1. Agama Islam

Umat Islam wajib menyakini akan peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Nuh A.S mengenai kisah Nabi Nuh A.S berdakwah kepada umatnya supaya menyembah ALLAH dan meninggalkan sembahan berhala dan banyak tuhan. Namun dakwah Nabi Nuh A.S diketawakan, dicaci-dimaki serta diejek. Akhirnya selepas lebih 950 tahun berdakwah, maka ALLAH perintahkan Nabi Nuh A.S untuk membina sebuah kapal.

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun.” (Surah Al-Ankabut: Ayat 14)

Arahan pembinaan bahtera dapat dilihat pada ayat di bawah:

“Dan diwahyukan kepada Nuh, bahawasannya sekali-kali tidak akan beriman di antara kaummu, kecuali orang-orang yang telah beriman saja, kerana itu janganlah kamu bersedih hati tentang apa yang selalu mereka kerjakan. Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami, dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang lalim itu. Sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan. 
(Surah Hud: 36-37)

Namun, ketika pembinaan bahtera itu, Nabi Nuh A.S seringkali diejek:

“Dan mulailah Nuh membuat bahtera itu. Dan setiap kali pemimpin kaumnya berjalan metewati Nuh, mereka mengejeknya. Berkatalah Nuh: ‘Jika kamu mengejek kami, maka sesungguhnya kami (pun) akan mengejekmu sebagaimana kamu sekalian mengejek kami. Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa oleh azab yang menghinakan dan yang akan ditimpa azab yang kekal.” (Surah Hud: Ayat 38- 39)

Oleh kerana sudah 950 tahun dakwah Nabi Nuh A.S, Nabi Nuh berdoa yang sedemikian untuk kaumnya:

“Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorang pun di antara orang- orang kafir itu tinggal di atas bumi.” (Surah Nuh: 26)

Nabi Nuh membenarkan doanya dengan alasan:

“Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal, nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak akan melahirkan selain anak yang berbuat maksiat dan kafir. ” (Surah Nuh: 27)

Lantas ALLAH pun berfirman dalam Al-Quran seperti berikut:

“Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Hud, Ayat 40-41)

Bala yang maha dasyat melanda umat Nabi Nuh. Dipercayai ketika itu, bahawa seluruh dunia ditenggelami air. Maka apabila surut, maka tamadun dunia terpaksa bermula semula kerana semuanya sudah musnah dalam banjir itu. Oleh kerana banjir itu berlaku di seluruh dunia, maka seluruh masyarakat dunia yang hidup pada zaman itu mempunyai kisah banjir besar mereka tersendiri.

2. Tamadun Melayu Kelantan, Proto-Melayu (Temuan dan Jakun) serta Orang Asli Tasik Chini

– Masyarakat Kelantan

Dalam dogengan masyarakat Kelantan, ada diceritakan bahawa pada suatu masa dahulu, sebuah pesta diadakan dan semua haiwan dipaksa untuk berlawan antara satu sama lain. Ketika pertarungan terakhir, antara seekor anjing dan kucing, satu air bah datang dari gunung dan menyapu semua manusia kecuali tiga orang manusia yang pergi ke hutan untuk mencari kayu api. (Rujukan: Gaster, Theodor H. Myth, Legend, and Custom in the Old Testament, Harper & Row pg 104 ,New York, 1969.)

– Masyarakat Temuan

Ribuan tahun yang lalu, ramai orang Temuan mati kerana mereka telah melakukan “Celau” (dosa-dosa yang menimbulkan kemarahan tuhan dan nenek moyang mereka). Tuhan mereka telah menghantar hukuman “celau” dalam bentuk Banjir Besar yang telah melemaskan semua orang Temuan yang melakukan dosa.

Hanya dua daripada suku Temuan, bernama Mamak dan Inak Bungsuk terselamat hari itu dengan memanjat di pokok Eagwood di Gunung Raja yang terletak di sempadan negeri Selangor dan Pahang.

Terdapat sebuah kampung Temuan di sana yang bernama Kampung Orang Asli Pertak. Mamak dan Inak Bungsuk terselamat kerana mereka mempunyai mantera untuk meringankan hukuman “Celau” yang berbentuk ribut dan banjir besar. Gunung Raja menjadi tempat kelahiran dan rumah pusaka suku kaum Temuan.

Hari ni antara kepercayaan masyarakat yang datang dari peristiwa ini ialah mereka akan menutup telinga mereka jika mengembara di bawah hujan.

– Masyarakat Jakun

Suatu masa dahulu, Dewa Pirman telah memusnahkan dunia dengan banjir besar. Namun, Pirman telah mencipta seorang manusia dan perempuan yang diletakkan di dalam sebuah kapal yang diperbuat dari kayu pulai. Dan apabila banjir surut, kapal mereka mendarat dan tanah yang dipenuhi oleh air kini sudah pun surut dan tanah luas terbentang.

3. Tamadun Tamil

Dalam sastera Tamil yang bernama Sanggam, diceritakan bahawa terdapat sebuah benua di Selatan India yang bernama Kumari Kandam. Benua Kumari Kandam pun tenggelam dan seorang putera Tamil bernama Thirumaaran pun berenang menyelamatkan diri bersama dengn hikayat Tamil purba ke tanah yang dikenali sebagai Tamil Nadu pada hari ini.

4. Tamadun China

Tamadun China juga berkongsi kisah banjir besar mereka. Ia dicatatkan kira-kira 3000 SM di China, kononnya, ketika zaman pemerintahan Maharaja yang sangat lagenda dalam sejarah mereka, iaitu Maharaja Yao. Ia menceritakan mengenai bagaimana masyarakat cina ketika itu mahu mengawal banjir besar yang berlaku yang digambarkan sangatlah teruk. Dan cerita ini juga dikatakan permulaan kepada tamadun tertua masyarakat China iaiti Tamadun Xia.

5. Tamadun Yunani

Dalam Tamadun Yunani, diceritakan bahawa Dewa Zeus telah menghantar banjir besar untuk meruntuhkan masyarakat Yunani. Prometheus telah menasihati anaknya Deucalion untuk membina sebuah bahtera. Maka, bahtera itu pun terapung di atas air selama 9 hari 9 malam sehingga banjir besar surut. Terdapat manusia yang tidak mahu naik bahtera itu lari ke atas gunung di Thessaly, namun semuanya mati lemas.

6. Masyarakat Sumeria

Bangsa Sumeria ialah pembina Tamadun paling awal manusia dalam rekod sejarah yang rasmi. Maka diceritakan bahawa Tuhan Enlil telah memberi amaran kepada seorang raja Sumeria bernama Ziusudra bahawa banjir besar akan menyapu bangsa Sumeria. Maka Tuhan Enlil memerintahkan agar Ziusudra membina sebuah kapal untk menghadapi banjir besar. Tuhan memerintahkan agar raja Sumeria ini membawa seluruh isi bumi seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan di dalamnya. Maka selama 7 hari 7 malam hujan turun dengan lebat tanpa henti. Maka berlayarlah bahtera itu di atas banjir sehingga surut.

7. Tamadun Korea

Dalam mitos Namu Doryeong, ketika Korea dilanda banjir besar, Namu Doryeong ialah anak kepada roh Pokok Laurel yang selamat daripada banjir besar itu dengan terapung di atas pokok Laurel. Ketika terapung di atas pokok itu, dia berjaya menyelamatkan sekumpulan semut dan juga seorang budak lelaki.

Kemudian, dia menemui seorang keluarga yang terselamat dari banjir besar itu yang berlindung di atas puncak tertinggi di Korea. Dan selepas lulus ujian dari ketua keluarga itu, Namu Doryeong dan budak lelaki yang diselamatkannya telah berkahwin dengan dua orang anak perempuan dalam keluarga itu sekaligus meneruskan kesinambungan bangsa korea.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply