Penemuan pelbagai elemen mineral yang jarang dijumpai di Lembah Sungai Ohio sebenarnya petunjuk kepada satu insiden pada masa lalu. Insiden ini bertanggungjawab membawa kepada kemerosotan orang asli Hopewell di Amerika Utara kira-kira 1,500 tahun lalu.

Pasukan penyelidik dari Universiti Cincinnati telah menemui bukti letupan udara kosmik di 11 buah tempat yang pernah dihuni oleh orang Hopewell. Orang Hopewell merupakan kelompok orang asli yang membina peradaban di petempatan sepanjang sungai-sungai di timur laut dan barat tengah Eastern Woodlands kira-kira 2,000 tahun lalu.

Menerusi kajian terbaru mereka yang diterbitkan dalam jurnal Scientific Report, elemen-elemen besi yang jarang seperti platinum dan iridium serta fragmen batu meteor yang dipanggil palasit di 11 tapak Hopewell yang dinyatakan. Mereka turut menemui lapisan arang di tapak-tapak sama – ini menunjukkan berlakunya letusan haba yang tinggi di tapak-tapak berkenaan.

Bagi penulis kajian Profesor Richard Tankersley, platinum hanya ditemui di kawasan-kawasan yang pernah dilanda letusan gunung berapi. Tetapi mengikut sejarah kawasan berkenaan, ia tidak pernah dilanda fenomena itu. Lantas, ia membuka kepada satu lagi fenomena iaitu letupan udara yang terhasil akibat pergeseran meteor atau komet dengan atmosfera bumi sebelum melantun kembali ke angkasa lepas.

Berdasarkan kajian mereka, letusan udara ini mengakibatkan kebakaran hutan seluas 23,800 km persegi antara tahun 252 hingga 383 Masihi. Menariknya, ini merupakan tempoh sama cendekiawan-cendekiawan China era Three Kingdoms merekodkan insiden 60 komet berhampiran bumi.

Pada awalnya, orang Hopewell terselamat daripada letusan udara yang dinyatakan. Tetapi selepas kebakaran hutan yang memusnahkan banyak hasil tanaman mereka, ia membawa kepada keruntuhan peradaban mereka. Kisah sebegini pasti direkodkan oleh puak-puak orang asli berdarah Hopewell seperti Iroquois, Miami dan Shawnee.

Orang Miami menggambarkan seekor ular tedung bertanduk yang terbang di angkasa dan menjatuhkan batu dari langit sebelum jatuh ke dalam sungai. Manakala orang Shawnee pula menggambarkan insiden tersebut sebagai harimau kumbang langit yang berupaya mengoyak hutan.

Kejadian sebegini sememangnya jarang tetapi beberapa kali direkodkan dalam sejarah. Di Tall el-Hammam, Jordan, pengkaji arkeologi menemui bukti letusan udara yang berlaku kira-kira 3,600 tahun lalu.

RUJUKAN

Hale, T. (2022, 3 Februari). Cosmic Catastrophe Led To Downfall Of A Native American Culture 1,500 Years Ago. IFLScience.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply