Tidak semua yang kita nak, kita dapat.

Cinta ialah momen paling manis. Sayangnya, dalam sekelip mata ia boleh jadi memori paling tragis. Perpisahan terjadi tanpa dipinta. Siapakah yang mahu bertemu semata-mata untuk berpisah. Pertempuan dan perpisahan membuktikan, jodoh bukan di tangan manusia. Jodoh itu di tangan Allah. Cinta letak di perasaan, sedang betapa rapuhnya makhluk bernama perasaan.

Jami berkata:

“Kutanya Said bin Musayyab, Mufti Madinah,

Apakah berdosa jika kita terbelenggu dalam cinta?”

Berkata Said bin Musayyab,

“Kamu hanya dicela untuk hal yang kamu mampu menahannya.”

Betapa pun nasib tidak selalu memihak, lelaki perempuan yang tabah tidak mudah menyerah.

Dalam sejarah, patah hati selalu menerbitkan episod baru kematangan peribadi. Lelaki perempuan yang sado di hati, tidak peduli pada air mata yang mengalir, bila jujur dan tulus telah ditumpahkan seikhlas hati. Apa perlunya penyesalan bila jiwa raga sudah benar-benar dikorban. Lebih baik hidup dengan luka yang bisa sembuh, daripada berkalau-kalau menghitung kemungkinan-kemungkinan yang takkan berulang bila-bila pun.

Pecinta sejati tidak pernah kalah.

Salman al-Farisi

Sahabat Nabi Muhammad ini digelar pir (rakan karib). Sinonim sebagai pencadang strategi menggali parit semasa perang khandaq. Bila saja Nabi mahu bercukur, Salman Farisi ialah orang yang dipanggil memotong rambut baginda. Selesai tugas, rambut Rasulullah akan dibahagikan kepada sahabat lain buat bertabarruk.

Pada satu masa, Salman mahu memenuhi kehendaknya berkahwin. Pada masa ini, dia juga diam-diam menyukai seorang perempuan Ansar. Pada awalnya Salman tidak berani datang meminang. Sebagai seorang pendatang, dia orang Parsi yang merasa asing di Madinah. Bagaimanakah adat kepada wanita di kalangan rakyat Madinah? Bagaimana tradisi Ansar bagi perempuan? Inilah yang difikirkan Salman. Dia tidak tahu apa-apa tentang budaya Arab. Salman pun berjumpa sahabat yang berasal dari Madinah, Abu Darda. Meminta bantuan Abu Darda bagi menemankannya pergi meminang wanita itu.

“Subhanallah wa Allhamdulillah, ” ujar Abu Darda teruja menyahut ajakan Salman. Dia memeluk Salman dan bersedia membantu dan menyokongnya.

Selepas beberapa hari mempersiapkan segala-galanya, Salman pun pergi ke rumah gadis itu diiringi oleh Abu Darda. Kedua-duanya sangat gembira. Setibanya di rumah gadis itu, kedua-duanya diterima dengan baik oleh tuan rumah.

“Saya Abu Darda, dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah telah memuliakan Salman dengan Islam. Salman juga berkorban memuliakan Islam dengan jihad dan amalannya. Dia mempunyai hubungan dekat dengan Rasulullah (saw). Malah Rasulullah sendiri menganggapnya bagai ahli keluarga. Saya datang mewakili saudara saya Salman, ingin meminang anak perempuan anda,” Abu Darda beterus terang, sebagi wakil memetik bunga di taman.

“Terima kasih. Merupakan satu penghormatan bermenantukan seorang lelaki hebat yang akrab dengan Rasulullah. Sebelum itu, biarlah saya tanyakan dahulu anak perempuan saya.”

Tuan rumah kemudian memberikan isyarat kepada sosok di belakang hijab. Rupa-rupanya, anak perempuannya sedang menunggu memberi pendapat tentang lelaki yang dipilih.

“Maaf. Kami perlu berterus terang. Maaf untuk kejujuran kami. Anak perempuan kami menolak pinangan Salman, ” Kata si ibu yang ada di situ.

Salman al-Farisi bersedih hati mendengar jawapan yang menggundahkan ini.

“Bagaimanapun kerana kamu berdua datang dan mengharapkan keredaan Allah, saya ingin mengatakan bahawa anak perempuan kami akan menjawab ya jika Abu Darda, mempunyai keinginan yang sama seperti Salman, ” sambungnya lagi.

Jika lelaki biasa, pasti makan hati berulam jantung. Pasti lidah kelu terdiam. Berbeza dengan Salman. Cinta ialah mengorbankan diri. Cinta yang suci dan tulus tidak peduli, asalkan kekasih ya bahagia. Pengorbanan. Cinta ialah melebihkan kebahagiaan kekasih lebih daripada kebahagiaan diri sendiri.

“Semua mas kahwin dan persiapan yang saya kumpul, saya berikan kepada Abu Darda. Saya akan hadir untuk menyaksikan perkahwinan anda,” kata Salman dengan jiwa yang besar.

Demikanlah patah hati Salman al-Farisi.
Tidak berakhir dengan membunuh diri,
Tetapi tamat dengan pengorbanan murni.
Ramai sanggup mati demi cinta.
Berapa ramai sanggup hidup demi cinta?

Cut Nyak Dhien

“Sebagai wanita Aceh, kita tidak boleh menangis bagi mereka yang telah mati syahid.”

Kata srikandi ini apabila suaminya gugur di medan pertempuran. Anaknya Cut Gambang ditampar apabila berlebihan menangis meratap.

Perempuan besi ini ialah pejuang kemerdekaan berjihad melawan Belanda di Acheh. Wajahnya diabadikan pada wang kertas Indonesia oleh Soekarno. Patah hati akibat kehilangan suami tidak melemahkannya daripada mengangkat pedang.

Suami pertama Cut Nyak Dhien bernama Teuku Ibrahim Lamnga.

Pada bulan November 1873, semasa Ekspedisi Aceh Kedua, Belanda berjaya menawan VI mukim pada tahun 1873, diikuti oleh Istana Sultan pada tahun 1874. Pada tahun 1875, Cut Nyak Dhien dan bayinya, bersama ibu-ibu lain, dipindahkan ke lokasi yang lebih aman sementara suaminya Ibrahim Lamnga berjuang untuk menuntut semula VI mukim.

Teuku Ibrahim Lamnga dibunuh Belanda di Gle Tarum pada 29 Jun 1878. Ketika mendengar ini, Cut Nyak Dhien bersumpah membalas dendam terhadap Belanda.

Suami kedua Cut Nuak Dhien bernama Teuku Umar

Terkenal dengan strategi memanipulasi belanda. Ini dicatat dalam sejarah Belanda sebagai “Het verraad van Teukoe Oemar” (pengkhianatan Teuku Umar). Teuku Umar terbunuh semasa pertempuran ketika Belanda melancarkan serangan kejutan ke atasnya di Meulaboh.

Selepas suaminya meninggal, Cut Nyak Dhien terus menentang Belanda dengan tenteranya yang kecil sehinggalah dikalahkan pada tahun 1901, ketika Belanda menyesuaikan taktik mereka ke atas situasi di Aceh. Tambahan pula, Cut Nyak Dhien tidak sihat lantaran semakin menginjak usia tua. Bilangan tenteranya juga terus menurun dan mereka mengalami kekurangan bekalan.

Salah seorang tenteranya, Pang Laot, memberitahu Belanda lokasi ibu pejabatnya di Beutong Le Sageu. Belanda menyerang, menangkap Dhien dan pasukannya dengan mengejut. Meskipun melawan kembali, Dhien ditangkap. Anaknya Cut Gambang melarikan diri dan meneruskan perlawanan.

Seorang wartawan Belanda, Zentgraaf dalam bukunya De Acehers memberi komennya seperti berikut :

“Namun dari semua pemimpin perang kita yang telah bertempur di setiap pojok dan lubang kepulauan Indonesia ini kita akan mendengar bahawa tidak ada satu bangsa yang begitu bersemangat dan fanatik dalam menghadapi musuh selain bangsa Aceh dengan wanita-wanitanya yang jauh lebih unggul daripada semua bangsa-bangsa lain dalam keberanian menghadapi maut.”

Atas kekaguman pihak Belanda kepada Pocut Meuligo dan wanita-wanita Aceh sepertinya yang sama-sama berperanan serta terlibat secara langsung dalam peperangan Aceh-Belanda yang memakan masa 80 tahun, mereka menyebut wanita Aceh sebagai  ‘de grootes Dames’ atau ‘wanita-wanita Agung’.

Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah ialah seorang anak yang miskin. Rabiah bermaksud 4, anak keempat daripada adik beradiknya. Setelah ketiadaan bapanya, Rabiah diperdaya dan dijual sebagai hamba. Dia dibeli oleh seorang lelaki bernama Husam. Rupa-rupanya Husam memang menyimpan perasaan cinta kepada Rabiah.

Husam dan Rabiah saling cinta mencintai.

Sehinggalah suatu hari, Husam terbunuh. Kesedihan Rabiah bukan kepalang. Berhari-berhari air mata mengalir seperti zam zam. Sampailah pada suatu hari, Allah memalingkan hati Rabiah hanya kepada-Nya. Bermulalah perjalanan cinta seorang hamba mencintai Tuhannya.

“Aku mengabdi kepada Tuhan
bukan karena takut neraka..
bukan pula karena mengharap masuk surga.
Tetapi aku mengabdi, karena cintaku pada-Nya

Ya Allah, jika aku menyembah-Mu
karena takut neraka, bakarlah aku didalamnya

Dan jika aku menyembah-Mu,
karena mengharap surga, campakkanlah aku darinya

Tetapi, jika aku menyembah-Mu
demi Engkau semata, janganlah engkau enggan
memperlihatkan keindahan wajah-Mu
yang abadi padaku

Kekasihku tidak menyamai kekasih yang lain bagaimanapun juga
Tidak selain Dia didalam hatiku
kekasihku gaib dalam penglihatanku dan pribadi ku sekalipun

Akan tetapi
Ia tidak pernah gaib dalam hatiku
walau sedetik pun

Alangkah buruknya,
Orang yang menyembah Allah
Lantaran mengharap surga
Dan ingin diselamatkan dari api neraka

Seandainya surga dan neraka tak ada
Apakah engkau tidak akan menyembah-Nya?

Aku menyembah Allah
Lantaran mengharap ridha-Nya
Nikmat dan anugerah yang diberikan-Nya
Sudah cukup menggerakkan hatiku
Untuk menyembah-Mu

Ya Tuhan
Tenggelamkan diriku ke dalam lautan
Keikhlasan mencintai-Mu
Hingga tak ada sesuatu yang menyibukkanku
Selain berdzikir kepada-Mu.”

(Rabiatul Adawiyah)

HAMKA

Semasa usia muda, ulama ini lekas jatuh hati kepada gadis-gadis. Sayang sekali, kerap jatuh cinta bererti kerap patah hati bila cinta tidak kesampaian. Berkali-kali hatinya patah sebelum akhirnya bernikah.

‘Kenang-kenangan Hidup’ nukilannya mencoret ranah percintaan pada suatu pernah.

HAMKA berkenalan dengan Kulsum, janda muda dari tatar Sunda. Umurnya 17 tahun, dua tahun di bawah Hamka. Kulsum juga hendak pergi haji bersama kedua orang tuanya.

Dia tidak memungkiri terkesimanya hati pada Kulsum. Kala membaca Quran, ia kadang sengaja berpanjang-panjang. Belum berhenti sebelum perempuan manis itu naik ke dek dan mendengar lantunannya.

“Rupanya dalam usia demikian,” cerita Hamka dalam Kenang-kenangan Hidup, “adalah zaman pertumbuhan, cepat angau. Darahnya sudah berdebar-debar saja kalau Kulsum terlambat naik ke atas dek kapal. Tetapi kalau Kulsum ada di depan, dia ‘bodoh’, tidak pandai bercengkerama.”

Entah mengapa, HAMKA tidak berbuat apa-apa keputusan pantas untuk memperisterikan Kulsum, meskipun cinta di dada sudah merona. Malahan cinta ini disemadikan dalam penulisannya.

“Kulsum berdiri merenung lautan, melihat kapal memecah laut, ikan lumba-lumba beriring-iring menurutkan kapal,” tulis Hamka. “Alangkah cantiknya perempuan janda muda itu kena cahaya panas pagi, ujung selendang dikibas-kibaskan angin. Wajahnya tenang melihat laut, namun di sana terbayang pengharapan.”

HAMKA melukiskan ombak perasaanya,

“Namun penglihatan yang sayu dari kedua belah pihak dapatlah menggambarkan apa gerangan yang menggelora dalam hati masing-masing.”

Selepas itu, Hamka mengeluarkan sapu tangan putih dari saku bajunya yang telah dilipat halus. Dihulurkannya kepada Kulsum. “Tidak lama lagi berpisahlah kita. Moga-moga sesampai di Mekkah kita dapat bertemu lagi. Terimalah hadiahku ini sebagai kenang-kenangan.”

Dengan wajah berseri, sapu tangan itu diterimanya dan dijawabnya dalam bahasa Sunda, “Hatur nuhun, Ajengan!”

Esok hari, pada jam yang sama dan tempat yang sama, mereka bersua. Padahal, mereka tak ada ikatan janji untuk bersua. Keduanya saling tersenyum. Sampai kemudian Kulsum mengeluarkan sapu tangan putih berpinggir biru, “Hadiah abdi ku Ajengan!”

Disambutnya sapu tangan itu, lalu diciumnya dengan penuh keharuan. Sapu tangan itu menebarkan wangi yang tak tersembunyikan.

“Terima kasih!” sambut HAMKA dengan gembira dan terharu.

Demikianlah tamat episod cinta yang tidak bersatu.

Tak kita bersama atau tidak, cinta ialah cinta.

Cinta letak di hati. Sedang hati yang bersih tidak mengotorkan cinta dengan benci atau dengki.

Barangkali berana patah hati, HAMKA kemudian dijodohkan orang tuanya dengan Siti Raham.

Kisah cinta mereka dimulai pada 5 April 1929. Kala itu, Siti Raham berusia 15 tahun. Sedangkan Buya Hamka berumur 21 tahun. Bagi mengumpul duit kahwin, HAMKA menulis roman berbahasa Minang berjudul “Si Sabariyah”. Buku itu dicetak tiga kali. Dari royalti buku itulah Buya membiayai pernikahannya.

Boleh jadi kerana pengalamannya sendiri yang pernah patah hati, HAMKA begitu menjiwai ketika menulisan adikaryanya; Tenggelamnya Kapal Van DerWick dan Di Bawah Lindungan Kaabah. Kedua-dua fiksyen ini diekspresikan daripada latar sebenar. Cerita rekayasa adakala untuk mengungkap realiti yang dibungkam adat.

Kadang-kala, adat yang menyusahkan dan tidak bersandarkan agama, menyiksa dua hati yang ikhlas saling cinta mencintai. Begitulah penderitaan Zainuddin & Hayati, Hamid dan Zainab. Karya ini ialah kritakan sosial terhadap adat yang nihil belas kemanusiaan. Memang begitulah manusia yang jahil agama, memandang kekayaan harta lebih daripada kekayaan jiwa. Memandang penyempurnaan adat, lebih penting daripada menyempurnakan agama.

Perhatikan dialog-dialog daripada dua karya ini:

DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH

“Sampai kapan pun emas tak kan setara dengan loyang, dan sutra tak sebangsa dengan benang.” (Emak Hamid)

“Saya hanya bisa mengatakan.. bahwa apa yang saya rasakan untuk Zainab terlalu besar dibandingkan dengan kesedihan ketika saya difitnah dan diusir dari kampung ini…”, kata Hamid saat ditanya oleh seorang ulama di kampungnya.

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK

Zainuddin: Maaf? Kau regas segenap pucuk pengharapanku. Kau patahkan. Kau minta maaf..

Hayati: Sudah hilangkah tentang kita dari hatimu? Janganlah kau jatuhkan hukuman, kasihanilah perempuan yang ditimpa musibah berganti-ganti ini.

Zainuddin: Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya.

Zainuddin: Bukankah kau yang telah berjanji ketika saya diusir oleh Ninik Mamakmu karena saya asalnya tidak tentu, orang hina, tidak tulen Minangkabau, ketika itu kau antarkan saya di simpang jalan, kau berjanji akan menunggu kedatanganku berapapun lamanya, tapi kemudian kau berpaling ke yang lebih gagah kaya raya, berbangsa, beradat, berlembaga, berketurunan, kau kawin dengan dia. Kau sendiri yang bilang padaku bahwa pernikahan itu bukan terpaksa oleh paksaan orang lain tetapi pilihan hati kau sendiri. Hampir saya mati menanggung cinta Hayati.. 2 bulan lamanya saya tergeletak di tempat tidur, kau jenguk saya dalam sakitku, menunjukkan bahwa tangan kau telah berinang, bahwa kau telah jadi kepunyaan orang lain. Siapakah di antara kita yang kejam Hayati?

Zainuddin: Kau pilih kehidupan yang lebih senang, mentereng, cukup uang, berenang di dalam emas, bersayap uang kertas. Siapakah di antara kita yang kejam Hayati? Siapa yang telah menghalangi seorang anak muda yang bercita-cita tinggi menambah pengetahuan tetapi akhirnya terbuang jauh ke Tanah Jawa ini, hilang kampung dan halamannya sehingga dia menjadi anak yang tertawa di muka ini tetapi menangis di belakang layar. Tidak Hayati, saya tidak kejam. Saya hanya menuruti katamu. Bukankah kau yang meminta dalam suratmu supaya cinta kita itu dihilangkan dan dilupakan saja, diganti dengan persahabatan yang kekal. Permintaan itulah yang saya pegang teguh sekarang. Kau bukan kecintaanku, bukan tunanganku, bukan istriku. Tetapi janda dari orang lain. Maka itu secara seorang sahabat, bahkan secara seorang saudara saya akan kembali teguh memegang janjiku dalam persahabatan itu sebagaimana teguhku dahulu memegang cintaku. Itulah sebabnya dengan segenap ridho hati ini kau ku bawa tinggal di rumahku untuk menunggu suamimu, tetapi kemudian bukan dirinya yang kembali pulang, tapi surat cerai dan kabar yang mengerikan. Maka itu sebagai seorang sahabat pula kau akan ku lepas pulang ke kampungmu, ke tanah asalmu, tanah Minangkabau yang kaya raya, yang beradat, berlembaga, yang tak lapuk dihujan, tak lekang dipanas. Ongkos pulangmu akan saya beri. Demikian pula uang yang kau perlukan. Dan kalau saya masih hidup, sebelum kau mendapat suami lagi Insya Allah kehidupanmu selama di kampung akan saya bantu.

Hayati: Saya tidak akan pulang. Saya akan tetap di sini bersamamu. Biar saya kau hinakan. Biar saya kau pandang sebagai babu yang hina. Saya tak butuh uang berapa pun banyaknya. Saya butuh dekat dengan kau, Zainuddin. Saya butuh dekat dengan kau..

Zainuddin: Tidak. Pantang pisah berbuah dua kali. Pantang pemuda makan sisa. Kau mesti pulang kembali ke kampungmu. Biarkan saya dalam keadaan begini. Jangan mau ditumpang hidup saya.

Quote Patah Hati

Kata-kata Beau Talpin

“The last moments of love are an awful

lot like the end of a life. Your chest

grows tight, every memory flashes

before your eyes, and the world around

you dims and wanes as you fight

desperately to keep a dying thing alive.

But peace comes eventually. When

it does, let go. Walk toward the light.”

 

“And that’s the difficult part, she said.

The traits you find most beautiful

about the people you love become the

things that are most painful to see after

they’re gone.

Even something as sweet as a smile

can do an awful lot of damage when it

comes from the person you yearn for.”

 

“I used to believe that the only sensible

way to cope with the end of a love was

to sever ties and move on, but I see

now that true connection is rare, and

to be understood by somebody is much

too precious a thing to lose.

So, however hard or much it hurts,

I am standing by you.”

 

“I sense that I am slowly letting go.

That I’m growing less in love with

you every single day.

I think that’s the most difficult

thing about losing someone you’ve

loved—the way you feel never really

dies all at once.

All you can do is wait and watch

it fade away one day at a time.”

 

“Perhaps the two of us

had become so good at leaving,

once we had found something

worth keeping,

we did not know

how to stay.”

 

“Once someone has let you go emotionally, it’s over, no matter how

tightly or desperately you commit to hang on.

Better to release yourself from the relationship with your dignity

intact than fight a losing battle and risk lasting damage to your heart.”

 

“It is a frightening thought,

that in one fraction of a moment

you can fall in the kind of love,

that takes a lifetime to get over.”

 

“That’s what’s so damn difficult

about making the decision to leave.

Whether it’s the right or wrong call

the hurt’s just the same.”

 

“The sorry thing about loss is it’s not the pain that beats me but the fear

the pain will pass. That sooner or later I will pull myself together and

move on. That’s the killing blow. To know that someday, no matter

how hard I fight it, I will forget how it felt to love you.”

 

“Goodbyes take a great deal of courage, but what takes even more is the

hello that comes next. To cast your aversions aside despite all you have

suffered and take a chance on somebody new. To risk it all again

because you see that human connection is precious and rare and always

worth the risk.”

 

“One day, whether you

are 14,

28,

or 65,

you will stumble upon

someone who will start

a fire in you that cannot die.

However, the saddest,

most awful truth

you will ever come to find,

is they are not always

with whom we spend our lives.”

 

“My primary hope in sharing them with you now is to

show that we all experience feelings of passion, powerlessness,

confusion, and loss, and they are not something we should ever attempt

to escape or avoid. Love is supposed to have sharp edges, it is

supposed to be messy and unsensible, and if you go your whole life

trying to keep your heart out of harm’s way, you miss out on all of

love’s magic.”

 

Kata-kata Mitch Albom

“Lost love is still love. It takes a different form, that’s all. You can’t see their smile or bring them food or tousle their hair or move them around a dance floor. But when those senses weaken another heightens. Memory. Memory becomes your partner. You nurture it. You hold it. You dance with it.”

“Have you ever lost someone you love and wanted one more conversation, one more chance to make up for the time when you thought they would be here forever? If so, then you know you can go your whole life collecting days, and none will outweigh the one you wish you had back.”

“Don’t let go too soon, but don’t hold on too long.”

 

Kata-kata Tere Liye

“Kau tahu, hakikat cinta adalah melepaskan. Semakin sejati ia, semakin tulus kau melepaskannya. Percayalah, jika memang itu cinta sejati kau, tidak peduli aral melintang, ia akan kembali sendiri padamu. Banyak sekali pecinta di dunia ini yang melupakan kebijaksanaan sesederhana itu. Malah sebaliknya, berbual bilang cinta, namun dia menggenggamnya erat-erat.”

“Kita tidak akan pernah mendapatkan sesuatu jika kita terlalu menginginkannya. Kita tidak akan pernah mengerti hakikat memiliki, jika kita terlalu ingin memilikinya.”

“Lepaskanlah. Maka esok lusa, jika dia adalah cinta sejatimu, dia pasti akan kembali dengan cara mengagumkan. Ada saja takdir hebat yang tercipta untuk kita. Jika dia tidak kembali, maka sederhana jadinya, itu bukan cinta sejatimu.”

“Daun yang jatuh tak pernah membenci angin, dia membiarkan dirinya jatuh begitu saja. Tak melawan, mengikhlaskan semuanya. Bahawa hidup harus menerima, penerimaan yang indah. Bahawa hidup harus mengerti, pengertian yang benar. Bahawa hidup harus memahami, pemahaman yang tulus.”

Kata-kata HAMKA

“Saya berkata kepada diriku: Kalau engkau membunuh diri kerana tidak tahan dengan penderitaan batin ini, mereka yang menganiaya itu nescaya akan menyusun pula berita indah mengenai kematianmu. Maka hancurlah nama yang telah engkau modali dengan segala penderitaan, keringat dan air mata sejak berpuluh tahun.”

“Jangan takut jatuh, karena yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, karena yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, karena dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.”

“Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan.”

“Apakah keuntungan dan bahagianya cinta yang tiada berpengharapan?

Bukankah cinta itu sudah satu keuntungan dan pengharapan?”

Kata-kata Chairil Anwar

TAK SEPADAN

II

Aku kira:

Beginilah nanti jadinya

Kau kawin, beranak dan berbahagia

Sedang aku mengembara serupa Ahasveros.

Dikutuk-sumpahi Eros

Aku merangkaki dinding buta

Tak satu juga pintu terbuka.

Jadi baik juga kita padami

Unggunan api ini

Karena kau tidak ‘kan apa-apa

Aku terpanggang tinggal rangka.

(Februari 1943)

 

Kata-kata Zaki Sapuan

“Pertemuan, ialah perpisahan yang dijanjikan.”

“Tiada lagi lazuardi

Di dada langit hitam mati.

 

Ketika gerimis menyelimuti malam

Kau tenggelam dilemaskan

Kenangan

 

Begitu taruhan cinta sepenuh hati

Yang paling bisa

Membuatmu bahagia

Membuatmu derita

Rawan menyayat-nyayat mimpi.

 

Idealisme dan falsafah

Terbungkam kata bagaikan mayat

Hilang suara di hadapan

Serigala bertaring runcing

Dengan nama kerinduan

Dan kenyataan merinding

 

Di bawah enam puluh purnama

Sederita apa menanti malam

Tak kunjung fajar?”

(Gelita Enam Puluh Purnama. Zaki Sapuan)

Allegori Sang Rama-rama

Dikisahkan, ada seorang budak terjumpa kepompong kecil.

Kepompong itu sama seperti kepompong yang lain. Warna coklat. Tekstur kasar. Kecil dan fragile. Ia melekat pada sehelai daun dari pokok kecil. Dipayungi oleh pohon-pohon redup merimbun.

Budak itu tahu yang kepompong ini akan muncul menjadi rama-rama yang cantik.

Justeru, dia memindahkan pokok kecil itu ke kediamannya yang berdekatan. Dia mahu membina taman supaya nantinya rama-rama yang muncul akan ceria berterbangan. Budak itu tidaklah berbakat dalam berkebun. Dulu pernah dia memanam pokok jagung dengan harapan tumbuh bugar. Setelah disiram berkali-kali ia tak tumbuh jua. Budak itu telah berputus asa dari menggembur tanah lagi sehinggalah dia menemui sang kepompong. Budak itu mula menyingsing lengan, memakai topi berkebun dan mengangkat cangkul. Hari demi hari, kebun yang dikerjakan budak itu semakin menjadi. Kali ini, buat pertama kali, bunga-bunga mula tumbuh hasil tangannya sendiri. Tiba-tiba kerana sayang kepada kepompong yang mau dimunculkan sebagai rama-rama tercantik, dia pandai berkebun.

Budak itu menempatkan kepompong itu di tengah-tengah taman.

Setiap hari, budak itu akan bercakap-cakap dengan kepompong.  Bertanya khabarlah. Berpenglipurlaralah. Berbasa-basilah. Oh, rupanya kepompong itu juga bisa berkata-kata!

Mereka berbicara banyak cerita. Tentang kepompong yang dahulunya adalah ulat beluncas, kepompong itu bertanya kepada budak, “maukah kamu menerima aku, yang dulunya cuma ulat?”. Budak itu mengangguk-angguk kepala bersama seberkas sinaran mata. Tentang taman yang mahu dilawati kepompong bila sudah menjadi rama-rama, “mahukah kamu membawa aku ke sana?”. Budak itu malahan mengangkat pasu pokok kecil yang didiami kepompong, membawanya mengelilingi taman yang sekian lama disiram dan dijaga. Bilang budak itu, “Bisa saja, aku bahkan membina taman yang tercantik untuk kamu. Iya, aku akan membawamu ke mana saja, tapi akhirnya kamu akan menyedari yang paling indah ialah taman yang telah aku bina untukmu sendiri. Yang dekat denganku.” Tentang apa yang kepompong suka dan tidak suka, kisah lampau dan harapan esok, kepompong itu menumpahkan semua kepada budak itu. Masa seakan terhenti tiap kali mereka bersama.

Satu hari, kepompong meminta budak itu untuk tidak menemuinya setiap hari. Katanya, ia untuk kebaikan yang lebih besar. Budak itu akur. Ada juga sesekali budak itu tak tertahan rindu terlepas menemui sang kepompong. Kepompong menasihati dan budak itu mendengarnya. Belajar menjaga jarak.

Budak itu selalu risaukan kepompongnya.

Dia mendengar, ada kepompong di taman lain yang telah dibakar kanak-kanak nakal. Ada yang diragut haiwan. Ada yang jatuh dihempas hujan. Ada yang hilang tidak dikesan.

Jadi, budak itu sering menjenguk-jenguk kepompong itu tanpa izin.

‘Terlupa, kutub yang ekstrim selalu membinasakan.’

Setiap kali waktu mereka bertemu, budak itu menggunting sedikit kulit keras kepompong. Fikirnya, supaya rama-rama lebih segera muncul.

“Jangan, jangan gunting lagi”. Pesan sang kepompong

Sayangnya, budak itu tidak mendengarkan teguran kepompong. Dia terlalu menginginkan, mau membawa rama-rama bergembira di taman yang telah dijaga untuknya saja.

Mereka bertemu 2 minggu sekali. Dan setiap kali itu juga, budak itu menggunting sedikit kulit keras kepompong. Dia terlalu kangen.

Budak itu terlalu menyayangi.

‘Terlupa yang ‘terlalu’ itu selalu meremuk redamkan.’

Budak itu menjaga amanat kepompong yang mahu bertemu cuma sekali selama 2 minggu. Sayangnya dia terlupakan apa yang patut dijaga setiap kali bertemu.

Sehinggakan suatu hari yang bergerimis. Budak itu menemui sesuatu yang menelantarkan perasaan. Meruntunkan jiwa yang terlalu muda.

Seekor rama-rama yang merangkak dengan sayap yang koyak.

Budak itu menumpahkan air matanya. Dia berbuat sedaya upaya cuba menyelamatkan kepompong yang telah muncul sebagai rama-rama itu. Dia mengangkat rama-rama itu ke meja. Meletakkan sisa roti dan apa saja makanan yang dirasakan bisa menguatkan rama-rama. Budak itu terlupa, rama-rama tidak makan sepertinya.

“Sudah aku ingatkan, jangan menggunting kulit kepompong setiap kali kita bertemu”.

Kalimah terakhir rama-rama yang telah muncul sebelum tiba masanya dari kepompong itu terlalu menyedihkan. Budak itu terlalu bodoh. Terlalu careless.

“I know sorry is not enough. But I’m sorry for what I had done.” Ratap budak itu menyesal.

