Di India, terdapat satu legenda tentang sebuah pertubuhan rahsia yang kononnya menyimpan bermacam-macam pengetahuan yang kononnya mampu mengh4ncvrkan dunia. Pertubuhan yang dikenali sebagai Sembilan Lelaki Misteri ini dipercayai ditubuhkan lebih 2000 tahun yang lalu dan berperanan mencatur hal-ehwal politik dan sosial kerajaan. Namun, benarkah pertubuhan ini wujud atau ia hanya sekadar satu dongengan?

Menurut legenda, organisasi Sembilan Lelaki Misteri dibentuk sekitar tahun 225 Sebelum Masehi oleh Maharaja Ashoka. Sebagai cucu kepada Chandragupta, maharaja agung yang menyatukan sub-benua India dan pengasas Empayar Maurya, Ashoka bertekad mahu mengekalkan legasi datuknya.

Ketika itu pula, kerajaan Kalinga bangkit men3nt4ng pemerintahan Ashoka sekali gus mendorong berlakunya p3r4ng besar-besaran. Dalam p3p3rangan tersebut, pasukan tentera Ashoka dicatatkan membvnvh lebih 100,000 orang dan menangkap lebih 150,000 yang lain. Kedahsyatan k0rb4n p3r4ng ini membuatkan Ashoka bersumpah untuk tidak lagi menggunakan jalan kekerasan.

Relif India yang dipercayai menggambarkan Ashoka

Beliau kemudian memeluk agama Buddha dan berusaha menyebarkan ajaran itu ke seluruh India, yang seterusnya bertebaran hingga ke China, Nepal, Tibet, dan Monggolia. Walaupun Ashoka merupakan seorang vegetarian, beliau tidaklah memaksa rakyatnya untuk mengamalkan tabiat yang sama. Bahkan, beliau dikenali sebagai seorang tokoh yang sangat bertoleransi terhadap aliran-aliran agama lain dan satu-satunya larangan keras yang dibuatnya adalah berkenaan pengambilan arak.

Paling penting, beliau berpegang pada prinsip bahawa satu-satunya pen4klvkan sejati adalah dengan memenangi hati manusia menerusi jalan ketaatan dan memenuhi tanggungjawab insani kerana setiap makhluk berhak menikmati keamanan, ketenteraman, dan kebahagiaan. Prinsip ini dipegang teguh oleh Ashoka sehingga beliau berusaha menghindarkan rakyatnya dari menggunakan akal fikiran dan ilmu pengetahuan untuk tujuan kejahatan, khususnya p3p3rangan. Usaha mengumpul, memelihara, dan menyimpan segala ilmu pengetahuan sememangnya tidak dapat dilakukan oleh beliau sendirian. Justeru, Ashoka memanggil sembilan orang paling genius di India ketika itu lalu membentuk sebuah pertubuhan rahsia yang dikenali sebagai Sembilan Lelaki Misteri.


Perutusan Ashoka mewarwarkan perdamaian, ilustrasi dari karya Hutchinson berjudul Story of the Nations

Pertubuhan ini bertujuan mengumpulkan segala pengetahuan saintifik yang ada, bermula dari sains tabii hingga ke psikologi dan kimia. Lantaran khuatir ilmu-ilmu tersebut akan disalah guna jika berada di tangan masyarakat umum, maka hanya Sembilan Lelaki Misteri ini sahaja dibenarkan mempelajari dan mengembangkan sebarang teori dan teknologi saintifik.

Untuk memudahkan tugas, setiap seorang daripada mereka dipertanggungjawab ke atas satu bidang pengetahuan. Jika ada yang tidak lagi dapat menumpahkan khidmat – sama ada kerana mahu bersara, atau kesihatan menyusut, atau men!ngg4l dunia – maka tugas tersebut diserahkan kepada seorang pengganti terpilih. Bilangan anggota pertubuhan ini sentiasa dikekalkan sembilan orang; tidak berkurang dan tidak bertambah.

Pada tahun 1923, seorang penulis Inggeris bernama Talbot Mundy menerbitkan sebuah buku berjudul The Nine Unknown Men. Dalam buku tersebut, beliau menyenaraikan sembilan bidang keilmuan atau buku yang dipertanggungjawab ke atas setiap anggota pertubuhan rahsia itu.

1 – Propaganda: Buku pertama berbicara tentang teknik-teknik menyebarkan propaganda dan p3r4ng psikologi. Menurut Mundy, ia merupakan ilmu yang paling berbahaya kerana ia mampu mengacu pemikiran massa sekali gus membolehkan seseorang untuk mentadbir mereka.

2 – Fisiologi: Buku kedua menyentuh tentang fisiologi dan mengkaji cara membvnvh dengan hanya menyentuh mangsa, yakni mengacau aliran sarafnya. Kononnya, seni bela diri Judo terhasil daripada maklumat yang terbocor dari buku kedua ini.

3 – Mikrobiologi: Buku ketiga berkisar tentang mikrobiologi dan bioteknologi.

4 – Akimia: Buku keempat memerihalkan topik alkimia. Kononnya sewaktu berlaku musim kemarau yang panjang, kuil-kuil dan pertubuhan-pertubuhan keagamaan tempatan sering menerima bantuan emas dari pihak yang tidak dikenali.

5 – Komunikasi: Buku kelima mengkaji segala macam bentuk dan medium komunikasi, baik terrestrial mahupun esktraterrestrial.

6 – Graviti: Buku keenam menumpu pada penyelidikan graviti serta kaedah mencipta Vimana Veda (istana atau pedati terbang dalam mitos Hindu).

7 – Kosmogini: Buku ketujuh mengandungi ilmu kosmogoni dan segala hal-ehwal alam semesta.

8 – Cahaya: Buku kelapan secara khusus membicarakan tentang cahaya, termasuklah kelajuannya dan kaedah untuk menggunakannya sebagai s3nj4ta.

9 – Sosiologi: Buku kesembilan dan terakhir menyentuh perihal sosiologi, merangkumi hukum-hukum perkembangan masyarakat serta tanda-tanda kejatuhannya.

Bagaimanapun, kewujudan organisasi ini diragui dan tidak banyak maklumat yang dapat diketahui tentangnya. Kepopularitinya pula hanya muncul semula pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, menerusi karya beberapa orang penulis seperti Jacolliot, Talbot Mundy, Louis Pauwels, dan Jacques Bergier.

Namun, kesemuanya hanya dipenuhi dengan andaian dan persoalan semata-mata tanpa sebarang pembuktian yang munasabah. Apapun, legenda Sembilan Lelaki Misteri ini sedikit-sebanyak menggambarkan kepada kita betapa tamadun India juga tidak terlepas daripada mempunyai teori konspirasi ‘Illuminati’-nya yang tersendiri.

TERJEMAHAN:

Kerry Sullivan.  (25 September 2016). The Mysterious Secret Society of Ancient India and the Nine Unknown Men of Ashoka. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends-asia/mysterious-secret-society-ancient-india-and-nine-unknown-men-ashoka-006714


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.