King Arthur ialah salah sebuah legenda yang masyur di sekitar Britain, tetapi mempunyai versi yang berbeza oleh negara seperti Jerman dan Perancis. Ia adalah kisah mengenai seorang raja yang adil, bijaksana dan berani yang pernah memerintah Britain suatu masa dahulu. Tentunya, walaupun statusnya adalah sekadar sebuah legenda, namun kisahnya berbaloi untuk kita telusuri.

Arthur ialah anak luar nikah Raja Uther Pendragon yang memerintah Britain, hasil hubungannya dengan Permaisuri Ygern dari Cornwall. Walaupun sedemikian, Arthur mempunyai kesempatan untuk menjadi pewaris kepada takhta ayahandanya. Raja Uther telah mencabar sesiapa sahaja yang mampu mencabut sebuah pedang daripada sebuah batu ini, maka dia ialah raja Britain yang sebenarnya. Maka diceritakanlah bahawa ramai ksatria pun berpusu-pusu untuk mencabut pedang tersebut, namun tidak berjayalah sehinggalah giliran Arthur itu sendiri yang menjadi satu-satunya kstaria yang mampu melakukannya.

Pedang yang dicabut oleh Arthur pun terus menemani Arthur sehinggalah rosak di dalam sebuah pertempuran. Ketika itulah pedang yang sehingga hari ini masih lagi masyur namanya bernama Excalibur menggantikan pedang yang dicabut oleh Arthur daripada batu tadi, kononnya diserahkan oleh Lady of The Lake”, satu figura misteri yang sehingga hari ini dalam legenda Arthur.

Diceritakan bahawa raja adil dan bijaksana ini ditemani oleh seorang permaisuri yang jelitawa iaitu Guinevere. Selain itu, pemerintahan Arthur juga dikenali kerana kewujudan Kesatria Meja Bulat atau kita mengenalinya dalam bahasa Inggeris sebagai Knight of the Round Table. Kononnya di istana pemerintahan Arthur yang bernama Camelot, terdapat kesatria terbaik dalam kerajaan pimpinannya yang bertindak sebagai penasihat.

Raja Arthur Dan Kesatria Meja Bulatnya

Bercerita tentang Kesatria Meja Bulat ini, antara legenda yang menarik menyelubungi mereka ialah bagaimana Arthur kononnya mengarahkan setiap antara kesatria-kestaria ini untuk menyertai misi bagi mencari Holy Grail (cawan yang digunakan oleh Nabi Isa sebelum kematiannya menurut agama Kristian). Relik ini dianggap sebagai salah satu daripada relik terpenting agama Kristian dalam sejarah. Dalam banyak-banyak Kesatria Meja Bulat yang menganggotai meja bulatnya, hanya 3 orang sahaja iaitu Galahad, Perceval dan Bors yang berjaya menyempurnakan misi.

Gambaran Holy Grail

Bercakap tentang Perceval, kononnya dia datang daripada keluarga bangsawan dan merupakan anak muda yang sangat naif. Orangnya sangat lurus atau dalam kata-kata lain, innocent. Kerana ketelusan yang dimiliki oleh Perceval ini, dia berjaya menahan diri daripada Kundry, seorang bomoh wanita yang dihantarkan untuk merosakkan minda ksatria dan juga menukarkan perhatian mereka dari misi yang utama. Kononnya selepas 3 kesatria ini menemui Holy Grail, mereka dikatakan menghantarkannya ke Jerussalem di Palestine.

Namun, kisah hidup raja adil ini tidaklah seindah pelangi. Kononnya, permaisurinya yang jelita yang bernama Guinevere telah menjalinkan hubungan sulit dengan salah seorang kesatria Arthur iaitu Lancelot. Dalam masa yang sama pula, anak Arthur iaitu Mordred telah mencabar takhta Arthur di Camelot sekaligus mewujudkan perang saudara antara ayah dan anak. Dipendekkan cerita, dalam perang saudara ini Mordred telah terbunuh di tangan Arthur manakala Arthur pula cedera parah.

Mengetahui keadaannya yang sedemikian, maka Arthur dikatakan mengembara ke sebuah pulau bernama Avalon, yang membawa maksud pulau apel, di mana disitu dia telah berada dalam keadaan tidur yang sangat panjang dan dipercayai akan bangkit pada zaman di mana Britain dalam keadaan yang sangat genting, dan memerlukan seorang pemimpin hebat seperti dirinya. Mungkin sebab itu, gelaran yang disandang oleh Arthur ialah once and future king.

Berbalik pada kisah permaisuri yang curang dan kesatria yang derhaka tadi, kononnya Lancelot terlalu lewat turun ke medan tempur antara Arthur dan anaknya dan itulah yang menyebabkan Arthur cedera teruk. Versi lain pula mengatakan bahawa Lancelot menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebagai seorang paderi manakala Guinevere pula hidup sebagai seorang biarawati.

BACAAN LANJUT:

Anderson, Graham (2004), King Arthur in Antiquity, London: Routledge

Was King Arthur a real person?. https://www.history.com/news/was-king-arthur-a-real-person

8 things you (probably) didn’t know about King Arthur. https://www.historyextra.com/period/medieval/8-things-you-probably-didnt-know-about-king-arthur/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.