Tengok fiksyen zaman 1980-an boleh kata banyak juga yang guna elemen virtual reality. Jujurnya teknologi realiti maya sudah lama dibuat. Siapa yang buat masih lagi kabur dari segi sejarah. Tetapi kalau kita tongkah sejauh 1950-an, boleh nampak macam mana Morton Heilig mengasaskan “Experience Theater”. Dalam pawagam ini, penonton bukan setakat boleh tengok filem. Mereka boleh dengar (dulu banyak “silent film”). Mereka boleh bau. Mereka boleh rasa. Kalau angin tiup pada wajah pelakon, penonton boleh rasa tiupan angin tersebut.

Tetapi teknologi sebegini sangat mahal untuk orang zaman dulu. Setakat “experimental purpose” mungkin boleh. Kalau buat duit, zaman belum sampai lagi. Malah sekarang ini pun boleh kata masih belum sampai – kerana aspek realiti maya semakin rumit saban dekad. Apa yang Heilig buat memang sudah ada. Elemen 4D membawa penonton masuk dalam layar perak untuk menghayati adegan-adegan filem itu sendiri. Namun konsep realiti maya sekarang bukan lagi “tengok”, “dengar”, “bau” dan “rasa”. Sebaliknya, penonton perlu masuk betul-betul sampai boleh kawal pergerakan.

Penjelasan ini boleh dibuat sebagai gambaran meluas tentang konsep realiti maya. Kalau ingin kecilkan skop gambaran, boleh tengok apa yang seorang penternak Turki buat. Izzet Kocak menternak lembu di bandar Aksaray. Tetapi beliau menggunakan elemen teknologi realiti maya untuk merangsangkan lembu-lembunya.

Sebelum ulas lagi lanjut, kena faham dulu macam mana lembu hasilkan susu. Sekolah dulu ada ajar pasal empat ruangan dalam sistem perhadaman lembu. Ruangan pertama melembutkan makanan yang disendawa balik ke mulut untuk kunyahan kedua. Apabila lembu telan kunyahan ini, makanan akan terus pergi ke ruangan kedua dimana mikroorganisme akan “makan” bahan kunyahan. Dari sini lembu menghasilkan tenaga dan protein. Selesai saja, bahan kunyahan akan pergi ke ruangan ketiga dan keempat sebelum masuk dalam usus.

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Peranan usus lembu sama seperti manusia, iaitu untuk mengeluarkan zat dan air daripada makanan yang akan menjadi najis. Zat dan air akan masuk dalam salur darah. Ada bahagian pergi ke ambing. Gula daripada hati lembu kemudian masuk dalam ambing. Maka semua campuran ini akan menitiskan susu.

Nampak mudah. Tetapi prosesnya rumit. Dan lembu mesti selesa, kenyang dan tenang. Bak kata segelintir, tenang is good.

Bantuan VR Pada Lembu

Teknologi maya membuat suatu realiti unik pada lembu. Seperti sedia maklum, lembu tiada akal. Sebab itulah lembu boleh berkeliaran di jalan raya untuk menganiayai pemandu kereta yang tidak bersalah. Dekat musim raya ini semua kena berwaspada. Sambung cerita: penggunaan permandangan dan bunyi (daripada alat VR) mencetuskan suatu suasana yang sangat kondusif pada lembu Izzet Kocak.

Jadi lembu menjadi tenang. Setiap ekor tiba-tiba boleh menghasilkan tambahan lima liter setiap hari (Cabral, 2022). Tambahan susu lima liter sehari jangan cakaplah – sangat banyak. Eksperimen Kocak seolah-olah membuka jendela baru apabila inovasi memainkan peranan sangat meluas dalam proses penternakan.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

Kocak menggunakan muzik Beethoven dan Mozart untuk menenangkan lembu (Bayrakdar, 2022). Pembaca cuba dengar salah satu karya ahli muzik masyhur ini. Kalau kalian tenang, maksudnya apa agaknya?  Kalau masih kusut dan serabut, malulah pada lembu. Haiwan tidak berakal pun boleh bertenang. Manusia tidak boleh.

Tetapi itulah – usaha Kocak sebenarnya sama dengan usaha Morton Heilig. Setakat “experimental purposes” kerana satu alat teknologi realiti maya sudah mencecah RM620. Alih-alih guna pada lembu.

RUJUKAN:

Bayrakdar, I. (2022, Januari 11). A Turkish farmer tests out VR goggles on cows to get more milk. Interesting Engineering.

Cabral, A. (2022, Januari 12). VR goggles soothe cows and help Turkish farmer produce more milk. The National News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply