“Tiada undang-undang kelakuan yang tetap, samada dalam keadaan aman atau dalam pep3rangan. Semuanya bergantung kepada keadaan.” (Leon Trotsky)

Pemilik nama Lev Davidovich Bronstein ini merupakan antara pemain utama yang mengukuhkan kedudukan Bolshevik pasca-Revolusi Rusia 1917 dan P3rang Saudara Rusia. Tetapi angkara cemburu dan paranoia, rakan lama bertukar pesaing Joseph Stalin. Trotsky akhirnya m4ti jauh dari tanah air sendiri pada tahun 1940. Inilah kisah orang kuat Bolshevik, Leon Trotsky.

Trotsky merupakan anak kelima pasangan petani Yahudi yang kaya, David Leontyevich Bronstein dan Anna Lvovna. Beliau dilahirkan pada 7 November 1879 di Yanovka, Yelisavetgradsky Uyezd (kini Bereslavka), Ukraine. Dalam keluarganya, Trotsky bukan satu-satunya penyokong utama Bolshevik memandangkan adiknya, Olga juga seorang ahli politik dan isteri kepada pemimpin gerakan itu, Lev Kamenev.

Figure 1: Olga Kameneva, adik Leon Trotsky

Semasa berusia lapan tahun, beliau dihantar oleh bapanya ke Odessa bagi mendapat pendidikan awal. Odessa pada ketika itu merupakan bandar pelabuhan kosmopolitan Rusia yang sibuk dengan warganya datang dari pelbagai latar belakang. Isaac Deutscher, pengarang buku Trotsky: The Prophet Armed menyifatkan bandar tersebut mengubah pandangan alam Trotsky termasuk dunia antarabangsa.

Pada usia 17 tahun, beliau mula terdedah kepada fahaman Marxisme. Ini mendorongnya ponteng sekolah semata-mata untuk membaca buku-buku dan lembaran-lembaran berbaur politik serta berbual dengan ahli-ahli politik yang dibuang negeri di situ.

Dukungannya itu turut dikukuhkan lagi menerusi diskusi dengan bakal isteri pertamanya, Aleksandra Solovskaya semasa berada di Nikolayev (kini Mykolaiv). Mykolaiv seharusnya menjadi saksi Trotsky menyambung pengajiannya dalam bidang matematik. Tetapi beliau memilih mengasaskan Kesatuan Pekerja Selatan Rusia di Nikolayev pada awal tahun 1897.

Namun, tindakannya itu mula diperhatikan pihak berkuasa dan pada Januari 1898, Trotsky bersama 200 ahli kesatuan ditahan selama dua tahun. Semasa dalam tahanan, beliau bukan saja dapat bertemu dengan pemimpin-pemimpin gerakan pekerja lain. Malah, Trotsky berpeluang membaca salah satu buku Vladimir Lenin yang terkenal iaitu The Development of Capitalism in Russia.

Selepas dip3njarakan selama dua tahun, beliau dibicarakan dan dihukum buang negeri ke Siberia selama empat tahun. Bagaimanapun, Trotsky bernasib baik kerana isterinya, Sokolovskaya dibenarkan mengikutnya bersama. Semasa dalam buangan, pasangan ini dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Zinaida dan Nina.

Namun begitu, tragedi menghantui perkahwinan pertama Trotsky. Zinaida dan Nina sempat berkahwin dan masing-masing dikurniakan cahaya mata tetapi kedua-duanya menderita penyakit tuberkulosis. Nina berpindah ke balik papan pada tahun 1928 akibat penyakit tersebut.

Manakala, Zinaida pula yang menanggung derita akibat tuberkulosis dan masalah kemurungan memilih mengambil nyawanya sendiri pada tahun 1933. Bagi isteri dan ibu kepada kedua-dua anaknya, Sokolovskaya pula, dia terpaksa menghilangkan diri pada 1935 berikutan gerakan The Great Purge oleh Stalin dan dibvnvh oleh ahli-ahli pro-Stalin tiga tahun kemudian.

Selepas menjalani perintah buang negeri selama dua tahun di Siberia, Trotsky memilih untuk melarikan diri dengan Sokolovskaya memilih menyusul kemudian. Beliau diseludup keluar dari bandar dengan kereta kuda dan diberi sebuah pasport kosong untuk membantunya melarikan diri.

Bila ditanya apakah nama yang patut diletakkan pada pasport berkenaan, Trotsky meletakkan nama Trotsky tanpa berfikir panjang. Bila ditanya dari mana nama tersebut diambil, beliau memberitahu itu sebenarnya nama orang yang bertanggungjawab memenjarakan individu sepertinya di Odessa. Siapa sangka, nama itu akan terus melekat sehingga ke akhir hayatnya.

Selepas berjaya melepaskan diri, Trotsky memilih berkelana ke London dan berpeluang bertemu dengan Lenin. Di sinilah, dua pemimpin gerakan Marxist itu berkolaborasi dalam menerbitkan akhbar parti mereka, Parti Pekerja Sosial Demokratik Rusia (RSDLP) iaitu Iskra pada tahun 1902.

Pada akhir tahun sama, Lenin bertemu jodoh buat kali kedua dengan Natalia Sedova dan berkahwin pada tahun 1903. Perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Lev dan Sergei. Namun seperti Zinaida dan Nina, kedua-dua anak lelakinya meninggal dunia lebih awal berbanding Trotsky dan Sedova.

Pada 22 Januari 1905, 200,000 pekerja dan ahli keluarga mereka mengadakan protes bersama paderi Ortodoks Rusia, Georgy A. Gapon. Protes tersebut diadakan di Winter Palace bagi membolehkan rakyat yang menderita mengadukan permasalahan mereka kepada Tsar Nicholas II yang bersemayam di istana berkenaan ketika itu.

Pada awalnya, protes berlangsung dengan aman tanpa sebarang insiden. Tetapi apabila pihak berkuasa melepaskan t3mbakan terhadap peserta protes, tindakan tersebut mengakibatkan lebih 300 orang awam terbvnvh. Berita peristiwa k3jam itu tersebar luas termasuk di London, tempat Trotsky menghabiskan masa dalam buangan.

Mendengar berita peristiwa yang digelar Bl00dy Sunday itu, Trotsky memilih pulang ke Rusia secara rahsia pada Februari 1905. Sepanjang tahun tersebut, beliau bertanggungjawab menulis artikel dalam lembaran dan akhbar bagi merangsang semangat rakyat Rusia yang sudah muak dengan kelemahan pemerintahan Nicholas II.

Selepas menyaksikan kekacauan di seluruh negara akibat peristiwa Bl00dy Sunday selama beberapa bulan, akhirnya Nicholas II beralah dan mengeluarkan dekri bertajuk Manifesto Oktober. Manifesto tersebut menggariskan beberapa perkara termasuk rakyat diberi kebebasan individu dan penubuhan Parlimen Rusia yang dikenali sebagai Duma.

Menjelang akhir tahun 1905, Trotsky dikenal pasti sebagai pemimpin utama revolusi dan ditahan atas tuduhan cuba mencetuskan pemberontakan. Akibatnya, beliau sekali lagi dikenakan perintah buang negeri ke Siberia buat kali kedua pada tahun 1906.

Tetapi setahun selepas itu, beliau berjaya melepaskan diri dengan menaiki kereta luncur rusa. Selepas berjaya melarikan diri, Trotsky memilih duduk dalam buangan di banyak tempat termasuk London dan Austria selama sedekad.

Walaupun mengakui revolusi 1905 itu merupakan satu kegagalan, Trotsky melihatnya sebagai sebuah persembahan raptai. Dengan kedudukan negara yang lemah, lambat-laun revolusi baru akan tercetus. Ramalan beliau kemudiannya menjadi kenyataan apabila Revolusi Rusia 1917 tercetus.

Tidak ramai tahu sebelum menjadi sebahagian daripada kelompok Bolshevik, Trotsky sebenarnya merupakan ahli Menshevik. Kedua-dua kumpulan RSDLP ini sudah lama bersengketa dan hubungan mereka bagai retak menanti belah. Dan pada tahun 1912, Lenin mengambil keputusan menubuhkan parti Bolshevik yang dianggotai majoriti ahli Bolshevik RDSLP dan beberapa ahli Menshevik yang berpaling tadah.

Trotsky berusaha menyatukan semula kedua-dua kumpulan termasuk mengadakan persidangan penyatuan semula di Vienna pada Ogos 1912. Namun begitu, usahanya menyatukan mereka di bawah satu parti berakhir dengan kegagalan.

Apabila P3rang Dunia Pertama (WWI) tercetus pada tahun 1914, Trotsky memilih mengikut jejak langkah rakan-rakannya yang menolak penyertaan Rusia dalam pep3rangan berkenaan. Salah satu usahanya ialah sebuah buku bertajuk The W4r and the International yang mengkritik pendirian pro-WWI parti-parti sosial demokratik termasuk dari Jerman.

Pada musim panas 1917, Trotsky kembali dari buangan dan menjadi figura utama gerakan Bolshevik Rusia ketika itu. Ini termasuklah menyokong usul pemberontakan yang dicadang Lenin dalam mesyuarat parti Bolshevik dan menyertai serbuan ke atas Winter Palace pada November 1917.

Dalam buku Stalin bertajuk The October Revolution yang diterbitkan pada tahun 1934, beliau memuji kecekapan Trotsky mengendalikan pelbagai aspek operasi yang membawa kepada kejayaan menggulingkan kerajaan sementara Rusia pimpinan Alexander Kerensky.

Tetapi, usah berharaplah jika petikan dari akhbar parti, Pravda ini terselamat dari The Great Purge. Stalin sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan nama Trotsky tidak meniti di bibir rakyat Rusia termasuk memastikan petikan pujian ini tidak masuk dalam edisi The October Revolution yang seterusnya.

Menjelang akhir tahun 1917, beliau menjadi orang kedua paling berkuasa dalam parti selepas Lenin. Perkara ini berlaku selepas Trotsky berjaya mematahkan cubaan s3rangan balas penyokong setia kerajaan sementara di Gatchina dan berjaya menewaskan usul pembentukan kerajaan pelbagai parti yang dicadangkan ahli jawatankuasa parti mereka.

Selepas berjaya membentuk kerajaan, antara peranan awal beliau ialah mendapatkan perjanjian damai dengan Jerman. Pada awalnya, Trotsky cuba berlengah bagi memberi peluang revolusi yang melanda Rusia berlaku di negara-negara Barat tetapi gagal. Melihat kedudukan Jerman masih kukuh, satu-satunya peluang untuk Rusia melepaskan diri ialah perjanjian damai.

Walaupun Trotsky pada awalnya tidak bersetuju dengan syarat-syarat keras Jerman, tetapi situasi WWI yang tidak memihak Rusia memaksa mereka memeterai Perjanjian Brest-Litovsk. Tidak mahu dilihat sebagai penghalang polisi luar baru Moscow, beliau meletak jawatan sebagai Komisar Hal Ehwal Luar.

Di sebalik itu, itu tidak menghalang parti dari merekrutnya sebagai perencana utama pembangunan semula t3ntera Rusia termasuk semasa P3rang Saudara Rusia. Hasil usahanya itu menyaksikan T3ntera Merah (Red 4rmy) yang dikerah menentang T3ntera Putih (White 4rmy) ialah unit t3ntera yang berdisiplin, setia dan berskala besar.

Bagi memastikan unit ini cekap beradaptasi dalam situasi pep3rangan, Trotsky turut menyakinkan kepimpinan parti untuk merekrut bekas pegawai t3ntera Tsar sebagai pakar-pakar khas. Langkah tersebut tidak disenangi ramai ahli Bolshevik kerana kesetiaan mereka masih tidak diketahui.

Namun bagi Trotsky, langkah tersebut perlu bagi memastikan T3ntera Merah mempunyai asas yang kukuh terutama semasa pep3rangan. Beliau turut memberi jaminan kepakaran mereka digabungkan dengan semangat revolusi yang membara bakal menghasilkan kelompok t3ntera yang digeruni musuh.

Selepas berjaya memenangi P3rang Saudara Rusia dan kedudukan Bolshevik semakin kukuh pada tahun 20-an, kesihatan Lenin pula semakin merosot. Ini berlaku selepas beliau mengalami s3rangan strok pertama pada tahun 1922. Situasi ini mengundang persoalan siapa bakal menjadi pengganti Lenin yang seterusnya.

Walaupun pada dasarnya dianggap pengganti Lenin, hakikatnya kedudukan Trotsky sudah lama terjejas pada dekad berkenaan. Ini ditambah tindakan Stalin mengukuhkan kedudukannya dalam parti termasuk meletakkan ahli-ahli pro-dirinya sebagai orang penting parti.

Atas sebab itulah, apabila Lenin berpindah ke balik papan pada tahun 1924, beliau sebenarnya sudah ditewaskan secara politik oleh Stalin. Pemimpin-pemimpin anti-Stalin cuba membentuk pakatan menentang beliau tetapi usaha mereka tidak berhasil berikutan pengaruh mereka yang semakin merosot dan kesetiaan ahli-ahli parti terhadap Stalin.

Bagi Trotsky, kejatuhannya bermakna beliau tidak lagi dialu-alukan dalam Kesatuan Soviet yang dikawal Stalin. Pada Januari 1928, beliau bersama isterinya, Sedova dibuang negeri ke Kazakhstan. Walaupun jauh dari pandangan pemimpin berdarah Georgia itu, Stalin mahukannya diusir dan pada February 1929, Trotsky diusir ke Turki.

Sejak itu, beliau menetap seketika di beberapa negara seperti Norway dan Perancis sebelum akhirnya tinggal di Mexico pada tahun 1937. Trotsky bernasib baik pelukis Mexico terkenal, Diego Rivera bersimpati dengan nasibnya dan mempengaruhi Presiden Mexico ketika itu, Jeneral Lazaro Cardenas memberi suaka kepadanya.

Pada masa sama, The Great Purge juga sedang berlangsung dan ramai rakan lama Trotsky menjadi mangsa paranoia tak bertempat Stalin. Pada tahun 1936, beliau yang dituduh secara absentia bersama 14 defendan lain terlibat dalam plot cubaan bvnvh ke atas kepimpinan parti termasuk Stalin.

Mahkamah menjatuhkan hukuman m4ti terhadap mereka dalam perbicaraan berkenaan. Ini disusuli satu lagi perbicaraan pada tahun 1937 yang mengaitkan namanya dengan pelbagai konspirasi j3nayah terhadap Kesatuan Soviet. Trotsky sedar selagi dirinya masih bernyawa, selagi itu beliau dianggap 4ncaman terhadap Stalin sama ada benar atau sebaliknya.

Dan apa yang dibimbanginya itu menjadi kenyataan. Stalin menerusi polis rahsianya, NKVD menggerakkan kempen pembvnvhan ke atasnya pada tahun 1939 tetapi gagal. Ini disusuli satu lagi cubaan bvnvh pada Mei 1940 apabila sekumpulan ejen NKVD cuba menculik Trotsky dari kediamannya sebelum dibvnvh turut berakhir dengan kegagalan.

Disebabkan cubaan bvnvh ini, Trotsky menulis satu artikel bertajuk “Stalin Seeks My D3ath” dan menyifatkan satu lagi cubaan bvnvh akan dilakukan terhadapnya. Dan perkara tersebut menjadi kenyataan apabila ejen NKVD berdarah Sepanyol, Ramon Mercader menyerangnya dengan k4pak ais di kediamannya di Coyoacan, Mexico City pada 20 Ogos 1940.

Figure 2: Bilik bacaan Trotsky di Coyoacan, saksi bisu s3rangan Mercader ke atas Trotsky.

Menurut keterangan saksi, kata-kata terakhir Trotsky ialah, “Aku tidak akan terselamat dalam s3rangan ini. Stalin akhirnya berjaya memenuhi tugas yang gagal dilaksanakannya sebelum ini.”

Selepas ditahan pihak berkuasa Mexico, Mercader dip3njarakan selama 20 tahun. Selepas dibebaskan, dia diberi anugerah tertinggi Kesatuan Soviet iaitu Wira Kesatuan Soviet sebelum kemudiannya berulang-alik menetap antara Moscow dan Cuba. Mercader meninggal dunia di Cuba pada tahun 1978 akibat kanser paru-paru.

Berikutan kem4tian Stalin pada tahun 1953, ramai bekas pemimpin Bolshevik yang menjadi mangsa The Great Purge dipulihkan semula reputasi mereka oleh Nikita Khrushchev bersesuaian dengan polisi penyahstalinannya. Namun begitu, reputasi Trotsky tidak pernah dipulihkan semasa era Kesatuan Soviet dan ia hanya berjaya dilakukan pada tahun 2001.

RUJUKAN:

Patenaude, Bertrand M. (2010). Trotsky: Downfall of a Revolutionary. New York: Harper Perennial.

Renton, David. (2004). Trotsky.

Volkogonov, Dmitri (1996). Trotsky, the Eternal Revolutionary. HarperCollins.

Swain, Geoffrey (2014). Trotsky and the Russian Revolution. New York: Routledge.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.