Siapa sangka dicelah bangunan perumahan, berdirinya sebuah bangunan yang dijadikan stor penyimpanan bahan yang digunakan untuk pembuatan bunga api. Berdasarkan laporan, syarikat ini mempunyai lesen untuk menyimpan lebih 160 tan bahan (magnesium, strontium, lead etc) yang digunakan untuk proses pembuatan bunga api.

Bangunan ini dibina dan telah beroperasi dikawasan luar bandar semenjak tahun 1977. Masa demi masa berlalu maka pembangunan telah berlaku dikawasan sempadan negara Belanda ini menyebabkan bangunan ini dikelilingi bangunan untuk perumahan rakyat berpendapatan rendah. Melalui laporan yang dikeluarkan World Socialist Web Site, penduduk disitu tidak tahu menahu mengenai risiko yang terdapat dikawasan itu(Paul Hendrick, 2003).

Ini juga dikukuhkan lagi berdasarkan video amatur yang dirakam semasa kejadian, penduduk berkumpul ditepi jalan untuk melihat apakah yang sedang terjadi tanpa mengetahui bangunan itu menyimpan ratusan kilogram bahan mudah terbakar yang sedang menunggu masa untuk meletup.

Kejadian ini meragut nyawa 23 nyawa termasuk 4 anggota bomba yang sedang bertugas untuk memadamkan api ditempat kejadian. Lebih 1000 penduduk kawasan itu cedera akibat terkena serpihan bangunan berterbangan akibat letupan itu. Letupan pada petang itu masih boleh boleh dirasai pada jarak lebih 30 kilometer dan dilaporkan bersamaan 4000 kg TNT. Asap tebal menghitam boleh dilihat dari berpuluh kilometer dan tersebar dari kawasan kejadian.

Laporan Kejadian

Sekitar jam 1 petang, kebakaran kecil telah dilaporkan dikawasan bangunan stor itu. Anggota bomba telah dikerahkan untuk tempat kejadian dan memulakan proses pemadaman api. Penduduk kawasan itu berkumpul ditempat kejadian untuk melihat apa yang sedang berlaku. Semburan air menggunakan pili bomba telah digunakan untuk memadamkan api.

Kira-kira sepuluh minit selepas proses pemadaman itu, api terus merebak dan ribuan letupan kecil bunga api telah tertembak keudara. Ini telah menyebabkan penduduk yang berkumpul dijalanan bertempiaran lari kedalam bangunan. Letupan pertama yang dianggarkan bersamaan 1500 kilogram TNT telah meletus dan kemudiannya diikuti letupan kedua dan terkuat dianggarkan bersamaan 4000 kilogram TNT tidak lama selepas letupan pertama. Penduduk yang tidak sempat berlindung dilaporkan cedera terkena sisa bangunan yang berterbangan. Cermin bangunan sekeliling pecah akibat letupan kuat itu. Gegaran 1.8 scala ritcher itu boleh dirasai sekitar 10 kilometer kawasan kejadian.

Jentera bomba dari bandar berdekatan termasuk bandar sempadan Jerman turut dikerahkan ketempat kejadian untuk memadamkan api yang telah merebak kebangunan sekeliling selepas letupan itu.

Siasatan Kemalangan

Syarikat ini telah beroperasi semenjak tahun 1977 dan membekalkan bunga api untuk digunakan semasa konsert atau sambutan tahun baru. Antara bahan yang didapati disimpan dalam bangunan ini melalui rekod syarikat ialah magnesium, lead dan strontium. Magnesium dan strontium adalah antara bahan kimia yang boleh menyebabkan letupan hasil reaksi tindak balas dengan air. Semburan air oleh pihak bomba telah dikatakan menjadi punca letupan pada hari kejadian.

Laporan juga mendapati kawasan letupan mengandungi bahan lain seperti barium, cadmium, chrome, copper, nickel, lead, antimony, strontium, titanium, and zink. Ini bermaksud bahan kimia berbahaya ini telah tersebar dikawasan kejadian dan terdedah kepada penduduk terlibat. Semua bahan ini boleh menyebabkan kesan radioaktif dan bahaya sekiranya terhidu atau tertelan oleh mangsa ditempat kejadian.

Kerajaan Belanda telah mengarahkan supaya setiap penduduk yang kawasan itu di hantar untuk menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan mereka tidak mengalami masalah kesihatan berpunca dari pendedahan terhadap bahan kimia berbahaya selepas letupan itu. Satu laporan telah dikeluarkan berdasarkan perbezaan sebelum dan selepas kejadian berkenaan keadaan kesihatan. Proses pemerhatian berterusan dijalankan kepada mangsa terlibat atas kebimbangan proses pendedahan jangka masa panjang.

Analisa kesihatan psikologi terhadap mangsa terlibat turut dijalankan selepas kejadian ini.

Rumusan

Selepas peristiwa ini, satu memorial peringatan telah dibina di kawasan ini untuk memperingati 23 mangsa yang terkorban semasa kejadian. Kawasan ini telah dibangunkan semula sedikit demi sedikit.

Teori demi teori punca sebenar kebakaran kecil dipermulaan kejadian dikeluarkan, namun tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Arson, khianat, dan litar pintas semua sekadar satu teori. Yang menjadi tanda tanya ialah mengapa penduduk sekitar tidak mengetahui langsung bahaya dikawasan mereka itu.

Sekiranya mereka tahu 160 tan bahan mudah meletup tersimpan disitu, adakah mungkin mereka akan berkumpul dijalanan untuk melihat bomba memadamkan api semasa kejadian?

Dua pemilik syarikat ini juga didakwa dimahkamah kerana disyaki menyimpan stok bahan yang digunakan untuk pembuatan bunga api melebihi had yang dibenarkan. Hukumannya ialah penjara 6 bulan.

Rujukan:

1. Dutch fireworks disaster
http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/747566.stm

2. Discovery-Enschede Fireworks Disaster
https://www.youtube.com/playlist?list=PL37CAFEFDE9D498ED

3. Netherlands fireworks factory explosion—the downside of the Dutch social model
https://www.wsws.org/en/articles/2000/05/neth-m31.html

4. Enschede Fireworks Disaster
https://www.researchgate.net/…/232169565_Enschede_Fireworks…

5. At least 20 killed in huge explosion at Dutch fireworks warehouse
https://www.theguardian.com/…/m…/14/martinbright.theobserver

6. The list of hazardous chemical 2003, Department of Occupational Safety & Health, Ministry of Human Resources Malaysia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.