Tidak terbayang perasaan seorang lelaki seandainya didapati hamil. Perasaan takut, risau, resah dan gelisah mesti mencurah sampai baju boleh basah. Tetapi lagi tidak terbayang jika seorang lelaki mengeluarkan telur daripada lubang duburnya. Situasi ini terjadi (Italicization disengajakan) di tidak lain tidak bukan bumi garuda yakni Indonesia sendiri. Semua orang tahu Indonesia berwilayah besar. Besar wilayahnya; besar lagi populasinya. Satu masalah dengan populasi besar – ramai orang elok, dan ramai juga orang pelik.

Kabupaten Gowa terletak di Selatan Sulawesi yang mempunyai lebih daripada 600,000 penduduk. Salah seorang penduduk adalah seorang remaja berusia 14 tahun. Tidak perlu tarik panjang. Dari awal lagi semua boleh agak remaja ini mungkin ada masalah tertentu. Jadi namanya wajar tidak didedahkan, kerana 1) dia masih bawah umur dan 2) dia mungkin perlu pertolongan mental.

Cuma itulah – bapanya sendiri menyokong cerita yang berlaku. Mudah kata, kisah ini boleh disimpulkan dengan “ada benda yang tersembul… tetapi bukan bakat”. Benda yang tersembul itu adalah telur. Katanya remaja ini digegaskan ke sebuah klinik. Bapanya mendakwa remaja tersebut bertelur sampai 20 biji dalam tempoh dua tahun. Ini yang dikatakan pelik. Manusia bertelur sampai 20 butir… tetapi siaran macam tertangguh pula sampai pergi klinik selepas dua tahun.

Bapanya kemudian cakap telur pertama dipecahkan dan yang keluar – aku harap korang tak makan telur sebelum/ketika baca artikel ni – warna kuning saja… tiada warna putih.

Telur di kiri. ‘Penelur’ di kanan.

Sebulan kemudian, telur kedua dipecahkan dan kandungan kali ini cuma putih… tanpa kuning (Devlin, 2018).

Jadahnya Cerita Ni

Apa yang berlaku seakan-akan sama pula dengan cerita seorang janda di Cianjur, Jawa Barat, yang katanya hamil tanpa melakukan hubungan syahwat. Justifikasi kehamilan memang tak boleh belah. Rasa ada angin masuk melalui liang peranakannya semasa tertidur selepas melaksanakan solat. Kalau zaman Yunani Kuno, memang jawabnya Zeus punya kerjalah. Celaka punya Zeus.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Terang-terangan inilah masalah apabila sains diketepikan. Mesti ada yang percaya angin boleh menghamilkan wanita. Dan mesti ada yang percaya remaja ini boleh bertelur. Ikut pada penjelasan seorang pakar di hospital, remaja tersebut memang mengeluarkan telur daripada duburnya. Tetapi mereka syak telur tersebut dimasukkan terlebih dahulu sampai ke dalam rektumnya. Kerana telur itu adalah telur ayam.

Ikut pada landasan sains, benda ini tersangat mustahil. Sistem perhadaman manusia tidak membolehkan benda ini berlaku. Tetapi apakan daya – remaja tersebut dikenakan perintah kuarantin supaya doktor dapat menyiasat. Apa yang berlaku selepas kuarantin memang tidak tahu. Semua boleh bayang sendiri.

Siap ada X-Ray.

Walau bagaimanapun, ini bukan satu-satunya kes yang berlaku. Di Jakarta (negara itu juga), ada seorang warga emas yang juga baik jangan dedah nama. Mungkin sudah nyanyuk barangkali. Katanya dia pun boleh bertelur. Dan apabila telurnya disiasat (no pun intended) di Bogor, telur itu adalah telur ayam berusia dua minggu (Mackie, 2018).

Keratan yang kata dia bertelur.

Tiada siapa tertanya pula macam mana telur ayam boleh masuk dalam dubur orang tua ini. Mesti banyak minyak dilumurkan di situ untuk menjadi betul-betul licin. Silap-silap minyak yang Amerika Syarikat rembat di Iraq pun tidak cukup untuk melicinkan kerja gila ini.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Apa pengajaran daripada kisah ini? Lelaki secara semulajadi ada dua telur. Kalau ada satu, itu terjadi sesuatu. Masih lagi lelaki. Tetapi kalau keluar telur daripada dubur, ambil dan hempas di kepala. Amende lah…

RUJUKAN:

Devlin, P. (2018, Februari 22). You’ve got to be yolking! Teenage boy, 14, lays an EGG in front of baffled doctors – and he says he’s squeezed out nearly two dozen over the last few years. Daily Mail.

Mackie, T. (2018, Februari 24). Doctors STUNNED as 14-year-old boy ‘LAYS an EGG’ after ‘baffling’ X-RAY ‘proof’. Express UK.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply