Beberapa hari lepas, sebelum masuk ke FB. Benda macam ni memang ada puak-puak minoriti bising sebab bagi mereka sistem pendidikan negara kita kononnya “malay-washing.”

Bukan sahaja sastera negara kita, bahkan sejarah kita, lagi-lagi silabus baru negara kita dengan beraninya fokus pada peradaban-peradaban Melayu sebelum Islam seperti Srivijaya, Langkasuka, dan banyak lagi, apatah lagi mengenai Melaka yang jauh lebih mendalam.

Mereka bising dan mengatakan bahawa ianya adalah sejenis “malay-washing”. Sebenarnya kenapa silabus pendidikan kita seperti sastera dan sejarah berlegar sekitar Melayu sebab negara kita Malaysia dibina atas identiti Tamadun Melayu. Dan sekarang giliran sastera Melayu pulak yang menjadi mangsa.

Sastera misalnya, seberapa banyak sastera yang dihasilkan oleh orang Melayu dan bukan Melayu? Perbandingan penulis Melayu menulis dalam Bahasa Melayu ialah lebih 95 peratus dan selebihnya adalah bukan Melayu.

Tentulah lebih banyak penulis Melayu menembusi silabus sastera Melayu negara. Kata penyokong Meritokrasi puak-puak ni, tapi bila meritokrasi diamalkan, kalian yang menempelak pula.

Kalau benar ada niat nak sokong sastera Melayu, bukannya suara seperti ini diluah atas nama “political correctness”, maka tunjukkanlah sokongan kalian kepada dunia penulisan Bahasa Melayu.

Seberapa banyak orang bukan Melayu membeli wadah-wadah penulis berbahasa Melayu? Kenal ke nama Ramlee Awang Murshid raja novel Thriller Malaysia? Pernah kenal J.R.R. Tolkien dunia penulisan fantasi Melayu iaitu Ahmad Patria Abdullah? Pernah ke kalian dengar nama penulis Melayu paling laris buat masa ini, Teme Abdullah?

Kenal ke Karangkraf tu apa? Pernah baca novel Salina? Atau sekurang-kurangnya layan novel ringan macam Fixi? Hatta sahabat Cina aku yang menulis dalam Bahasa Melayu macam Ayman Rashdan Wong pun pembelinya rata-rata orang Melayu.

Kalau karya ringan dan sederhana ini pun jarang nampak sokongan dari orang kalian, apakah boleh dianggap kalian benar-benar membaca wadah-wadah sastera yang jauh lebih berat?

Kalau benar kalian menyokong dunia penulisan Melayu, nescaya penulis-penulis Bahasa Melayu di Malaysia ini kaya-raya sebab pasaran lebih luas kerana tidak hanya Bumiputera sahaja membaca buku-buku kami.

Malangnya orang bukan Melayu lebih fokus kepada menulis dalam bahasa ibunda atau bahasa Inggeris sahaja. Penulis bukan Melayu yang menulis dalam Bahasa Melayu terlalu sikit, hatta pembacanya lagi.

Dah tentu apabila lambakan sastera dalam Bahasa Melayu oleh penulis Melayu, maka banyaklah karya-karya Bahasa Melayu mereka menembusi masuk ke dalam silabus sastera kita.

IKLAN: Klik gambar untuk terus ke Shoppee kami bagi buat pembelian.

Dan kononnya memperjuangkan sastera Melayu lebih “multicultural”, tetapi malangnya penulisan mahu mengangkat sastera Melayu agar lebih variasi pun tidak ditulis, hatta satu ayat penuh dalam bahasa Melayu.

Dan kemudian kalian bertanya seperti orang bingung, kenapa kurang karya penulis bukan Melayu? Tepuk dada, tanyalah selera. Jawapannya sudah tersedia pada bagaimana kalian melayan kedudukan Bahasa Melayu itu sendiri.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.