jepun, dan seorang wanita Jepun telah menaiki sebuah kanu kayu berukuran 7.6 meter panjang, 70 sentimeter lebar (24.93 kaki panjang kali 27.56 inci lebar) dan mendayung sejauh 200 km (125 batu) dari Daerah Taitung, tenggara Taiwan, ke Pulau Yonaguni, Okinawa.

Selama lebih dua hari dua malam, mereka mengira latitud di laut mengikut matahari, perjalanan mereka mengikut gugusan bintang, dan mereka menolok kelajuan angin dan arah mata angin. Mereka sedaya-upaya cuba mengikuti cara kuno dalam projek perlayaran tersebut.Kesemua kru berangkat untuk melakukan perlayaran

Kesemua kru berangkat untuk melakukan perlayaran

MENGAPA MELAYARI BLACK STREAM?

Projek ini merupakan salah satu daripada pelayaran serupa yang dipersetujui pada tahun 2017 di antara National Museum of Nature, Jepun, dengan Museum of Prehistory, Taiwan. Ketua pasukan, Yosuke Kaifa, memberitahu wartawan Jepun bahawa para pakar arkeologi merasakan penghijrahan awal manusia ke Jepun adalah dengan menggunakan tiga laluan dan salah satu daripadanya dikenali sebagai Black Stream. Laluan ini mengalir daripada Filipina ke arah timur laut melepasi Jepun. Beliau menambah bahawa projek itu “bertujuan untuk menambah pengetahuan akan betapa sukarnya untuk melakukan perjalanan tersebut.”

Berkisar mengenai legenda Black Stream, pendayung berumur 47 tahun yang dikenali sebagai Koji Hara telah memberitahu wartawan dari Japanese Times bahawa gelora laut itulah yang “membawa kanu (canoe) dan apa yang kami lakukan hanya mengemudinya sekali-sekala.” Kenyataan tersebut sememangnya berupaya menggondol hadiah utama tahun 2019 bagi kategori merendah diri (memandangkan betapa sukarnya perlayaran tersebut, namun Koji tidak meletakkan kredit yang banyak pada dirinya).

Beliau menambah, “Saya tidak boleh bayangkan bagaimana manusia menjelajah pada 30,000 tahun dahulu, namun bagi perjalanan ini, saya berpendapat mereka telah mempertaruhkan nyawa mereka”. Sebaik sahaja kanu yang dinaiki itu berlabuh di pesisir pulau, beberapa ratus penduduk tempatan menyambut mereka penuh riang.

PERSOALAN SEKITAR PARA PELAYAR KUNO YANG MEREDAH BLACK STREAM

Anda mungkin mengingati rancangan televisyen Jepun bertajuk Takeshi Castle yang disiarkan di antara tahun 1986 hingga 1990 di mana rakyat marhaen Jepun menolak sesama sendiri untuk maju ke hadapan. Arkeologi Jepun turut mempunyai pegangan yang sama apabila berkaitan dengan perdebatan tarikh pendaratan pertama di kepulauan itu. Zaman pendudukan manusia di Jepun sebelum 10,000 SM yang ditakrifkan melalui penarikan tembikar telah dinamakan sebagai Zaman Paleolitik Jepun dan mengunjur sehingga permulaan Zaman Mesolitik Jomon iaitu lebih kurang 14,000 SM. Para pendayung awal telah tiba pada zaman Paleolitik lebih kurang di antara 2.6 juta hingga 15,000 tahun dahulu.

Patung tanah liat dari zaman Jomon lewat

Sementara sebahagian ahli arkeologi masih berpendapat pelayar pertama tiba sekitar tahun 40,000 SM, sebahagian lagi berpendapat bahawa teori tersebut mempunyai bukti yang meragukan dan pelayar pertama telah berkanu ke sana lebih kurang 35,000 SM.

Dan kita mesti mengambil kira bahawa sebahagian ahli arkeologi percaya bahawa pelayar mungkin telah tiba di Kepulauan Jepun sejak 100,000 tahun dahulu ketika Zaman Ais sedangkan mengikut catatan di dalam Facts and Details, Jepun bersambung dengan benua Asia melalui jambatan tanah ke Semenanjung Korea di selatan dan Delta Sungai Amur (kini berada di antara China dan Rusia) melalui Pulau Sakhalin di utara.

OLOKAN YANG MENGABURI KOMUNITI ARKEOLOGI JEPUN

Reputasi global Arkeologi Paleolitik Jepun telah diperlekehkan dan dimalukan oleh sebuah skandal yang dikenali sebagai Olokan Paleolitik Jepun yang akhirnya terbongkar ekoran sebuah kisah yang diterbitkan oleh Mainichi Shimbun pada 5hb November, 2000. Shinichi Shimura merupakan seorang ahli arkeologi negeri yang dihormati telah mengambil gambar ‘artifak palsu’ secara rahsia di tapak Kamitakamori dan beliau telah ditangkap pada masa itu juga.

Artikel Japan Times ini menerangkan bahawa ahli arkeologi telah membuat pengumuman antarabangsa sehari selepas penangkapan gambar artifak palsu tersebut. Beliau telah mengumumkan “penemuan” artifak tersebut namun sejurus selepas itu beliau telah mengaku bersalah mengenai seluruh rancangan untuk mengundurbelakangkan pentarikhan tapak tersebut.

Semenjak penemuan olokan tersebut, pentarikhan di antara 40,000 hingga 50,000 SM di Jepun akan diragui dan maafkan saya, saintis telah memberikan ‘purata’ pendaratan manusia pertama lebih kurang 35,000 SM walaupun dengan cara yang paling tidak saintifik. Namun begitu anda faham apa yang saya maksudkan.

Mikrolith. Ekskavasi Niigata. Muzium Kebangsaan Tokyo

Ekoran keaslian artifak yang menyokong kehadiran manusia pra 35,000 SM di kepulauan Jepun diragui, penganjur pelayaran kamu yang baru ini telah menjauhkan diri mereka dan mendasari laluan mereka mengikut penemuan relik yang bertarikh 30,000 tahun dahulu di Kepulauan Ryukyu.

Sebuah artikel di dalam World-Archeology telah membincangkan ‘enam gua batu kapur dan kawasan rekahan di pulau tersebut” yang membongkar tulang manusia berumur lebih kurang 30,000 hingga 20,000 tahun dahulu termasuklah tetulang seorang “budak perempuan berumur enam tahun yang meninggal lebih kurang 32,000 tahun dahulu.”

Belayar di Black Stream di dalam kanu kayu sambil menggunakan matahari, bulan, bintang dan angin di samping melihat, menghidu, merasa, dan mendengar semua yang dilakukan oleh orang yang melakukannya pada 32,000 tahun dahulu pastinya memberikan lima pendayung ini sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh mana-mana saintis PHD yang meneroka menggunakan model hipotesis.

Ini adalah pengalaman arkeologi yang paling mentah tanpa sebarang olokan. Tunggu dulu. Ada sesiapa yang menyiasat keberadaan baling-baling pada kanu tersebut? Kita pernah terkena sebelum ini!

Pasukan pendayung dari Jepun dan Taiwan tiba di Pulau Yonagumi, Okinawa sekaligus berjaya meniru semula penghijrahan manusia di antara Taiwan dan Okinawa kira-kira 30 000 tahun lalu melalui Black Stream

Pasukan pendayung dari Jepun dan Taiwan tiba di Pulau Yonagumi, Okinawa sekaligus berjaya meniru semula penghijrahan manusia di antara Taiwan dan Okinawa kira-kira 30 000 tahun lalu melalui Black Stream.

TERJEMAHAN:

Ashley Cowie. (9 Julai 2019). Five Bold Navigators Master the Deadly ‘Black Stream’ After 32 000 Years. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/black-stream-0012264


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Dilahirkan di Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan di dalam bidang perubatan di RCSI, Ireland, dan PMC(RUMC), Pulau Pinang. Kini, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana (Master) dalam bidang Kesihatan Awam. Seorang yang meminati hal-ehwal sejarah, falsafah, geopolitik dan bahasa. Cenderung kepada Gagasan Islamisasi Ilmu oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Mempunyai pengalaman dalam menerjemah buku dan sedang mempelajari bahasa Rusia dan Mandarin. Bercita-cita untuk menjadi seorang polymath dan polyglot.

Comments are closed.