LGBT Ditolak Dalam Tamadun Serata Alam

0
761
views

Dalam dunia yang semakin maju dan mencabar ini, kita dapat lihat manusia semakin hari semakin menonjol dalam pelbagai perkara, lantaran ledakan perkembangan sains dan teknologi dan ditambah pula dengan kepesatan penggunaan media sosial dan aplikasi perhubungan yang mewujudkan dunia tanpa sempadan. Namun disebalik kemajuan manusia yang pelbagai ini, masih ramai yang menunjukkan sikap pelik dan melawan fitrah, iaitu minat kepada jantina yang sama. Selain masalah dari sudut agama, masalah golongan sama seksualiti ini adalah masalah moral dan integriti masyarakat.

Sepatutnya dalam era manusia yang wujud dengan ratio 1:5, iaitu seorang lelaki bersamaan dengan 5 perempuan, kaum lelaki seharusnya boleh memilih pasangan perempuan yang terbaik mengikut citarasa dan minat tersendiri, manakala kaum perempuan pula seharusnya berusaha sedaya upaya dalam bersaing mendapatkan lelaki yang terbaik untuk melengkapkan hidup mereka. Namun sebaliknya yang berlaku, lelaki memilih lelaki dan perempuan memilih perempuan sebagai pasangan hidup. Sebenarnya masalah ini bukan baru terjadi kepada komuniti penduduk dunia, ia telah bermula sejak beratus bahkan beribu-ribu tahun dahulu.

Zaman Yunani Purba

Dalam sejarah, kita membaca dan melihat filem berkenaan penduduk dan kerajaan Yunani Purba yang gagah serta hebat, seperti gambaran tentang Hercules, diikuti kisah mistik dan magik apabila bercerita tentang tuhan Greek Purba seperti Zeus, Hades, Venus dan lain-lain, serta melibatkan cerdik pandai seperti Socrates, Plato, Archimedes dan ramai lagi. Namun antara kisah menarik jika dibaca tentang Yunani Purba ini adalah tentang hubungan homoseksual antara penduduk Yunani Purba. Sebagai contoh, para pengkaji sejarah Yunani merujuk kepada satu kisah di dalam cerita Illiad oleh Homer yang menunjukkan hubungan sejenis antara dua watak rekaan iaitu Achilles dan Patrocius. Walaupun cerita ini adalah rekaan, namun ia menggambarkan telah wujud hubungan songsang sejenis pada zaman tersebut.

Selain itu, pengkaji sejarah juga menjumpai lukisan di pasu tinggalan penduduk Greek Purba yang menunjukkan wujudnya hubungan antara lelaki berumur (dipanggil erastes) dan orang muda (dipanggil eromenos). Hubungan ini bukan bersifat kekeluargaan sebaliknya lebih kepada pasangan kekasih. Kajian juga menunjukkan Plato dan Xenophone pernah menggambarkan kisah guru mereka Socrates yang ‘suka berjumpa dan berbincang dengan lelaki muda tetapi mengelakkan sentuhan fizikal seperti memeluk dan mencium pipi’, bukan sebagai kekasih tetapi lebih bersifat guru dan murid. Bahkan juga ditemui satu penulisan Plato dalam gambaran negara idealnya bercadang untuk menghukum pasangan hubungan sejenis sama dengan kesalahan berzina dengan keluarga sendiri dan menyifatkan mereka sebagai ‘seburuk-buruk makhluk’. Petikan satu penulisan berkenaan Plato menyebut:

It is something contrary to nature, he insists, and although there won’t be laws against it, nevertheless a propaganda programme will encourage everyone to say that it is “utterly unholy, odious-to-the-gods and ugliest of ugly things”.

Jelas sekali masalah moral seperti homoseksualiti ini sudah wujud sejak zaman dahulu. Dan ‘penyakit’ ini tidak akan berhenti merebak melainkan jika kita cuba mencegah bermula sekarang sebelum ia merosakkan generasi akan datang.

Zaman Rom Purba

Sejarah tidak pernah menipu, kecuali diputarbelitkan oleh pengkaji atau penolak sejarah. Antara kisah terawal tentang golongan LGBTQ ini adalah sewaktu pemerintahan Maharaja Hadrian  pada zaman keagungan empayar Rom di Mesir. Maharaja Hadrian atau nama penuh beliau Publius Aelius Traianus Hadrianus Augustus adalah Maharaja Rom yang memerintah sekitar 117 hingga 138 CE.  Dikatakan Maharaja Hadrian berkahwin dengan wanita, tatapi tidak mempunyai anak.

Pada masa yang sama, beliau juga mempunyai seorang kekasih lelaki berumur 19 tahun iaitu Antinous yang telah mati secara misteri, bahkan ada kajian mengatakan mati lemas di Sungai Nil. Akibatnya, Maharaja Hadrian telah mengarahkan agar dibina patung Antinous di sekitar negara di bawah jajahan Rom serta mewujudkan kota Antinopolis sebagai tanda cintanya kepada Antinous itu. Disebalik kekuatan askar Rom yang hebat, tidak dinafikan berlakunya hubungan sejenis dalam kalangan tentera. Askar yang terlibat dalam hubungan sejenis akan dikutuk dan dikenakan tindakan.

Namun begitu, tindakan ini dibenarkan bagi golongan bangsawan Rom yang memiliki hamba lelaki dan digunakan untuk memuaskan nafsu songsang mereka. Sebagai contoh, dikhabarkan seorang Maharaja Rom bernama Maharaja Nero yang memerintah dari tahun 54 hingga 68AD mempunyai seorang hamba lelaki bernama Sporus yang disuruh menjadi pelayan serta gundik beliau, sehinggakan hamba ini telah dibuang alat kemaluannya supaya kekal berkhidmat kepada beliau. Sporus telah disuruh memakai pakaian seperti puteri atau permaisuri maharaja dan dijadikan alat pemuas nafsu Maharaja Nero, namun semua ini dilakukan dengan tersembunyi untuk mengelak diketahui rakyat sehinggalah terbongkar rahsia ini sebelum kematian beliau.

Selain itu, melalui pautan sejarah dunia kita ada membaca berkenaan kota Pompeii yang hilang dek letusan gunung berapi Vesuvius sekitar 79AD. Sejarah menceritakan tentang satu penduduk kaum disebalik pergunungan di Itali yang hidup penuh teratur dan maju, dengan peradaban Rom yang sangat hebat pada masa tersebut.  Namun penduduk Pompeii tersebut telah lenyap dek letusan gunung berapi Vesuvius yang memuntahkan larva serta asap beracun yang membunuh penduduk Pompeii, sekali gus menenggelamkan kota tersebut di bawah debu dan tanah yang tebal.

Dianggarkan sehingga dua ribu penduduk mati akibat bencana ini. Namun yang paling jelas adalah bukti penduduk Pompeii mengamalkan kehidupan homoseksual. Dijumpai patung (atau mayat yang mati tertanam akibat letusan gunung Vesuvius) yang menunjukkan dua lelaki saling berpelukan serta ukiran di dinding bangunan tinggalan penduduk Pompeii yang menunjukkan berlakunya amalan homoseksual dalam masyarakat walaupun dilarang oleh agama Kristian yang menjadi anutan majoriti penduduk Rom ketika itu.

Waqaf Saham

Pompeii Porn

Zaman Parsi Purba

Penduduk Parsi Purba berada di bawah pelbagai pemerintahan kerajaan dan maharaja yang hebat serta sangat terkenal dalam sejarah. Mereka juga dipengaruhi oleh pertembungan tamadun dengan kerajaan sekitar seperti Rom dan Yunani Purba. Namun disebalik kemegahan dan kehebatan kerajaan Parsi Purba yang penuh dengan pelbagai kisah kepimpinan, tamadun serta mistik, satu perkara yang boleh disamakan dengan tamadun Purba lain ketika itu adalah berkenaan homoseksualiti.

Tidak dinafikan terdapat pelaku homoseksualiti ketika itu lantaran pengaruh daripada masyarakat Greek. Menurut beberapa pengkaji sejarah dan penulis berkaitan Tamadun Parsi Purba (Ancient Persian) menemui manuskrip agama Zoroastrian yang menceritakan bahawa perlakuan lelaki yang bersama lelaki dan perempuan bersama perempuan adalah tindakan yang ditolak agama Zoroastrian dan pelakunya adalah penyembah ‘syaitan’ (demon):

In the sacred Zoroastrian text[,] the Vendidad, it is stated: ‘The man that lies with mankind as man lies with womankind, or as woman lies with mankind, is a man that is a Daeva (demon): this man is a worshipper of the Daevas, a male paramour of the Daevas

Di dalam satu rujukan lain pula menyatakan:

Ahura Mazda answered: ‘The man that lies with mankind as man lies with womankind, or as woman lies with mankind, is the man that is a Daeva; this one is the man that is a worshipper of the Daevas, that is a male paramour of the Daevas, that is a female paramour of the Daevas, that is a wife to the Daeva; this is the man that is as bad as a Daeva, that is in his whole being a Daeva; this is the man that is a Daeva before he dies, and becomes one of the unseen Daevas after death: so is he, whether he has lain with mankind as mankind, or as womankind.

Pernyataan ini menunjukkan bahawa pelaku homoseksualiti ditolak oleh penduduk Parsi Purba dan juga agama anutan masyarakat ketika ini. Kepada pelaku homoseksualiti dan penyokong LGBTQ, diharapkan agar mencari dan dimudahkan menerima bantuan samada ada dalam bentuk nasihat, kaunseling, terapi dan ajaran agama. Didoakan semoga diberi hidayah agar dapat kembali kepada jalan yang benar. Belajar daripada sejarah dan sekat tuntutan nafsu songsang agar dapat meneruskan hidup dengan aman dan bahagia, disamping mendapat berkat Ilahi.

Zaman China Purba

Menceritakan berkenaan tamadun purba dunia, tidak lengkap jika tidak diletakkan kisah berkenaan tamadun China Purba yang berusia lebih dari 2000 tahun. Walaupun tidak banyak dijumpai kisah-kisah berkenaan homoseksualiti sewaktu pemerintahan beberapa Maharaja Cina, namun penulisan menggambarkan hubungan antara lelaki dengan lelaki ada dijumpai walaupun tidak banyak.

Sebagai contoh, sewaktu pemerintahan Dinasiti Han, Maharaja Ai dikatakan mempunyai seorang kekasih lelaki yang bernama Dong Xian. Kisah Dong Xian daripada seorang pegawai rendah (atau sida) istana kepada orang kanan Maharaja Ai membolehkan Dong Xian menerima banyak manfaat, termasuk juga keluarganya. Akan tetapi hubungan sejenis ini tidak disukai oleh ramai ahli keluarga diraja dan juga rakyat, sehingga apabila Maharaja Ai mati pada tahun 1BC, kekasihnya Dong Xian juga dilaporkan telah membunuh diri.

Selain itu, sewaktu zaman kegemilangan Dinasti Ming pula iaitu sekitar 1368-1644 AD, dilaporkan pusat pelacuran lelaki semakin berkembang dan dihadiri ramai pelanggan perempuan dan lelaki. Vivian Ng, seorang pengkaji sejaran tamadun Cina Purba menulis di dalam kajian beliau:

“….government officials began to turn to boys and younger men for sexual entertainment after 1429, when the Xuande emperor ordered them to desist from cavorting with   courtesans. These male prostitutes came to be known as xiaochang (literally “little singer”), and by the seventeenth century , they had become as much part of the brothel scene as their female counterparts. The attempt of the Xuande emperor to gather his officials into the moral fold, in effect, produced the opposite result”

Dua kisah ini dan banyak lagi menggambarkan berlaku juga amalan homoseksualiti dalam masyarakat China Purba, akan tetapi kisah sebegini tidak disebarkan kerana ditolak oleh majoriti masyarakat, Bahkan penulisan oleh pelayar Barat sewaktu dinasti Ming juga menceritakan mengenai tindakan tidak bermoral ini:

“…the Jesuit missionary Matteo Ricci who lived in China from 1583 to 1610, wrote: “That which most shows the misery of these people is that no less than the natural lusts, they practice unnatural ones that reverse the order of things, and this is neither forbidden by law nor thought to Jbe illicit nor even a cause for shame. It is spoken of in public and practiced everywhere without there being anyone to prevent it.”

