Di Gurun Atacama, Chile, terdapat beberapa kawasan penuh dengan batu-batu berkaca. Batu-batu ini terhasil akibat le.tu.pan komet yang berlaku di atmosfera bumi kira-kira 12,000 tahun yang lalu. Laporan tentang kejadian tersebut diterbitkan dalam jurnal Geology baru-baru ini.

Para saintis percaya le.tu.pan tersebut menghasilkan haba dan angin yang kuat lalu memba.k.ar pasir kawasan gurun dan menukarnya menjadi mineral berkaca. Menariknya, komposisi mineral berkaca yang diambil dari Atacama didapati hampir sama dengan sampel komet Wild 2 yang diambil oleh misi Stardust kelolaan NASA. Menurut penulis kajian bersama Dr Pete Schultz, ini merupakan bukti paling jelas penghasilan kaca akibat aktiviti radiasi haba dan angin yang dicetuskan oleh bola api di atmosfera.

Batu-batu berkaca ini ditemui di satu kawasan penara Pampa del Tamarugal di timur Atacama. Pampa del Tamarugal terletak di tengah-tengah antara kawasan Pergunungan Andes di sebelah timur dan kawasan banjaran pinggir laut Chile di sebelah barat. Sebelum ini, ramai berspekulasi batu-batu berkaca ini terhasil akibat kebakaran hutan lama di Atacama.

Pada hari ini, ia merupakan kawasan gurun terkering di dunia. Tetapi semasa era Pleistosen iaitu sekitar 2,580,000 hingga 11,700 tahun lalu, Atacama mempunyai banyak oasis lengkap dengan pokok-pokok dan padang rumput lembap.

Ini menyebabkan sesetengah saintis berpandangan batu-batu kaca yang wujud di Pampa del Tamarugal terhasil akibat keba.ka.ran hutan. Namun begitu, menerusi kajian terbaru ini, keba.ka.ran hutan tidak mempunyai tenaga mencukupi untuk menukar tanah berpasir kepada mineral berkaca.

Ini berdasarkan analisis batu berkaca yang diambil dari Atacama. Batu-batu ini terhasil akibat pergerakan angin yang kuat bak ribut taufan yang membentuknya semasa ia masih dalam fasa lebur. Teori komet ini turut disokong dengan penemuan mineral eksotik seperti kubanit dan troilit. Mineral-mineral ini hanya boleh didapati pada objek angkasa lepas seperti komet dan meteor.

Walaupun tempoh masa le.tu.pan komet di atmosfera masih belum dikenalpasti, para saintis percaya ia berlaku selepas kemunculan kumpulan pemburu-pengumpul proto-kuno – tempoh sama mamalia besar hilang dari wilayah berkenaan.

Tidak diketahui sama ada insiden ini turut menjadi pencetus kepupusan megafauna yang dikatakan wujud di situ.  Tetapi Dr Schultz percaya kejadian tersebut pasti disaksikan oleh kumpulan awal pengumpul-pemburu yang tiba di situ.

RUJUKAN

Sankaran, V. (2021, 5 November). Mysterious patches of glassy rock across Atacama Desert formed by ex.plo.sion of ancient comet, study says. The Independent.

Sumber gambar: Dr Pete Schultz/Universiti Brown


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.