Nama Huyen Tran menjadi lagenda dalam sejarah hubungan antara Kerajaan Melayu Champa dan Kerajaan Dai-Viet. Ada seribu satu kisah mengenai puteri raja Vietnam ini, dan menurut saya ianya sangatlah menarik untuk kita bincangkan mengenai puteri itu di sini.

Huyen Tran adalah seorang puteri raja yang digambarkan sangatlah cantik dalam sejarah Vietnam. Namun, oleh kerana soal masalah politik yang dipercayai kerana kerjasama Champa dan kerajaan Dai Viet untuk menentang kemaraan bala tentera Mongol dari Dinasti Yuan ke Indo-China, maka dia dikahwinkan dengan seorang raja Champa bernama Che Man atau nama sebenarnya Jaya Simhavarman III.

Puteri Huyen Tran adalah anak kepada seorang raja Vietnam yang bernama Tran Nhan Tong. Diceritakan bahawa ketika raja Vietnam ini singgah ke negara Champa, dia telah berjanji untuk serahkan anak perempuannya iaitu Puteri Huyen Tran. Namun, selepas itu Raja Tran Nhan Tong telah turun takhta kerana mahu mengabdikan diri sebagai seorang sami dan memberikan takhtanya kepada putera sulungnya.

Lain pula yang berlaku apabila putera sulung raja ini naik takhta dan dia menolak untuk menunaikan janji ayahandanya untuk mengahwinkan adik perempuannya dengan raja Champa itu. Namun oleh kerana raja Champa ini begitu teringinkan akan kejelitaan yang dimiliki oleh Huyen Tran, maka raja Champa ini menawarkan dua buah jajahan Champa kepada Dai Viet demi pertukaran dengan Puteri Huyen Tran. Maka oleh kerana tawaran itu terlalu hebat buat Raja Dai-Viet, maka si puteri ini pun terpaksa diserahkan kepada raja Champa ini.

Namun setahun kemudian, Raja Jaya Simhavarman pun mangkat. Mengikut tradisi Melayu Champa yang beragama Hindu ketika itu,puteri ini harus dimakam hidup-hidup bersama dengan mayat Raja Jaya Simhavarman sekali. Namun kali ini si puteri menolak dengan sekeras hatinya. Hatta sebesar zarah pun, tidak pernah lahir perasaan cintanya terhadap Raja Jaya Simhavarman. Masakan dia mahu dimakamkan bersama dengan Raja Jaya Simharvarman yang dia tidak pernah cintai dengan seikhlasnya. Ya, cinta itu bermaksud hidup semati dalam masyarakat Champa, tetapi dia tidak pernah merasa perasaan sebegitu pada si raja.

Maka Puteri Huyen Tran itupun mengirimkan surat secara rahsia kepada abangnya, iaitu Raja Tran Anh Tong, Maka, seorang jeneral perang Vietnam yang hebat bernama Tran Khac Chung dihantar ke Champa kononnya sebagai wakil kepada kerajaan Dai Viet untuk menghadiri majlis pengebumian raja Champa. Namun tugas jeneral perang ini sebenarnya adalah untuk membawa lari si puteri dari Champa.

Diceritakan bahawa jeneral perang ini berjaya melarikan puteri tersebut, namun mereka berdua lenyap dari sejarah sejak peristiwa itu. Tidak diketahui ke mana si puteri dan jeneral perang ini. Namun lagenda mengatakan ketika si jeneral cuba membawa pulang si puteri, maka mereka berdua saling jatuh cinta lalu mengambil keputusan untuk menjauhkan diri mereka dari masalah dua kuasa politik yang sering bertelagah ketika itu, iatu Champa dan Dai-Viet.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply