Tahukah anda bahawasanya seorang lelaki ini telah disaman kerana berikan harga yang murah dalam membaiki Iphone. Malahan harga yang diberikan itu juga hampir memberi ancaman kepada syarikat Apple.

Memperkenalkan Henrik Huseby iaitu seorang pemilik perniagaan kecil di Norway yang bertanggungjawab akan kegiatan ini.

Henrik dikatakan menggunakan produk refurbished dalam membaiki Iphone terutama melibatkan skrin LCD. Walau bagaimanapun, pihak Apple mendakwa, produk yang digunakan oleh Henrik adalah palsu.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Henrik telah membawa kes tersebut ke mahkamah dan bertekad untuk melawan Apple secara undang-undang. Henrik sedar jika dia kalah, ianya akan menyebabkan banyak perbelanjaan dan kerugian yang perlu ditanggung.

Pada awalnya kelihatan seperti ada sinar dihujung terowong tetapi apabila Mahkamah Daerah Olso memutuskan pada 2018 bahawasanya Henrik tidak melanggar tanda dagangan Apple.

Namun begitu pada tahun 2019, Mahkamah Rayuan membuat keputusan bahawa skrin yang diimport adalah salinan haram. Hal ini telah menyebabkan kes tersebut sekali lagi dibawa ke Mahkamah Agung.

Henrik sanggup membawa kes ini ke Mahkamah Agung berikutan begitu ramai yang sudah mati ditelan oleh Apple. Malahan dia juga mendapat sumbangan daripada €10,000 daripada penyokongnya yang datang daripada seluruh pelusuk Norway, Eropah dan dunia.

Para hakim Norway dikatakan membuat keputusan semata-mata melalui pelanggaran hak cipta berdasarkan aspek teknikal yang langsung tidak akan diambil peduli oleh pengguna.

Skrin refurbished tersebut dikeluarkan oleh syarikat China yang dikatakan menggunakan bahan buangan daripada skrin asli Iphone dan gantikan kaca baru di atasnya. Kebiasaanya, alat ganti Iphone diperbuat menggunakan bahagian asli, guna pakai dan kacanya dibuat oleh pihak ketiga.

Henrik mendakwa bahawasanya Apple menggunakan tindakan undang-undang harta intelek untuk meletakkan logo dan kod QR bagi mengelakkannya ditiru terutama oleh syarikat daripada China.

Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat di China tetap menghasilkan produk tersebut dengan mengubai suai alat ganti sedia ada. Pihak Apple telah meminta kepada kastam di negara-negara lain agar bertindak jika ada barangan import berisi alat ganti Iphone.

Situasi ini terjadi mungkin berpunca daripada Apple yang tidak membenarkan alat gantinya diedarkan kepada penjual bukan rasmi.

Oleh sebab itu, mereka terpaksa mengambil keputusan untuk membeli alat ganti berkualiti rendah ataupun refurbished bagi menampung permintaan yang tinggi.

Jadi, bagaimanakah mahu menyelesaikan masalah itu memandangkan Iphone semakin menjadi pilihan penggunakan untuk dipakai. Walaupun terdapat begitu banyak jenama telefon bimbit cuba menghasilkan produk yang berkualiti, Iphone tetap jua menjadi pilihan.

Persoalannya jika alat ganti tidak dijual dengan murah, bagaimanakah sang marhaen mahu membaiki telefpn bimbit? Ya betul ianya kelihatan salah jika gunakan barangan tidak asli dan Apple harus bertindak bagi mengekang kegiatan itu. Apa pendapat anda? boleh berikan komen di ruangan komen nanti.

Artikel ini boleh juga dibaca di laman portal ekonomi dan kewangan kami, The Outlook Asia. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.