Tidak lama dahulu, mendiang Prof Emeritus Khoo Kay Khim pernah memberi amaran akan ada cubaan oleh pihak tertentu untuk mengubah sejarah negara. Cubaan ini dibuat bukan saja untuk mengukuhkan kepentingan mereka tetapi sebagai cubaan mengalih perhatian orang ramai daripada melihat kebobrokan mereka. Dan hari ini, ia cuba direalisasikan biarpun ditentang ramai.

  1. Masyarakat Cina mengangkat Yap Ah Loy sebagai tokoh yang memajukan Kuala Lumpur. Tetapi apakah mereka tahu sebelum beliau bergelar Kapitan Cina Kuala Lumpur, Ah Loy datang ke situ dari Lukut pada tahun 1862 dalam keadaan sehelai sepinggang untuk bekerja dengan Kapitan Cina Kuala Lumpur yang kedua, Liu Ngim Kong?
  2. Tak ramai tahu Ah Loy sudah berputus asa dengan situasi dirinya semasa berada di Tanah Melayu dan berhasrat untuk pulang ke kampung halaman di China. Semasa dalam perjalanan pulang, beliau memilih meja judi sebagai cara mendapatkan sedikit wang dan menunjukkan dirinya bukan seorang yang gagal. Tetapi impiannya musnah sama sekali di meja judi. Enggan pulang ke kampung dalam keadaan gagal, Ah Loy memilih mencuba sekali lagi. Itu yang kemudiannya mendorong beliau berhijrah ke Lukut.
  3. Ada kelompok yang tak tahu malu mendakwa Ah Loy bertanggungjawab membangunkan Kuala Lumpur termasuk membina Masjid Jamek. Amboi, jauh betul dakwaannya! Padahal semasa beliau datang ke Kuala Lumpur, semua ciri petempatan Melayu sudah wujud termasuk masjid dan kawasan perkampungan Melayu seperti Kampung Jawa.
  4. Masjid Jamek yang tersergam indah antara Sungai Klang dan Sungai Gombak, tidak ramai tahu batu asas pembinaannya diletakkan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Alauddin Sulaiman Shah pada 23 Mac 1908. Kos pembinaan berjumlah $32,625 dengan sebahagian besar kos pembinaan ditanggung oleh orang Melayu dan sumbangan kerajaan kolonial British. Manakala arkitek Arthur Benison Hubback bertanggungjawab mereka masjid berkenaan berdasarkan reka bentuk masjid Mogul yang wujud di India.
  5. Tak ramai orang tahu, semasa Ah Loy diangkat sebagai Kapitan Cina Kuala Lumpur pada tahun 1869 dengan perkenan Sultan Abdul Samad, apakah pakaian yang dipilih untuk majlis berkenaan? Pakaian tradisi orang Melayu termasuk tanjak walaupun pengisytiharan dibuat dalam Bahasa Tionghua! Malah semasa majlis perlantikan, pemimpin-pemimpin Melayu juga dijemput hadir seperti Raja Mahadi, Sutan Puasa dan Raja Asal. Hanya selepas tamat P3rang Klang dan perlantikan semula dirinya sebagai Kapitan Cina, barulah Ah Loy memilih pakaian tradisi Cina.
  6. Ramai orang dakwa Ah Loy menguasai kebanyakan tanah di Kuala Lumpur. Ah, itu mengarut nak mampus! Bila Sultan Abdul Samad melantiknya sebagai Kapitan Cina pada tahun 1869, kawasan yang dikawalnya bermula dari kawasan bandaraya Kuala Lumpur hari ini hingga ke Pudu. Manakala selebihnya dari Penjara Pudu hingga Ampang merupakan kawasan orang Melayu yang ditadbir Penghulu Abdullah Hukum.
  7. Puak-puak ini terlupa Ah Loy dan musuhnya Chong Chong bertanggungjawab terhadap krisis yang berlaku di Selangor seperti P3rang Klang dan Pembvnvhan Beramai-ramai Kanching (kini Selayang). Dan tujuan mereka bergabung dengan protagonis P3rang Klang seperti Raja Mahadi dan Tunku Kudin pun hanya bermatlamatkan satu perkara: mengh4puskan siapa yang dianggap halangan kepada kekuasaan sebagai Kapitan Cina di Kuala Lumpur dan Selangor. Itu yang kemudiannya menjadikan Ah Loy sebagai antara Kapitan Cina paling berkuasa di Kuala Lumpur selepas tahun 1873.
  8. Masih ada yang mendakwa orang Melayu tidak mahir dari segi pembinaan terutama jambatan. Ramai betul yang ambil ketum. Hakikatnya, orang Melayu amat mahir dalam aspek pembinaan dan ini banyak direkodkan dalam sejarah kesultanan-kesultanan Melayu di Nusantara termasuk Kesultanan Melayu Melaka. Malah, semasa serangan Portugal ke atas Melaka pada tahun 1511, mereka mengakui pembinaan jambatan yang merentasi Sungai Melaka sememangnya kukuh. Penawanan jambatan hanya berjaya direalisasikan dengan bantuan saudagar-saudagar China.
  9. Realitinya, Kuala Lumpur sudah lama dibuka dan diusahakan oleh orang-orang Melayu. Orang Cina hanya bertumpu ke situ selepas aktiviti perlombongan bijih timah giat dijalankan di situ. Dan ini satu lagi fakta, Kuala Lumpur hanyalah sebuah perkampungan kecil Melayu dengan laluan menerusi Bukit Bluff (kini Bukit Aman) menuju ke perkampungan-perkampungan Melayu lain di Damansara.

Sudah-sudahlah menyelewengkan sejarah. Kami makin celik. Kami mahukan sejarah negara dikekalkan dan dipelihara!

RUJUKAN:

  1. Iszahanid, Hafizah. (2017). Sutan Puasa pembuka Kuala Lumpur. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/node/258798
  2. Faruqi Sidek, Harith. (2012). Yap Ah Loy, Raja Laut, Thamboosamy Pillai dan Loke Yew : Tokoh di sebalik nama Jalan. Kitab Tawarikh 2.0. https://harithsidek.blogspot.com/2012/12/yap-ah-loy-raja-laut-thaboosamy-pillai.html
  3. Pekhabar. (2015). Penawanan Jambatan Bandar Melaka Oleh Portugis. https://pekhabar.com/h-i-d-s-penawanan-jambatan-yang-menghubung-kedua-dua-bahagian-bandar-melaka-oleh-albuquerque/

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.