Lelaki Yang Menghalang Perang Dunia Ke-3 Terjadi

11,084

Seorang pegawai tentera laut Soviet Union bernama Vasili Arkhipov yang merupakan pegawai kedua tertinggi di dalam sebuah kapal selam bernama B-59 milik tentera laut Soviet Union telah didedahkan pada tahun 2002 oleh Pengarah US National Security Archive, Thomas Blanton sebagai seorang yang berjaya menghalang peperangan nuklear di antara dua kuasa besar di dunia, iaitu Soviet Union dan Amerika Syarikat (AS) yang seterusnya mampu mencetuskan perang dunia ke-3.

Sewaktu bulan Oktober, 1962, semasa itu, ketegangan di antara Soviet Union dan Amerika Syarikat dalam perang dingin telah mencapai kemuncak di mana rakyat di seluruh dunia hidup dalam ketakutan kerana ketegangan setinggi ini pada bila-bila masa sahaja boleh menyebabkan perang nuklear, yang seperti kita ketahui, amat besar impaknya terhadap manusia daripada seluruh dunia.

Sewaktu itu, Amerika Syarikat telah meletakkan misil nuklear di Turki dan Itali, berdekatan dengan sempadan Soviet Union, Soviet Union. Berang dengan kelakuan AS tersebut dan rasa tergugat, Soviet Union mula membuat keputusan untuk melancarkan misil nuklear yang terletak di Cuba, yang sewaktu itu dipegang di bawah pemerintahan revolutionary leader, Fidel Castro. Gambar di atas yang berjaya dirakamkan oleh pesawat pengintip milik AS mengenai lokasi dan kawasan pelancaran peluru berpandu milik Soviet di Cuba.

Di bawah pemerintahan John F Kennedy, dia mengarahkan kepulauan tersebut menyekat kemasukkan tentera dan pegawai tertinggi Soviet Union menerusi sebuah pangkalan tentera lautnya yang juga terletak berdekatan dengan Cuba. Penghalangan ini dipanggil sebagai ‘naval blockade’, Gambar di atas menunjukkan dua buah kapal perang milik AS dan Soviet Union berjalan seiringan, di mana taktik sekatan ini dibuat oleh kapal perang AS, dengan taktik ‘intimidating’, dan sekadar menghalang tanpa menyerang.

Disebabkan itu, ketegangan di antara kedua-dua pemerintah kuasa besar ini menjadi semakin tinggi. Rundingan tersebut dibuat, dan akhirnya pihak Soviet di bawah Nikita Khrushchev bersetuju mengalih misil nuklear yang terletak di Cuba pada 28 Oktober, 1962 dengan syarat, tentera Amerika keluar daripada negara Cuba, dan tidak sibuk untuk mencampur tangan urusan negara mereka.

Walau bagaimanapun, sehari sebelum itu, pada 27 Oktober, 1962 (sehari sebelum pakatan pegalihan peluru berpandu di Cuba dibuat) pihak AS berjaya mengesan kapal selam milik Soviet di Carribean, iaitu B59 yang berhenti berdekatan dengan Cuba. Tentera laut AS menyerang dengan melancarkan ‘depth charge’, iaitu sejenis peluru yang dikhaskan untuk kapal selam dengan tujuan memaksa kapal selam B59 ini timbul kembali ke permukaan.

Pihak tentera Soviet di dalam kapal selam tersebut menyangka rundingan di antara AS dengan Soviet gagal memandangkan mereka tidak mendapat apa-apa berita mengenai rundingan tersebut, dan sewaktu itu, komunikasi di antara apa yang berlaku di luar gagal disampaikan kepada krew kapal selam tersebut memandangkan mereka berada pada peringkat kedalaman di mana komunikasi menerusi radio tidak berkesan. Mereka mati-mati menyangka AS dan Soviet sudah mulai berperang dan sudah berhari-hari pihak Moscow tidak menghantar apa-apa berita kepada mereka.

Mengikut protokol tentera laut Soviet Union, mereka dibolehkan menembak dan menggunakan torpedo yang berisi letupan nuklear tanpa pengesahan pihak atasan andai kata mereka diserang. Kapten kapal selam tersebut membuat keputusan, perang dunia ke-3 sudahpun bermula, dan ingin melancarkan torpedo tersebut ke arah AS. Walau bagaimanapun, mereka bertiga (kapten, dan dua pegawai tertinggi) perlu berbincang dan mencapai kata sepakat sebelum pelancaran torpedo dibuat.

Di sinilah Vasili Arkhipov membantah keputusan mereka berdua untuk melancarkan torpedo tersebut. Ketiga-tiga pegawai tertinggi mulai bertikam lidah, dan keadaan atmosfera di dalam kapal selam tersebut menjadi tegang. Apa yang digambarkan keadaan seperti itu ditulis oleh salah seorang krew B59

“My head is bursting from the stuffy air, the regeneration of air works poorly, that the temperature in this section of submarine is above 50 degrees celcius.”

Kru tersebut amat kagum melihat bagaimana tenangnya Arkhipov berbincang dengan rasional dan tidak bertindak terburu-buru walaupun dia di tekan secara bertubi-tubi oleh 2 orang pegawai atasannya. Dia berkali-kali berkata, letupan depth charge itu hanyalah untuk menyuruh kapal selam mereka timbul untuk mereka membuat identifikasi, bukan untuk menghapuskan atau menenggelamkan kapal selam milik mereka.

Entah bagaimana, penerangan dan pujukkannya berjaya meyakinkan kaptennya untuk tidak melancarkan torpedo tersebut. Mereka timbul semula permukaan dan menunggu untuk apa-apa mesej masuk daripada pihak Moscow. Sememangnya tanggapannya betul, memang peperangan masih lagi tidak tercetus, dan rundingan damai (seperti yang ditulis di atas) berakhir dengan pengalihan peluru berpandu milik Soviet daripada Cuba mencapai kata sepakat.

Malang buat Arkhipov apabila dia pulang ke Soviet Union, dia dikecam kerana tidak mengikuti kata-kata pegawai yang lebih tinggi daripadanya, dan sebab mengapa dia ke permukaan apabila pihak AS menjatuhkan depth charge kepada kapal selamnya. Seorang yang berpangkat admiral mengkritiknya dan mengatakan “It would have been better if you go down together with your ship.”

Hanya setelah 40 tahun kejadian ini berlaku, barulah media dan orang ramai mengetahui kes ini. Mengikut isterinya, Olga Arkhipova, dia mengalami kemurungan dan langsung tidak ingin berbincang atau bercakap mengenai kejadian ini.

Dia merasakan apa yang dibuatnya, iaitu menyelamatkan dunia daripada tercetusnya perang dunia ke-3 tidak dihargai. Malang baginya apabila dia meninggal dunia pada tahun 1998, dan masyarakat tidak mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dan bagaimana tindakkannya yang tidak mahu melancarkan torpedo itu berjaya menyelamatkan dunia.

Cuba anda bayangkan jikalau torpedo nuklear tersebut dilancarkan, dan Cuba mulai melancarkan peluru berpandu ke AS, apakah yang akan berlaku? Adakah Kennedy dan Khrushchev mencapai kata sepakat untuk mengalihkan peluru berpandu daripada negara Cuba? Atau apa yang berlaku. Seluruh masyarakat di dunia termasuk diri saya sendiri berterima kasih ke atas seorang wira yang tak didendangkan ini.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.