Lebuhraya Karak merupakan satu-satunya lebuhraya yang menghubungkan Lembah Klang ke Pantai Timur. Tiap-tiap kali musim perayaan atau cuti sekolah, lebuhraya ini seringkali mengalami kesesakan trafik yang begitu teruk sehingga membuatkan pengguna jalanraya tersangkut selama berjam-jam. Bagi pengguna yang berhati kering, mereka sering menggunakan Jalan Lama Karak sebagai laluan alternatif untuk tiba ke destinasi.

Lebuhraya Karak ketika waktu puncak

Di sebalik kemeriahan Lebuhraya Karak ini, terdapat juga kisah-kisah misteri yang melanda yang sering menghantui para pengguna sejak beberapa puluh tahun dulu. Antara kisah misteri yang menjadi igauan buat para pengguna lebuhraya ini ialah berkaitan misteri Volkswagen Kuning.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Terdapat juga cerita yang mengatakan hantu Volkswagen Kuning ini muncul di Lebuhraya Utara-Selatan, mungkin menggunakan teleport.  Namun, apa yang pasti, asal muasal dan cara ia menghantui sememangnya sama.

Menurut legenda, kisah Hantu Volkswagen Kuning ini dipercayai muncul sejak 1956. Kononnya, sepasang suami isteri telah bertengkar kerana isterinya telah berlaku curang dan kemudian suaminya dib.un.uh. Si isteri kemudian bertindak untuk merampas kereta Volkswagen Kuning milik suaminya itu dan tidak lama kemudian, sang isteri pula ditimpa ke.malangan.

Gambar Volkswagen Kuning yang sempat ditangkap oleh seorang pengguna.

Sejak itu, kelibat Hantu Volkswagen Kuning ini seringkali menjadi buah mulut pengguna jalan raya. Kebiasaannya,  Hantu Volkswagen Kuning ini muncul menggunakan kereta Volkswagen Beetle berwarna kuning dan dipandu sendiri. ( Nampaknya, hantu ni lagi advance dari kereta Tesla).

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Hantu Volkswagen Kuning ini akan muncul di belakang kereta dan diberi lampu tinggi. Kemudian,  Volkswagen Kuning tersebut akan memotong kenderaan kita dan meluncur dengan laju. Beberapa minit kemudian, sebuah Volkswagen Kuning yang sama muncul dari belakang dan akan memotong sekali lagi. Seterusnya, ia tiba tiba muncul dari arah bertentangan sehingga membuatan mereka yang diganggu itu sering ditimpa ke.malangan.

Kisah Hantu Volkswagen ini terus menghantui pengguna lebuh raya sehinggalah akhir 90an. Mungkin kerana, terlalu banyak kereta, hantu ini tidak muncul lagi. Kisah Hantu Volkswagen Kuning ini antara lagenda misteri yang menjadi salah satu rencam masyarakat di Malaysia.  Kisah Hantu Volkswagen ini pernah ke layar perak dan dilakonkan oleh Pekin Ibrahim.

Volkswagen Kuning yang menjadi subjek sebuah filem tempatan

Apa-apa pun, Hantu Volkswagen Kuning ini mungkin sebagai jelmaan syaitan yang cuba menyesatkan manusia. Oleh itu, bagi sesiapa yang biasa menggunakan lebuh raya, pandu cermat, jiwa selamat atau Hantu Volkswagen akan mengingatkan anda.

RUJUKAN:

Ramli, M. M. (2015, December 17). Tiada kesudahan misteri Volkswagen kuning di Karak. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/12/106075/tiada-kesudahan-misteri-volkswagen-kuning-di-karak.

Syam, B., & Fareez. (2018, October 6). MISTERI MENORA – Jadi Bualan Pengguna Lebuhraya. Suara Perak. https://www.suaraperak.my/misteri-menora-jadi-bualan-pengguna-lebuhraya/.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.