Biasanya kita cuma dengar kisah puteri ni dekat Semenanjung je. Jangan risau sebab dekat Sabah pun ada juga kisah puteri ni. Tapi cerita dia unik sikit sebab si puteri kuat merajuk.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Legenda mengatakan ada seorang pemerintah di Lahad Datu iaitu Raja Wawigan Anum terlihat seorang puteri yang sangat jelita di kebun limau purut miliknya. Dah namapun lelaki, nampak perempuan cantik je terus terpikat.
Raja Wawigan pun tanya siapa perempuan tu dekat tukang kebun. Masalahnya tiada siapa yang kenal perempuan tersebut. Raja Wawigan pun arahkan panglimanya untuk tangkap perempuan tu.
Setelah ditangkap, perempuan tu minta dilepaskan. Dari situlah Raja Wawigan tahu nama perempuan tu adalah Puteri Saripu. Tunggu apa lagi, Raja Wawigan terus ajak Puteri Saripu berkahwin.
Puteri Saripu bersetuju tapi dengan syarat Raja Wawigan tak boleh marah-marah. Dengan pantas Raja Wawigan bersetuju.
Lelaki kan memang kuat lupa sikit. Sebab ada satu hari tu anak deme berdua terbaling guli emas dekat Raja Wawigan. Habis mengamuk Raja Wawigan dan segala macam carutan keluar.
Puteri Saripu yang terasa hati dengan herdikan Raja Wawigan terus melarikan diri ke kayangan bersama anaknya. Macam biasa lelaki kan, bila dah hilang baru pandai menghargai.
Banyak benda dah Raja Wawigan ni buat untuk naik ke kayangan. Antaranya adalah cuba hasilkan sayap daripada bulu burung untuk terbang dari puncak Gunung Kinabalu. Masih lagi gagal.
Nasib baiklah Raja Wawigan terserempak dengan garuda yang sedang cedera. Dia pun rawat garuda tu sampai sembuh. Bagi membalas jasa, garuda setuju nak bawak Raja Wawigan pergi ke kayangan.
Sampai dekat kayangan, mulalah sesi pujuk memujuk Puteri Saripu. Usaha Raja Wawigan berjaya dan Puteri Saripu setuju untuk menetap di bumi. Bahagialah mereka sehingga ke akhir hayat.
Senang cerita, perempuan ni dari zaman dulu memang suka merajuk. Tapi tak ramai lelaki yang mampu dan pandai pujuk macam Raja Wawigan ni.
Nak tahu lebih banyak tentang kisah-kisah legenda, baca je KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU. Cepat beli dekat https://bit.ly/KKTMShopee
Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply