Legenda Muzik Noh Saleh

224

Figura bernama Noh Salleh sememangnya bukan sekadar nama. Jika disapa diluar, begitu peramah orangnya serta kelakar. Mudah didekati dan tidak sombong orangnya.

Tidak kisah dipanggil sebagai Noh Salleh atau Noh Hujan, menurut temubualnya bersama Sepahtu Sinar 19 Sep 2017 :

“Terserah. Nak panggil Zul ke, randomlah. Junaidi ke…” kata beliau dalam nada bergurau.

Bermula dengan MIX, kemudian band Hujan sehingga ke projek solonya, beliau berkarya dengan bebas serta mempunyai legasinya yang sendiri. Boleh dikatakan beliau adalah The Living Legend. Dengan tagline ‘luar biasa’ pastinya membuatkan anda seronok ketika mendengar konsert beliau bersama Hujan. Signature Hujan adalah nyanyian ‘malas’ Noh. Tetapi sedap didengar.

Peminat Hujan sudah tentulah digelar sebagai Raingers. Pernah satu ketika peminat Bunkface bergaduh dengan Raingers hanya kerana berbeza pandangan tentang muzik.

Setiap lagunya mempunyai chord jazz yang sukar dikuasai sebarangan orang. Waktu awal kemunculannya dengan stail rambut cendawan, kebanyakan lagunya berlegar di ruangan maya Myspace. Sehinggalah beliau berjumpa dengan AG Coco, dan hasilnya seperti sekarang.

Pelajar yang belajar jurusan muzik pastinya berbangga membuat persembahan dinner night dengan menggunakan chord jazz.

Pada mulanya lagu-lagu Hujan tidak diterima oleh netizen mahupun stesen radio, lama-kelamaan ia menjadi ikutan pendengar. Juga, mereka pernah dicaci maki kerana pembawakan muzik mereka. Sehinggalah Bila Aku Sudah Tiada dan Pagi Yang Gelap mencetuskan fenemona sekitar tahun 2008. Hujan bergerak secara independent (indie) dalam penghasilan muzik tanpa mengharapkan label.

Genre muzik Hujan adalah alternatif pop rock. Kecuali album Sang Enemy (2012), eksperimental dari Hujan iaitu genre hardcore. Meskipun jarang muncul di kaca TV, tetapi namanya disebut-sebut dalam kalangan penggemar muzik indie. Setiap kali gig, pastinya Hujan akan membuat penampilan.

Projek solo Noh Salleh mendapat tempat di hati rakyat Indonesia. Lagu Angin Kencang antara yang popular di sana. Anehnya, mereka tidak menyangka bahawa Noh mampu membawa genre alternatif pop rock bersama Hujan. Lihat saja Soundrenaline 2018 di Bali, ternyata pujian demi pujian rakyat Indonesia diberikan kepada Noh.

Penulis juga sebenarnya terkesan dengan lagu Angin Kencang, Renjana, Bunga Di Telinga. Kesemua lagu ini mempunyai konsep yang berlainan dari Hujan. Noh Salleh tentunya menjadi sebutan ramai suatu masa nanti.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.