“Menurut beliau, bagi perlombongan arang batu pula, tiada sebarang kelulusan akan dikeluarkan untuk sebarang aktiviti itu di kawasan Maliau Basin.”

Ayat diatas merupakan petikan daripada akhbar Borneo Today berhubung kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Kerajaan Negeri sebelumnya melarang sebarang aktiviti perlombongan arang batu di kawasan Lembangan Maliau.

Alhamdulillah nampaknya kerajaan Negeri yang baru masih meneruskan polisi kerajaan negeri yang lama. Sekiranya tidak penulis yakin seluruh negara akan ikut bersama-sama membantah keputusan untuk meneruskan kerja-kerja melombong arang batu di Lembangan Maliau.

Apa yang istimewa mengenai Lembangan Maliau? Kenapa penulis mengatakan seluruh negara akan membantah keras andai lokasi ini diteroka?

DUNIA YANG HILANG.

Keunikan Lembangan Maliau terletak pada bentuk muka buminya yang menyerupai sebuah “besen”. Bezanya “besen’ yang ini menakung hidupan ribuan speseis flora dan fauna yang unik dan berada didalam dunia “mereka” sendiri.

Fenomena geografi yang luar biasa ini sekaligus menjadikan kawasan hutan seluas 58, 840 hektar ini satu “kurungan besar” bagi haiwan-haiwan yang berada di dalamnya. Keluasan berkenaan menyamai dua kali ganda keluasan ibu negara kita Kuala Lumpur.

Ya, kesemua haiwan liar yang berada di dalam kawasan hutan simpan lembangan Maliau tidak dapat ke mana-mana melainkan terkvrung di dalam kawasan lembangan selama ratusan ribu atau mungkin jutaan tahun dahulu.

Di sekeliling ‘mulut besen” Lembangan Maliau ini pokok-pokok hutan yang tumbuh sangat padat. Berkemungkinan disebabkan faktor penerimaan cahaya matahari secara terus. Ini lah punca mengapa haiwan-haiwan liar di dalam kawasan ini tidak dapat ke mana-mana dan hidup dalam komuniti “mereka” sahaja.

Kepadatan pokok-pokok hutan yang tumbuh di sekeliling puncak lembangan Maliau menyukarkan haiwan liar dan manusia untuk keluar dan masuk dari kawasan lembangan

Bukan sekadar haiwan, manusia juga akan sukar untuk masuk ke kawasan ini. Hal ini menjadi penyebab mengapa lembangan Maliau kurang menerima tetamu melainkan pakar penyelidik dalam bidang tertentu sahaja.

Menerusi pengalaman yang diceritakan seorang ahli ekologi luar negara bernama Sam Bedford, sebaik tiba ke Tawau menerusi penerbangan hampir sejam dari Kota Kinabalu beliau kemudiannya harus menyambung perjalanan selama enam jam menggunakan kenderaan dengan keadaan jalan yang tidak berapa baik.

Gambaran diberikan Sam Bedford mudah. Bayangkan lembangan Maliau sebagai sebuah panggung atau dewan gergasi yang kosong sebelum perlahan-lahan ditumbuhi hutan jutaan tahun yang lalu.

Terdapat lebih 2000 spesies haiwan yang hidup dalam kawasan Lembangan Maliau termasuk Seladang dari spesies Banteng yang pernah diisytihar pupus di alam lia4r Semenanjung Malaysia.

Namun kini menerusi program pembiakan semula yang diperkenalkan PERHILITAN pada tahun 2014 status Banteng di alam li4r Semenanjung Malaysia kembali pulih walau masih dikategorikan sebagai spesies haiwan terancam

Selain itu gajah pygmy Borneo juga boleh ditemui di sini selain rusa dan ungka (Borneon agile gibbon/Southern gibbon). Sam Bedford turut mendapat penghormatan mendaki gunung Lutong, puncak tertinggi Maliau Basin dengan ketinggian mencecah 1667 meter menuju ke puncak. Semakin ke atas hutan-hutan juga akan semakin menipis.

Antara keunikan lembangan Maliau menurut Sam Bedford adalah, merupakan antara kawasan yang jarang diteroka manusia menjadikan lembangan ini walaupun sebuah kawasan tarikan yang menarik namun tidak ramai yang mngetahui mahupun pernah menjejakkan kaki ke sini.

Terbahagi kepada 12 zon hutan yang berbeza dengan keunikan spesies flora dan fauna yang tersendiri, lembangan Maliau diibaratkan seperti pulau Galapagos yang menjadikan hidupan li4r di sana tidak dapat berkembang ke tempat lain. Akibatnya pulau Galapagos mencipta ruang ekosistem tersendiri yang terpisah dari dunia luar! Sehingga melahirkan teori evolusi Darwin yang terkenal itu. Sama seperti yang terjadi pada lembangan Maliau.

Antara keunikan bentuk air terjun yang terdapat dalam kawasan lembangan Maliau. Kredit foto Amazing Borneo Tours.

Lembangan Maliau juga menurut Sam Bedford, mirip dengan kawasan hutan yang terdapat di Jurang Darien. Sebuah kawasan terpencil dan cukup merbahaya untuk diteroka yang terletak di sempadan antara Colombia dan Panama, Amerika Selatan.

PENUTUP

Bermula November 2013 satu keputusan telah dibuat untuk mengekalkan status kawasan dilindungi Lembangan Maliau untuk tempoh 50 tahun ke hadapan di bawah pelan pemuliharaan strategik 10 tahun Lembangan Maliau bermula 2014-2023.

Alangkah sayangnya kalau di masa akan datang kawasan ini malah diteroka untuk “menuai” hasil arang batu nya yang bernilai tinggi.

RUJUKAN:

  1. Hak lombong emas hanya untuk GLC, tiada lombong arang batu di Maliau, Borneo Today, 2019. (https://www.borneotoday.net/hak-lombong-emas-hanya-untuk-glc-tiada-lombong-arang-batu-di-maliau/)
  2. Exploring Borneo’s lost world, The Maliau Basin, Sam Bedford, World Nomads (https://www.worldnomads.com/explore/southeast-asia/malaysia/exploring-the-lost-world-of-the-maliau-basin)
  3. Maliau Basin Conservation Area, Sabah, Malaysia. Strategic Management Plan 2014-2023, Yayasan Sabah Malaysia
  4. Large Mammals of South East Asia, Banteng (https://www.ecologyasia.com/verts/mammals/banteng.htm)
  5. Red list of mammals for peninsular Malaysia, kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sekadar orang biasa yang mencintai sejarah dan seni budaya negara. Terutama sekali yang berkaitan dengan Negeri Di Bawah Bayu. Merupakan graduan lepasan Diploma Pengurusan Pelancongan dari Kolej Poly-Tech Mara. Peluang menulis bersama TP dilihat sebagai antara salah satu platform terbaik berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan dengan lebih ramai orang-orang hebat di luar sana

Comments are closed.