Namun selepas bermulanya era Dinasti Qing (1644 – 1911) yang bermula dengan kemasukan orang Manchu ke Beijing pada tahun 1644,, telah diwujudkan undang-undang ketat yang menghukum semua pelaku homoseksualiti sama ada lelaki dan perempuan, dengan tujuan untuk membetulkan moral dan etika masyarakat setempat ketika itu yang telah terpesong sewaktu pemerintahan dinasti sebelumnya, berpandukan ajaran moral oleh Confucian.

Kisah-kisah sebegini dan banyak lagi menunjukkan bahawa amalan homoseksualiti adalah sangat tidak bermoral dan menunjukkan akhlak yang terpesong. Sememangnya kita manusia dilahirkan dengan jantina yang berbeza iaitu lelaki dan perempuan, dan fitrah asal kita adalah hidup berpasang-pasangan demi meneruskan kelansungan zuriat manusia dan bukannya bersama jantina sejenis. Bahkan golongan pelaku homoseksualiti dan LGBTQ ini juga ditolak dari sudut kesihatan kerana dikhuatiti membawa penyakit berbahaya. Semoga daripada kisah tamadun purba dapat memberi pengajaran kepada kita dalam membentuk masyarakat yang aman dan elok akhlak dan pegangan agama.

Rujukan:

  • Jones, Lesley-Ann. Freddie Mercury: The Definitive Biography: The Definitive Biography. Hachette UK, 2011. p. 28
  • Darmesteter, James (1898). Sacred Books of the East (American ed.). Vd 8:32.
  • Ng, Vivien W., “Homosexuality and the State in Late Imperial China”, in
  • Duberman et al, “Hidden from History”, 1989 p 78.
  • http://bobhay.org/_downloads/_homo/11%20Comrades%20of%20%20the%20Cut%20Sleeve.pdf
  • http://www.frashogard.com/…/uploads/2007/09/the-vendidad-pa…
  • https://www.thepatriots.asia/sodom-dan-gomorrah-kota-umat-nabi-lut-lgbt-yang-dilaknat-tuhan/
  • https://www.history.com/topics/ancient-history/pompeii
  • http://thinktheology.org/2012/03/18/homosexuality-in-the-ancient-world/
  • http://www.lawrenceellis.net/Hidden_History_alt_3d(032709).pdf
  • https://www.csustan.edu/sites/default/files/honors/documents/journals/sexinstone/Zive.pdf
  • http://eprints.lse.ac.uk/56822/1/Homosexuality_Middle%20East.pdf
  • https://www.facinghistory.org/sites/default/files/GLSEN_LGBTQ_History_Timeline.pdf
  • https://www.gsafewi.org/wp-content/uploads/US-LGBT-Timeline-UPDATED.pdf
  • http://forge-forward.org/wp-content/docs/LGBT_elder_timeline_FINAL.pdf
  • https://www.independent.co.uk/news/uk/this-britain/hadrian-the-gay-emperor-769442.html
  • https://www.theguardian.com/books/2007/nov/10/history.society
  • https://allthatsinteresting.com/pompeii-porn
  • https://www.uib.no/sites/w3.uib.no/files/attachments/eribonmichelfoucaultshistoriesofsexuality.ppdf
  • https://www.mica.edu/Documents/Syllabus%20Homosexuality%20and%20Civilization,%20part%20I.pdf
  • https://www.ancient-origins.net/ancient-places-europe/roman-law-and-banning-passive-homosexuality-00832
    http://www.avesta.org/vendidad/vd8sbe.htm
  • https://books.google.co.uk/books?id=VJOPWGEUEZ4C&pg=PT28