“Musuh kepada musuhku adalah sekutuku.”- Gabriel Manigault

Seperti yang kita tahu, Nazi Jerman merupakan rejim yang amat rasis terhadap orang Yahudi sehinggakan 6 juta orang Yahudi dibu.nu.h kejam oleh Hitler. Tetapi ada satu organisasi militan Zionis yang melawan arus. Lehi ditubuhkan oleh seorang individu bernama Avraham Stern. Stern pada asalnya merupakan ahli militan Zionis dari Irgun tetapi membuat keputusan untuk berpecah dari organisasi tersebut atas dasar mahu melawan British untuk menubuhkan Israel Raya. Lehi ditubuhkan oleh seorang individu bernama Avraham Stern. Stern pada asalnya merupakan ahli militan Zionis dari Irgun tetapi membuat keputusan untuk berpecah dari organisasi tersebut atas dasar mahu melawan British untuk menubuhkan Israel Raya.

Avraham Stern menentang sekeras kerasnya dasar British yang mahu memaksa orang Yahudi menyertai Tentera British semasa Pe.ran.g Dunia Kedua dan terlalu terdesak untuk mencari sekutu bagi menghalau British dari tanah suci Palestin. Stern menganggap bahawa British adalah penjajah yang mengganggu gugat visinya yang menubuhkan Israel Raya dan wajib dihalaukan segera dari tanah Palestin.

Stern sedar akan polisi Anti-semitik Hitler tetapi dia mahu menggunakan Hitler untuk merealisasikan impiannya yang mahu menubuhkan Israel Raya dengan prinsip prinsip ethnonasionalisme Yahudi Zionis. Pada 1941, warga Yahudi di Palestin masih lagi tidak sedar akan “Solusi terakhir” yang dilakukan oleh Adolf Hitler tetapi mereka sedar akan diskriminasi yang dihadapi oleh warga Yahudi di Jerman. Jadi Stern cuba meyakinkan Kerajaan Jerman untuk menghantar semua Yahudi ke Palestin. Stern mahu semua Yahudi di Nazi Jerman datang berhijrah ke Palestin beramai ramai dan akan melatih serta melengkapi 40,000 orang Yahudi dengan harapan dapat merekrut orang Yahudi segera dan menghalau British dari tanah Palestin. Namun, cadangan Stern agak tidak masuk akal.

Stern menghantar cadangan kepada Kerajaan Fasis Itali dan kepada Kerajaan Nazi Jerman. Tetapi seperti yang kita tahu tentang fahaman Nazi dan Fasisme yang begitu Anti-Semitik, cadangan Stern ditolak terus oleh Kerajaan Nazi Jerman dan Itali. Kesilapan terbesar Stern adalah gagal dalam menilai betapa kejamnya Hitler terhadap orang Yahudi dan terlalu mendesak untuk sekutu dengan Nazi Jerman kerana pada ketika itu Stern beranggap bahawa Nazi Jerman akan menjadi hegemoni dunia yang baharu tetapi anggapan Stern salah.

Stern mahu menggunakan Nazi Jerman sebagai sekutu untuk menghalau kehadiran Tentera British di Palestin dan Timur tengah secara keseluruhannya tetapi seperti yang kita tahu pihak Nazi Jerman sudah mempunyai sekutu proksinya sendiri di Timur Tengah iaitu “Jaysh bilād al-ʿarab al-ḥurraẗ ” (Free Arab Legion)  diketuai oleh Rashid Al-Gaylani yang mahu melakukan kudeta rampasan kuasa terhadap Kerajaan Putera ‘Abd al-Illah yang merupakan Pro-British dan pakatan diantara Mufti Besar Baitulmuqaddis iaitu Amin Al-Husseini dan Hitler juga merupakan salah satu faktor mengapa cadangan Stern gagal dilaksanakan selain daripada faktor yang jelas seperti polisi Hitler yang amat anti-semitik terhadap Bangsa Yahudi itu sendiri.

Pada Februari 1942, pertempuran diantara militan Lehi dan pihak British semakin memuncak . Pihak British melakukan operasi besar besaran dengan menahan semua anggota militan Lehi. Akhirnya pada 12 Februari 1942, Stern ditangkap dan dibu.n.uh pasukan C.I.D British sewaktu digari.

Banyak pengikut Stern bersembunyi, lalu mereka melakukan operasi bawah tanah secara gerila untuk melawan British malah melakukan operasi jenayah seperti menculik orang Yahudi kaya untuk menyara kehidupan mereka dan melakukan rompakan bank serta pengeboman terhadap orang Arab. Lehi bertahan sehinggalah 1948 apabila organisasi tersebut diserap ke dalam Pasukan Pertahanan Israel (IDF). Pemb.unu.han beramai-ramai yang dilakukan oleh Lehi terhadap penduduk Deir Yassin merupakan pemangkin kpd Jordan untuk menyerang Israel, maka bermulalah Pe.rang Arab-Israel 1948.

RUJUKAN:

1. https://jewishvirtuallibrary.org/lo-x1e25-amei-x1e24-erut-israel

2. Y. Bauer, Diplomacy and Resistance (1970).

3. H. Joseph. The Stern Gang: Ideology, Politics and Terror, 1940-1949

Artikel oleh Fikrie H. Othman untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.