Kurun ke-15 Masehi merupakan satu kurun yang signifikan. Setiap tamadun memperingatinya dengan cerita tersendiri; China mengenang episod perlayaran Cheng Ho; Korea mengenang detik terciptanya tulisan Hangul; Jepun mengenang peristiwa Perang Onin; Monggol mengenang perpcahan Golden Horde; Uthmaniyah mengenang penaklukan Konstantinopel; Eropah mengenang Perng Seratus Tahun; dan Inca mengenang pembinaan Machu Picchu.

Kalau diturutkan, banyak lagi peristiwa yang boleh dimuatkan dalam senarai di atas. Namun, memadai sekadar yang telah disebutkan.

Cuma, antara kesemua peristiwa signifikan yang berlaku pada kurun ke-15, ada satu yang amat meninggalkan kesan, iaitu penjelajahan dan penjjahan ke atas Dunia Baru.

Peristiwa ini penting memandangkan buat pertama kalinya, bumi Amerika disentuh secara signifikan oleh tangan-tangan dari Dunia Lama atau secara khusus, Sepanyol.

Hanya lapan bulan selepas menamatkan kempen Reconquista dan menakluki Granada (kubu terakhir umat Islam di Andalusia), istana Aragon dan Castile menghantar armada Christopher Columbus untuk berlayar merentasi Laut Atlantik.

Motifnya tidak lain adalah untuk menyaingi Portugal yang baru sahaja menawan Tanjung Harapan menerusi Bartolomeu Dias pada empat tahun sebelumnya.

Objektif Portugal ketika itu amat jelas; mencari jalan alternatif untuk sampai ke India. Jika Portugal berjaya dengan objektifnya, mereka bakal menjadi adikuasa Eropah. Kerana itu, Sepanyol mahu memintas.

Columbus menjadi taruhan utamanya – dan ternyata, ia tidak sia-sia. Tanggal 3 Ogos 1492, Columbus berangkat dari Sepanyol dan pada tanggal 12 Oktober, dia tiba di Kepulauan Bahamas.

Selang dua tahun kemudian, Sepanyol dan Portugal memeterai Perjanjian Tordesillas. Menerusi perjanjian tersebut, mereka membahagikan dunia kepada dua – hemisfera barat milik Sepanyol dan hemisfera timur milik Portugal.

Pembahagian wilayah hasil dari Perjanjian Tordesillas 1494

Lantas, dasar pengkolonian Eropah pun bermula. Afrika, India, dan Asia Tenggara masing-masing menerima kesan. Begitu juga dengan penduduk asal di Amerika.

Tak keterlaluan kalau kita kata yang nasib mereka paling teruk antara kesemua koloni Eropah. Di tangan Hernan Cortes, Francisco Pizarro, dan Pedro de Alvarado, tamadun-tamadun di sana habis dirntuhkan. Identiti tempatan pula diganti dengan identiti Sepanyol. Termasuklah agama dan bahasa.

Namun, di sebalik kesemua kisah penjajhan tanah, permpsan harta, dan pemksaan agama yang berlaku di sana, tersisip satu kisah yang sedikit asing.

Kisah ini melibatkan Gonzalo Guerrero, seorang tentera Sepanyol yang datang ke bumi Maya dengan niat untuk menjjh namun mti ketika mempertahankannya.

Lantaran dilihat sebagai pengkhiant bangsa, kisah hidup Guerrero tidak banyak dicatatkan. Mungkin juga ia dilupuskan. Namun apa yang masih tersisa sudah cukup untuk dijadikan satu cerita yang lengkap.

Guerrero dilahirkan di bandar Huelva yang terletak di barat laut Sepanyol. Tarikh kelahirannya adalah sekitar 1470 Masehi, tidak lama selepas Isabella dan Ferdinand berkahwin bagi menyatukan istana Aragon dan Castile.

Dalam usia dua puluhan, Guerrero terlibat dalam peperangan khususnya Prang Itali 1494-1495. Jika dilihat pada garis masa, ada kemungkinan yang beliau juga terlibat dalam kempen Reconquista.

Cuma apa yang pasti, pada tahun 1510/11, beliau sudah berada di Dunia Baru sebagai anak buah kepada Núñez de Balboa – individu yang bertanggungjawab membuka petempatan Eropah pertama di Amerika Selatan, khususnya di Panama.

Ilustrasi potret Guerrero dari penampilannya yang beridentiti Sepanyol sehingga menjadi Maya

Tahun yang sama, kehidupan Guerrero berubah sepenuhnya. Ketika berangkat dari Panama menuju ke Jamaica, ribut datang membadai lantas membuatkan kapalnya karam.

Dari ramai-ramai anak kapal yang ada, hanya 18 orang sahaja (16 orang lelaki dan dua orang perempuan) terselamat dek sempat menaiki perahu kecemasan. Guerrero adalah salah seorang dari mereka.

Namun, terdampar di tengah-tengah lautan bukanlah satu hal yang melegakan. Lebih-lebih lagi jika tiada minuman dan makanan.

Separuh dari mereka mati kebluran sambil yang lain dihambakan oleh penduduk asal sebaik sahaja perahu mereka sampai di pantai Yucatan. Kelapan-lapan mereka lantas dibawa ke perkampungan suku Maya-Calachionies dan sebilangan dari mereka langsung sahaja dijadikan mgsa krban.

Hanya Guerrero dan rakannya, Geronimo de Aguilar sahaja yang terus hidup bertahun-tahun. Mungkin kerana masing-masing berasimilasi dengan penduduk tempatan – mempelajari bahasa dan budaya Maya.

Cuma berbeza dengan Guerrero, Aguilar masih mengekalkan identiti Sepanyol dan Katolik. Dia juga kemudiannya dibebaskan dan berkhidmat sebagai penterjemah Hernan Cortes.

Sementara Guerrero pula memeluk sepenuhnya identiti Maya. Beliau pernah berkali-kali dipujuk oleh Aguilar untuk kembali bersamanya di kem Sepanyol. Namun, ajakan itu ditolak.

Tulis Guerrero dalam suratnya, “Saudaraku Aguilar – aku dah berkahwin dengan wanita dari bangsa ini dan aku dikurniakan tiga orang anak bersamanya; aku juga dilantik sebagai panglima perang di sini. Jadi, pergilah! Semoga Tuhan bersama kamu; fasal aku, aku tidak akan muncul lagi di hadapan saudara-saudara sebangsaku.

Wajah aku sudah berubah. Telinga aku dah pun ditindik. Aku dah diacu mengikut istiadat orang di sini – kalau aku pulang, apa yang akan orang Sepanyol kata bila lihat aku jadi begini? Sekarang, aku cuma mahu lihat tiga orang anakku – alangkah comelnya mereka…” (The Conquest of New Spain)

Setelah hidup lebih 24 tahun bersama penduduk asal dan melindungi mereka dari srngan Sepanyol (seperti pada tahun 1531 ketika beliau menewaskan Alonso Davila), Guerrero akhirnya terkorban di tangan pasukan Pedro de Alvarado.

Tugu Gonzalo Guerrero bersama isteri dan anak-anaknya

Sejarawan meletakkan tarikh kematiannya pada tanggal 14 Ogos 1536, dengan tugunya didirikan di Quintana Roo, Mexico – khusus untuk memperingati seorang Sepanyol yang melawn arus dalam episod penjajahan di bumi Amerika.

RUJUKAN

Danny. (18 June 2021). The Conquistadors Who Joined the Mayans Against the Spanish. Medium.

Romero, M.A. (n.d.) Belize is Cradle of Latin America’s Mestizo Ethnic Group – Gonzalo Guerrero. Belize.

Mingren, Wu. (20 June 2016). Gonzalo Guerrero: Father of the First Mestizos and Army Captain of the Mayans. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.