Letvpan Wanggongchang: L3tupan Yang Hampir Memusnahkan Beijing

457

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Baru-baru ini seluruh dunia dikejutkan dengan satu tragedi yang amat ngeri, pada petang 4 Ogos 2020, dua l3tupan besar berlaku di pelabuhan bandar Beirut, ibu kota Lubnan. L3tupan kedua paling kuat itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 158 kem*tian, 6.000 cedera, kerosakan harta benda termasuk fasiliti berjumlah AS$ 10-15 bilion dan dianggarkan seramai 300,000 orang kehilangan tempat tinggal.

L3tupan itu didakwa berpunca dari percikan api yang membakar kira-kira 2.750 tan (3.030 tan pendek; 2.710 tan panjang) ammonium nitrat – bersamaan dengan sekitar 1.2 kt – yang telah disita oleh kerajaan Lubnan dari sebuah kapal bernama MV Rhosus yang ditinggalkan kerana masalah enjin dan semua muatan dari kapal itu telah dsimpan terbiar dalam sebuah gudang di pelabuhan itu tanpa langkah keselamatan yang betul selama enam tahun.

Tahukah anda, kejadian seperti ini bukanlah kejadian yang baru kali pertama dilapor sepanjang sejarah dunia. China juga pernah mengalaminya pada abad ke-17.

Kemalangan industri bukanlah berita baru di negara China pada zaman moden ini, tetapi jarang sangat kita dengar kes kemalangan industri yang mampu menghancurkan separuh bandar, membun*h lebih 20,000 orang, dan dicatatkan dalam lembaran sejarah sebagai tragedi unik yang cukup menyayat hati. Ya, China ketika era Dinasti Ming telah merasai apa yang rakyat Lubnan rasakan hari ini.

Pada tahun 1626, satu l3tupan besar berlaku di Gudang Senjata Wanggongchang, ia turut memusnahkan sebahagian besar wilayah barat daya Beijing. Tetapi hingga hari ini, tidak ada kata sepakat untuk mempersetujui tentang apa yang menjadi punca ia boleh berlaku.

Ia merupakan satu l3tupan yang sangat kuat sehingga boleh didengari dari luar Tembok Besar China sejauh lebih 150 kilometer dari lokasi l3tupan meletus.

Laporan-laporan mengenai kepulan asap yang kelihatan seperti awan yang berbentuk “cendawan” tergantung di Beijing setelah kemalangan itu telah memberikan banyak bukti bagi teori konspirasi sejarah sejak itu.

Wanggongchang adalah salah satu dari beberapa depot simpanan senjata di ibu kota ketika era Dinasti Ming. Diawasi oleh Kementerian Kerja Raya, gudang senjata itu dikendalikan oleh antara 70 dan 80 orang yang bekerja untuk menguruskan ruang menyimpan anak panah, senjata tajam, serbuk api, dan meriam. Gudang senjata adalah amat penting untuk keselamatan ibu kota dan pertahanan negara.

Pada awal abad ke-17, tentera Empayar Ming bersaing dalam bidang penyelidikan bagi memodenkan sistem persenjataan yang semakin meningkat dengan bangsa Manchu di Asia Timur Laut.

Senjata baru – sebilangan diantaranya merupakan salinan rekabentuk meriam Eropah yang dibawa ke Asia oleh Portugis, boleh jadi pembuatnya berbeza mengikut kecenderungan tentang siapa yang harus menguasai sesebuah wilayah dan bertujuan untuk memastikan bangsa Manchu kekal berada di tanah asal mereka.

Untuk mengelakkan senjata ini jatuh ke tangan musuh, tentera Ming dan Kementerian Kerja Raya membina kilang-kilang di sebalik tembok besar China yang melindungi ibukota itu.

Malangnya, di situlah juga tempat yang merupakan penempatan bagi rakyat-rakyat membina rumah untuk mereka berteduh. Tidak lama kemudian, hanya satu l3tupan diperlukan untuk memusnahkan bukan saja senjata tentera Ming di dalam gudang, bahkan memusnahkan kawasan penempatan dan membun*h rakyat sendiri.

Kira-kira pada pukul sembilan pagi 30 Mei 1626, satu kepulan asap kebakaran muncul dari gudang senjata Wanggongchang sebelum diikuti dengan satu l3tupan besar.

Hampir semua fasiliti dan bangunan di kawasan seluas dua kilometer persegi yang mengelilingi berhampiran gudang itu secara tidak langsung musnah teruk.

Kira-kira separuh daripada Beijing, bermula dari Gerbang Xuanwumen di Selatan hingga ke laluan utama di Chang’an Barat hari ini, terjejas.

Unit pengawal yang ditempatkan di lokasi sejauh Tongzhou yang jaraknya hampir 40 kilometer, melaporkan turut sama mendengar bunyi l3tupan dan merasakan bumi bergegar. Pos-pos di kawasan lain menyangkakan gempa bumi sedang melanda di ibu kota.

Apabila kepulan asap mulai reda, serpihan dan debu-debuan mulai jatuh bertebaran di seluruh bandar. Satu laporan menyatakan bahawa sebuah patung seberat 5.000 paun telah menjadi runtuhan di seberang kota. Batu bata, serpihan atap, dan bahan binaan yang lain jatuh menimpa mangsa-mangsa yang selamat ketika mereka sedang bergegas untuk mencari tempat berlindung.

Terdapat juga kisah-kisah ngeri yang dilaporkan dimana sebaik saja l3tupan itu berlaku, seluruh ibukota itu dihujani dengan pelbagai bahagian anggota tubuh badan manusia seperti kepala, hidung, telinga dan lengan yang jatuh dari langit.

M*yat-m*yat mangsa yang tidak hancur ditemui dalam keadaan yang sempurna namun kebanyakannya dalam keadaan tanpa pakaian dan ada di antara mereka ini ditemui di kawasan kejiranan asing yang jauh dari tempat asal mereka berada.

Hasil analisis pakar kemudiannya memperkirakan l3tupan itu mungkin setara dengan hampir sebanyak 20,000 tan TNT, kekuatan l3tupan itu dikatakan menyamai dengan bom atom yang menghancurkan Hiroshima pada tahun 1945.

Rekod kontemporari menunjukkan bahawa puncanya ada datang daripada percikan api yang tercetus di dalam tempat simpanan serbuk l3tupan atau kebocoran gas yang mudah terbakar.  Sudah tentu, sejumlah besar bahan l3tupan dan bahan yangmudah terbakar disimpan di lokasi yang sama.

Tetapi ukuran kekuatan l3tupan – dan maklumat mengenai laporan saiz asap berbentuk cendawan telah menarik minat para penggemar teori konspirasi selama berabad-abad.

Ada yang berspekulasi bahawa l3tupan itu disebabkan oleh meteor dari angkasa lepas, sementara teori-teori lain yang lebih aneh lagi cuba melibatkan perkara-perkara mistik alam ghaib seperti “kemarahan nenek moyang dari syurga” dan bahkan ada yang berpendapat itu adalah ser*ngan nuklear antara planet terhadap Beijing.

Oleh kerana rekod rasmi Dinasti Ming agak kurang lengkap bahkan terlalu percaya kepada perkara mistik, ia dilaporkan merujuk kepada kemampuan ser*ngan makhluk asing, jadi tidak hairanlah mengapa kita mungkin tidak akan tahu apa punca sebenarnya yang menyebabkan l3tupan itu.

Pemerintah lebih peduli terhadap teori makhluk asing berbanding mengkaji implikasi kosmologi dan kesan pertikaian politik dalam menganalisis bencana besar yang berlaku tepat di tengah-tengah ibu kota itu.

Maharaja Tianqi hampir tidak memiliki ciri-ciri seorang maharaja contoh. Dia adalah seorang pemuda yang pelik, lebih selesa bertukang di bengkel kayu nya daripada meluangkan masa membaca dokumen-dokumen penting kerajaan.

Kuasa pemerintahan diserahkan kepada ibunya dan para sida-sida, khususnya, Wei Zhongxian yang terkenal, salah seorang dari para pegawai yang paling korup sepanjang sejarah imperialis China.

L3tupan misteri itu ditafsirkan sebagai tanda Syurga tidak menyenangi akan pemerintahan pada waktu itu. Ramai kumpulan pegawai, termasuk yang bekerjasama dengan Akademi Donglin, yang merupakan pengkritik terbesar pemerintah, dengan pantasnya membuat kesimpulan bahawa kejadian seperti ini adalah satu petanda bahawa mandat atau takhta maharaja sedang berada dalam bahaya.

Satu persidangan yang diadakan di Beijing pada tahun 1986 cuba mengkaji semua kemungkinan yang boleh menjadi penyebab kepada kejadian itu, bermula dari l3tupan serbuk hitam secara spontan hinggalah kepada kebocoran gas asli, dan segala teori-teori meteorit, gunung berapi tersembunyi, dan pelepasan nuklear bawah tanah telah digugurkan.

Peserta persidangan akhirnya membuat kesimpulan bahawa bencana gempa bumi mengakibatkan pelepasan gas di lokasi yang menyebabkan l3tupan dan ribut besar yang telah memusnahkan kawasan tersebut.

Satu teori, yang dikemukakan dalam penyelidikan pada tahun 2013 oleh para penyelidik di Amerika Syarikat dan China, berpendapat bahawa bencana itu adalah hasil dari kemunculan puting beliung gergasi.

Bencana puting beliung menyebabkan l3tupan dan juga bertanggung jawab atas begitu banyak kerosakan yang ditimpa di seluruh bandar, ini secara tidak langsung menyokong kisah objek-objek dari tempat asing yang jatuh atau terpelanting berbatu-batu jaraknya dan m*yat-m*yat yang ditemui tanpa sebarang pakaian.

Walau apa pun jua penyebabnya, L3tupan Wanggongchang pada tahun 1626 menjadi salah satu insiden l3tupan yang terburuk dalam sejarah China dan kekal menjadi salah satu insiden paling mem4tikan yang pernah berlaku.

RUJUKAN:

Ban ShiWuSheng. (2020). Phoenix Dance, Limitless Anthroposcopy: Volume 1.

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.