“Saya minta maaf. Saya minta maaf untuk semua salah-salah saya.” Sedu sedan budak itu sambil cuba menyeka air mata yang tidak cukup ditahan oleh dua tangannya yang kecil.

‘Terlupa, setiap sesuatu ada masanya. Dan sesuatu yang belum tiba masanya akan merosakkan.’

Budak itu merenung tangannya sendiri. Rama-rama perlukan kulit kepompong yang sempurna supaya apabila mau muncul ke dunia, dia terlatih kuat bertenaga. Budak itu sedar dia telah melakukan kesilapan fatal; dia telah menggunting kulit kepompong setiap kali mereka bertemu, gara-gara mau segera melihat muncul rama-rama.

Dia telah merosakkan yang paling disayanginya dengan tangannya sendiri.

Budak itu terlalu malu pada rama-rama

dan marah pada dirinya sendiri.

Muda & tergesa-gesa. Memang cinta hangat di usia muda. Cinta tidak semudah kata-kata. Orang muda sering melupakan lumrah dunia. Ternyata cinta letaknya di perasaan dan perasaan sifatnya begitu fragile. Yang mengikat pasangan ialah perasaan. Adab & akhlak ialah pengikat perasaan. Seringkali perpisahan terjadi bila berubah perasaan. Kerana inilah pekerti yang halus begitu penting bagi memastikan kasih abadi ke akhir hayat. Akhlak yang mulia membuatkan cinta awer muda.

Hikmah

Luka,

ialah lubang tembus cahaya

(Mevlana Rumi)

Perpisahan ialah rencah kehidupan.

Ia membuktikan bahawa dunia ini akan fana’. Ia menyatakan bahawa tiada apa pun yang akan abadi. Nak atau tak nak, kita semua akan pergi. Memang fitrah manusia merasa lemah bila terpaksa melepaskan apa yang disayangi. Bila ketentuan terjadi, contohilah lelaki perempuan besi.

Salman al-Farisi diuji dengan cinta yang diambil orang.

Hati yang bersih tidak menyimpan dendam atau hasad. Ia mengerti jodoh sudah ditentukan sejak azali. Hati tak boleh dipaksa-paksa. Bila sudah masa untuk pergi, jangan lagi menoleh belakang. Fight like a man, leave like a man. Ikhlaskan sepenuh hati.

Cut Nyak Dhien diuji dengan terkorbannya cinta di medan juang.

Hati yang kuat tidak reti tunduk pada kesedihan. Memang air mata mengalir, namun langkah kaki tidak sekali-kali mungkir. Ia mengerti, meski suami telah pergi, semangat jihadnya masih di sisi. Begitulah cinta menjadi abadi, sebagai inspirasi di urat nadi.

Rabiatul Adawiyah diuji dengan kehilangan cinta hati.

Hati yang jujur dalam mencintai seringkali menyampaikan manusia kepada Tuhan. Bagaimana tidak, bukankah cinta adalah dari Tuhan yang Maha Penyayang. Meski cinta kepada manusia tidak kekal ke akhir usia, ternyata ia memimpin Rabia memeluk Tuhannya. Biarlah cinta itu jujur dan ikhlas, ia kan tulus sampai ke arasy.

HAMKA diuji dengan cinta yang tidak kesampaian.

Hati yang benar tidak takut berjuang. Ya. Mencintai bererti rela menanggung kecewa jika hubungan tidak menjadi. Meski, ia jauh lebih baik daripada tidak sanggup berjuang menghalalkan hubungan. Akhirnya, sama ada bersama atau tidak, cinta yang tulus kelak menjadikan manusia lebih matang. Ada kala seluruh dunia mendatang, tapi jika sudah jodoh, cinta pasti menang.

Meskipun pernah patah hati, jangan gentar untuk bercinta lagi.

Biar tulus ikhlas.

Moga-moga tak kira menetap atau pergi, mengembalikan kita kepada Ilahi.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” (HR Imam Tirmizi)

“Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). ” (Hadis Qudsi. HR Imam Bukhari)

Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka  dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.” (HR Muslim)

Rujukan

  1. Kisah Salman al-Farisi. Muhammad Xenohikari.
  2. Beau Talpin.
  3. Worlds of love. Beau Talpin.
  4. https://www.google.com/amp/s/m.republika.co.id/amp_version/p8cqq7393
  5. http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/serikandi-serikandi-keturunan-bendahara.html
  6. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Cut_Nyak_Dhien
  7. http://bahagiakuredhamu.blogspot.com/2011/07/mutiara-hadis-sabar-menempuh-ujian.html?m=1

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Comments are closed.