Lelaki bernama Leo Major dilahirkan di Massachusetts, Amerika Syarikat pada 23 Januari 1921. Leo Major dilahirkan oleh ibu bapa Perancis-Kanada. Bapanya bekerja untuk American Railroad Company di Amerika tetapi berpindah dengan keluarganya kembali ke Montréal, Kanada ketika dia masih muda.

Hubungan Leo dan ayahnya tidak terlalu baik. Dia keluar dari rumah dan tinggal dengan ibu saudaranya dan kemudian menyertai tentera pada umur 19 tahun.

Dia menyertai tentera pada tahun 1940, tepat ketika Kanada mendeklarasikan p3rang terhadap tentera Nazi, Jerman. Salah satu perkara yang menjadi motivasi hidupnya ialah membuktikan kepada ayahnya yang dia boleh berjaya, membanggakan ayahnya.

Leo adalah satu-satunya warganegara Kanada yang dianugerahkan dengan pingat kecemerlangan (Distinguished Conduct Medal) sebanyak dua kali iaitu semasa P3rang Dunia ke-2 dan P3rang Korea. Sebenarnya dia dianugerahkan pingat kecemerlangan ini sebanyak tiga kali tetapi dia menolak anugerah tu semasa kali pertama diberikan anugerah.

Selepas empat tahun menjalani latihan dan berkhidmat, Leo memasuki medan pep3rangan. Dia ditugaskan dalam rejimen infantri De La Chaudière.

*Logo Rejimen De La Chaudière

Operasi pertama Leo adalah semasa pendaratan tentera bersekutu di Normandy (D-Day) pada tahun 1944.

Dengan penuh berani, Leo berjaya merampas sebuah German Hanomag half-track (kenderaan tentera Jerman) sendirian. Rampasan ini amat berharga kerana mempunyai maklumat penting tentera Jerman.

Beberapa hari selepas kejayaan itu, sekali lagi dia dihantar ke medan untuk melakukan operasi. Dalam satu pertempvran dengan tentera Jerman, dia berjaya membvnuh empat orang musuh. Namun pada saat-saat terakhir, dia telah terkena bom phosporus dan mencederakan mata kirinya.

Pada tahun 1945, Leo memasuki medan p3rang semula. Kenderaan yang dinaikinya telah terkena periuk api dan membvnuh semua anggota kecuali Leo. Letupan itu menyebabkan dia terjatuh dan mengalami kecederaan pada bahagian tulang rusuk dan tumit.

Walaupun sebelah matanya cedera dan tulang belakangnya mengalami keretakan dalam operasi, Leo Major bukan sahaja enggan pulang ke rumah, tetapi dia juga terus berjuang dalam pep3rangan.

Untuk mengelakkan daripada dihalang balik, dia melarikan diri dari hospital dan bersembunyi sementara menunggu kecederaannya sembuh. Selepas beberapa bulan, dia kembali ke markas dan melapor diri.

Distinguished Conduct Medal
*Sumber gambar : Wikipedia

Semasa satu operasi peninjauan di Zwolle, Belanda, tercetus satu pert3mpuran dengan tentera jerman dan rakannya terbvnuh. Leo yang tinggal sendirian terus bert4rung untuk melawan musuh.

Leo mengunakan muslihat untuk menakutkan musuh. Seorang musuh yang ditawan dilepaskan semula dan diminta untuk menyampaikan maklumat bahawasanya tentera bersekutu akan menyerang bandar itu.

Bersendirian, Leo menyerang kubu musuh satu persatu bersendirian. Bunyi t3mbakan dan letvpan menggegarkan bandar itu membuatkan tentera jerman ketakutan. Bunyi itu seolah-olah tentera bersekutu dalam kekuatan yang besar telah datang untuk menyerang. Disebabkan itu, tentera Jerman berundur meninggalkan bandar itu.

Namanya diabadikan disebuah bandar di Belanda.

Selepas p3rang dunia kedua berakhir, Leo berehat dari perkhidmatan tentera dan menjadi orang awam.

Pada tahun 1950, P3rang Korea tercetus dan Leo telah sukarela untuk menyertai p3rang ini. Lebih kurang 26000 anggota tentera Kanada dihantar untuk menyertai p3rang ini. Dia diletakkan diatas sebuah bukit tidak jauh dari Seoul, Korea Selatan. Bukit ini dipanggil Kowang-San atau Little Gibraltar (Hill 355).

Dalam satu pertempvran, tentera musuh menyerang kubu di atas bukit ini. Leo dan rakan-rakan terus bertahan dengan sumber yang ada. Tentera musuh akhirnya berundur dan menghentikan s3rangan. Disebabkan keberanian dan kesungguhannya, Leo sekali lagi dianugerahkan pingat kecemerlangan selepas melihat Leo dalam p3rang ini.

RUJUKAN:

  1. Dan Bilefsky (2018) A One-Eyed Québécois ‘Rambo’ Captures Imaginations in Canada, The New Yorks Times. https://www.nytimes.com/2018/05/27/world/canada/quebec-leo-major.html
  2. Billy Moncure (2019) A Mad Major: The Canadian Hero Who Captured A City, War History Online Website. https://www.warhistoryonline.com/instant-articles/leo-major-the-unstoppable.html
  3. Léo Major, Encyclopædia Britannica Website. https://www.britannica.com/biography/Leo-Major

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.