Sejak kebelakangan ini, ada satu gula-gula yang betul-betul sedap dijual di merata-rata tempat. Setiap kedai serbaneka wajib ada gula-gula ini. Dan memang orang pun berebut habis-habis.

Gula-gula tersebut bernama Sports Candy Himalaya Salt. Bila fikir pasal gula-gula, apalah sangat perlu dirisaunya bukan?

Salah.

Seorang pengguna Facebook berkongsi pengalamannya baru-baru ini yang mencetuskan perbincangan panjang pasal keselamatan Himalaya Salt. Zaiham Mohd Kahar telah membeli dua paket semasa promosi.

Dua minggu kemudian, kesannya mula menghantui. Jadi pula semasa solat Jumaat. Jantung Zaiham berdenyut terlalu laju, memercikkan keringat peluh sampai naik cemas dengan prasangka menghampiri aj4l.

Selepas seminit, keadaan beransur normal. Tetapi semasa rakaat kedua, Zaiham hampir perlu memaut jemaah sebelah. Fikirannya terganggu dengan prasangka yang sama.

Esoknya Zaiham ke Midvalley untuk beli barang dan singgah di Pusat D4r4h Negara. Didapati bacaan tekanannya terlalu tinggi, walaupun diambil empat kali. Dan doktor terus memberi nasihat supaya jangan makan lagi.

Bacaan Penuh:

Periuk Dididihkan Empat Bulan Sebelumnya

Pasal Himalaya Salt, nasihat sudah diberikan sebelum perkongsian Zaiham dibuat pun. Seorang pakar diet bernama Mohd Khairul Azuan telah berkongsi pendapat beliau tentang gula-gula bergaram.

Graduan MRSM dan UPM berkelahiran Kelantan ini mengatakan bahawa, “gula-gula ini bukan diambil suka-suka menggantikan gula-gula biasa.” Sebab yang dinyatakan pun sangat jelas:

Himalaya Salt mempunyai kandungan sodium (garam). Kadar pengambilan garam haran pun sudah mencapai takat diperlukan badan. Jadi ditambah pula dengan Himalaya Salt, imbangan keperluan sodium tentu sekali terganggu.

Mohd Khairul tetap memberitahu bahawa golongan 1) aktif bersukan, 2) hiking jangka masa panjang dan 3) bersodium rendah sahaja yang SESUAI untuk ambil gula-gula sebegini.

Sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan berterusan seperti ginjal dan jantung perlu elak sama sekali. Apatah lagi ibu mengandung yang boleh terjerumus ke kancah gestational hypertension.

Apa Itu Gestational Hypertension?

Bagi ibu mengandung, keloyaan ialah perkara biasa. Himalaya Salt tidak boleh dibuat solusi. Kerana tekanan d4r4h boleh mencecah 140+/90+ dengan dua bacaan berbeza (jarak enam jam).

Gestational hypertension ialah suatu keadaan apabila protein tiada dalam air kencing. Simtom banyak juga, seperti sakit kepala, muntah, penglihatan kabur dan sensitif terhadap cahaya. Kaki pun boleh bengkak (edema).

Sodium Overdose

Setiap hari hanya sebanyak 2000mg garam sahaja boleh diambil. Dan kalau tengok dalam menu-menu seharian rakyat Malaysia, setiap perkara mesti ada garam. Bagi setiap butir halus garam itulah terletaknya kemulusan sodium.

Bayangkan jika pengambilan garam ini ditambahkan pula dengan Himalaya Salt. Bagaikan suplemen, tekanan d4r4h tentu sekali akan terganggu Dan simtom yang dirasai Zaiham semasa solat Jumaat biasanya ialah perkara biasa.

Jangan salah sangka. Sodium memang diperlukan badan yang tersedia mengawal tahapnya secara rapi. Kebanjiran sodium akan mer4n4pkan sistem dalam badan yang boleh membawa m4ut pun.

Jadi semasa memandu, elakkan sama sekali memakan Himalaya Salt. Ser4ng4n jantung di Lebuhraya Utara Selatan ialah mimpi yang sangat ng3ri. Sodium yang terlalu banyak boleh mengeluarkan air daripada sel (yang merosakkan sel terutamanya otak).

Salur d4r4h yang terk0yak pula akan mengundang sawan dan koma. Dan perkara ini boleh memberikan kesan sampingan terhadap ginjal pun.

Setiap 2.5 g Himalaya Salt terdapat 19.7 mg sodium. Berat sepaket pula ialah 15 g. Jadi dengan satu paket saja, 118.2 mg sodium membanjiri sistem badan.

Sudah hampir 6%!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.