Semua sedia maklum terdapat tiga lokasi di Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) iaitu Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah, Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India. PKPD di Menara Plaza City One dikuatkuasakan pada 31 Mac lalu manakala PKPD di dua kawasan yang dinyatakan dikuatkuasakan sejak 8 April lalu.

PKPD dilaksanakan bagi mengekang pertambahan kes Covid-19 yang berlaku di tiga kawasan berkenaan seperti mana yang dibuat di Sungai Lui, Hulu Langat dan Kampung Dato’ Ibrahim Majid and Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam. Keadaan ini menyaksikan polis dan tentera berkawal selama 24 jam dan akses keluar masuk kawasan berkenaan dikawal ketat.

Di sebalik usaha bersungguh-sungguh pasukan keselamatan dan petugas-petugas barisan hadapan semasa PKPD, ada pihak yang tidak berpuas hati sehingga sanggup membaling sampah dan bungkusan plastik air kencing terhadap mereka. Perkara ini dikatakan berlaku di Menara Plaza City One, Malayan Mansion dan Selangor Mansion.

Sikap biadab penghuni warga asing itu sebenarnya sudah ketara sejak peringkat awal pelaksanaan PKPD dipercayai tidak berpuas hati terhadap perintah berkenaan dan berdepan masalah mendapatkan bekalan makanan.

“Bukan saja-saja askar pakai helmet ketika berkawal di bangunan-bangunan kediaman itu. Jika kita lihat ketika kawalan sekatan jalan raya, askar tak pakai helmet pun, hanya pakai beret.

“Pakai helmet sebab nak elak daripada kena benda yang dibaling dari atas. Bawang putih pun dibaling dari dalam rumah. Jadi kita tak dapat kenal pasti dari unit mana,” kata satu sumber yang tidak dikenali kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, keadaan kini semakin terkawal setelah penghuni akur dengan sikap tegas yang diamalkan oleh petugas keselamatan ketika berkawal. Penghuni-penghuni juga tidak sepatutnya memprotes kerana mereka kini turut dibekalkan dengan bekalan makanan yang diatur oleh pihak kerajaan dan badan-badan kebajikan.

Kisah ini kemudiannya diulas oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang. Beliau bagaimanapun menafikan perkara tersebut berlaku sambil berkata, “Pihak ATM hanya memakai helmet (topi keledar) untuk tempat yang diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala di tempat lain adalah seperti biasa.”

Walaupun kisah ini dinafikan berlaku tetapi sekiranya benar berlaku, maka ia sudah pasti mengundang kemarahan ramai yang menyifatkan tindakan biadab ini seolah-olah tidak menghargai pengorbanan yang dibuat pihak keselamatan dan petugas barisan hadapan.

Tidak terkejut kerana sikap sedar tidak diuntung ini juga, kelompok warga asing yang melakukan perkara sebegitu bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk berpotensi diusir dari negara ini selepas tamat tempoh PKP/PKPD. Ini kerana dalam situasi PKP dan PKPD yang dihadapi mereka, kepatuhan seharusnya menjadi keutamaan demi mengelak penularan Covid-19.

Dan usah terkejut kerana sikap biadab mereka ini juga, ia memarakkan lagi sentimen masyarakat tempatan yang sudah muak dengan kehadiran warga asing dan menggesa bilangan mereka dihadkan demi kesejahteraan mereka.

RUJUKAN:

Malaysiakini. (2020). ‘Laporan askar pakai topi keledar elak air kencing tak benar’. https://m.malaysiakini.com/news/519885

Hairom, Nurhidayah. (2020). Askar pakai helmet, elak air kencing warga asing!. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/78238/KHAS/Koronavirus/Askar-pakai-helmet-elak-air-kencing-warga-asing!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.