Moving Forward As One

Lelaki-Lelaki Yang Paling Berkuasa Di Jerman Ketika WWII

1,035

Umum mengenali Adolf Hit_ler sebagai Fuhrer diktator Parti [email protected](NSDAP) paling berkuasa ke atas Third German Reich. Parti bersifat totalitarian itu telah pun mengalami kekalahan dalam Perang Dunia ke-2 pada tahun 1945, dan ini juga menandakan tarikh kepupusan Parti Fasis itu.

Namun disebalik kekuatan [email protected] Jerman terdapat beberapa pemimpin berpengaruh yang sedaya upaya mencurahkan kebaktian mereka kepada NSDAP.

Ayuh dapatkan buku terbaru keluaran The Patriots, Rahsia Empayar Melayu Srivijaya dan The Malaccan Odssey di Shopee kami. Beli Srivijaya: http://t.ly/9z3K dan Melaka: http://t.ly/kn3A

Berikut merupakan pengenalan ringkas 10 individu terpenting dalam riwayat hidup Fuhrer sehingga membawa pada faktor kejayaan [email protected] ketika itu.

  1. Walther Funk
Walther Funk

 

Walther Funk merupakan Menteri Ekonomi Reich dan beliau menjawat sebagai Presiden Reichs Bank selain berperanan penting dalam Kementerian Penerangan dan Propaganda.

Later belakang akademik menunjukkan beliau mendapat pendidikan yang sempurna. Walther Funk menguasai beberapa bidang sebagai Ahli Ekonomi, Peguam dan Ahli Falsafah yang berkelayakan; beliau merupakan editor akhbar kewangan Berliner Börsenzeitung.

Selain itu, Walther Funk adalah Ahli Lembaga Pengarah Bank untuk International Solutions yang berpusat di Switzerland dan dilantik ke Lembaga Perancangan Pusat pada bulan September 1943. Banyak betul kan jawatan penting yang dipegang Walther Funk?

  1. Joachim Von Ribbentrop
Joachin Von Ribbentrop

Joachim Von Ribbentrop adalah Menteri Luar Negeri [email protected] Jerman, beliau berperanan bagi pihak berkuasa dalam urusan dunia dan salah seorang individu yang diberi kepercayaan oleh Fuhrer.

Joachim adalah orang tengah dalam peristiwa pakatan Molotov-Ribbentrop, perjanjian antara [email protected] dan Soviet itu memberi Hit_ler syarat bebas untuk menye-.rang Poland tanpa rasa takut campur tangan Soviet.

  1. Albert Speer
Adolf H Bersama Albert Speer

Albert Speer merupakan Ketua Arkitek dan Menteri Pengeluaran Senjata Pe-rang Jerman Third Reich, antara anggota terpenting dalam ‘inner circle’ Hit-ler.

Albert Speer membina stadium Reich Chancellery di Nuremberg. Seorang yang bertanggungjawab meluaskan menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan asas awam seperti jalan raya dan sistem pengangkutan Jerman.

  1. Karl Donitz
Karl Donitz

Panglima Kapal Tentera Laut Jerman hingga 1943 setelah mengambil alih jawatan dari Erich Raeder sebagai Panglima Tentera Laut Jerman dan dinaikkan pangkat menjadi Grand-Admiral.

  1. Erich Raeder
Adolf H dan Erich Raeder

Ketua laksamana Kriegsmarine (Tentera Laut Jerman) dan Reichsmarine hingga 1943 sebelum diganti oleh Karl Donitz.

  1. Wilhelm Keitel
Wilhelm Keitel

Wilhelm Keitel adalah Panglima Tentera Darat Jerman (Wehrmacht), Panglima Komando Tertinggi Angkatan Bersenjata Jerman (OKW) dan Panglima Pertahanan Jerman.

  1. Martin Bormann
Martin Bormann

Ketua Canselor Parti [email protected], jawatan ni sebelumnya dijawat oleh Rudolf Hess, lalu diganti oleh Martin Bormann kerana Hess berpaling tadah dan melarikan diri ke Scotland. Tak lama selepas beliau dilucutkan sebagai Ketua Canselor nama jawatan ini ditukar kepada ‘Setiausaha Peribadi’ kepada Hit_ler,

Berperanan mengendalikan semua maklumat yang dihantar dan mengawal semua akses peribadi ke Hit_.ler. Beliau  mendapat persetujuan akhir atas perundangan terhadap semua perkara dalam negeri.

  1. Joseph Goebbles
Joseph Goebbles

Joseph Goebbles sememangnya pakar propaganda untuk [email protected] Jerman. Menteri Propaganda dari tahun 1933 – 1945 ini mengawal media dan segala maklumat awam di Jerman.

Antara kelebihan beliau dapat menyampaikan pidato secara emosional sekaligus menggerakkan dan memotivasi rakyat Jerman. Goebbles dinamakan dalam wasiat terakhir Hit_ler sebagai pengganti rasminya. Namun beliau hanya sempat menjawat dalam satu hari saja.

2. Hermann Göring

Hermann Goring merupakan Panglima Luftwaffe (Tentera Udara Jerman), menteri dalam jabatan unit rahsia polis Gestapo yang diasaskan oleh beliau sendiri pada tahun 1933.

Senior kepada semua komandan Wehrmacht. pada tahun 1941 Hermann dicalonkan oleh Hit_ler sebagai penggantinya serta memliki kekuasaan terhadap seluruh kementerian NSDAP.

  1. Heinrich Himmler
Heinrich Himmler

Heinrich Himmler merupakan individu paling dipercayai Fuhrer. Beliau adalah Panglima Tentera unit Waffen-SS, Panglima Gestapo, Menteri Dalam Negeri, Panglima Tentera Darat, dan pemimpin tertinggi pentadbiran seluruh Reich Ketiga.

Kepercayaan yang diberikan oleh Fuhrer, namun telah dkhianati. Pada 23 April 1945, Himmler bertemu Count Bernadotte di Utara Jerman secara sulit  kerana cuba berunding dalam penyerahan Jerman kepada pihak bersekutu. Hal ini membuatkan Adolf H sangat marah kepada Himmler apabila berita ini sampai kepada beliau.

Ayuh dapatkan buku terbaru keluaran The Patriots, Rahsia Empayar Melayu Srivijaya dan The Malaccan Odssey di Shopee kami. Beli Srivijaya: http://t.ly/9z3K dan Melaka: http://t.ly/kn3A

Beberapa minggu sebelum kem4-tian Adolf Hit-l*r, Himmler memb*nuh diri dengan memakan r4cun semasa berada di bawah jagaan pihak bersekutu.

RUJUKAN:

Gayle, Tina. (2021). H_tler’s Inner Circle: The 10 Most Powerful Men in N_zi Germany. History Hit.

Ruangan komen telah ditutup.