Dalam banyak-banyak mitos dan legenda yang berkaitan laut, sedikit sahaja yang meraih kemasyhuran seperti legenda Flying Dutchman. Ramai yang mendakwa pernah menyaksikan kelibat kapal berhantu milik Kapten Hendrick van der Decken (Dutchman) sejak ia karam pada tahun 1641.

Kapten van der Decken dan kru kapalnya disvmpah untuk berlayar di lautan luas buat selama-lamanya lantaran sikapnya yang lanc4ng di hadapan ribut kencang, sekaligus dianggap membangkitkan kemurk4an Tuhan.

Kapten van der Decken mengembara dari Holland ke Timur Jauh demi mendapatkan barang-barang eksotik seperti rempah-ratus, kain sutera dan pewarna. Walaupun mengharungi pelbagai kesukaran, mereka tetap tiba ke destinasi.

Setelah membeli barangan sebanyak yang mampu ditampung oleh kapal dan melakukan pembaikian seperlunya, Kapten van der Decken berangkat pulang ke Amsterdam.

Tatkala kapalnya sampai di pantai Afrika, beliau sempat merenungi betapa mudahnya perjalanan yang bakal ditempuh seandainya majikan beliau, Syarikat  Hindia Timur Belanda membina sebuah petempatan berhampiran Tanjung Harapan di Afrika Selatan sebagai tempat beristirehat bagi para pelaut.

Tanjung Harapan

PENGEMBARAAN DAN SVMPAHAN KE ATAS VAN DER DECKEN

Sedang beliau asyik memikirkan hal tersebut, tiba-tiba sebuah angin kencang memb4dai kapalnya dengan kuat. Kelasi-kelasi yang bertugas menggesa Kapten agar berpatah balik sebagai langkah selamat, namun enggan didengari oleh van der Decken.

Sebilangan sumber menyebutkan bahawa beliau naik b3rang dengan permintaan itu. Ada pula yang berkata beliau sedang mabvk. Namun entah atas sebab apa, Kapten mengarahkan agar kapal terus digerakkan ke hadapan.

Lantas, beliau menyala dan menghisap cerutnya sambil gulungan demi gulungan ombak memukvl badan kapal. Angin yang kencang meng0yakkan kain layar dan air laut pula bertumpahan ke dek kapal. Namun, Kapten “tetap dengan haluannya, mencabar kemvrkaan Tuhan Yang Berkuasa sambil melontarkan kata-kata seranah.” (Occultopedia 2016)

Ilustrasi Kapten Hendrick van der Decken

Berikutan situasi yang begitu gawat dan getir, ramai kru kapal member0ntak. Namun tanpa ragu-ragu, Kapten van der Decken membvnuh ketua pember0ntak dan menghvmban jasadnya ke dalam lautan. Tepat di saat jasad pember0ntak itu mencecah ke permukaan laut, “suara kapal bertanya kepada Kapten kalau-kalau beliau mahu berlabuh di pantai pada malam itu.

Namun, Van der Decken membalas, “Semoga diriku dij4hanamkan seandainya aku berlabuh. (Aku akan terus berlayar) walau aku perlu berada di sini sehingga ke hari pengadilan.” (Wagner memetik dalam Music with Ease, 2005)

The Flying Dutchman oleh Albert Pinkham Ryder

Lantas, “kapal sekali lagi bersuara, “Atas sebab kata-kata kamu itu, kamu dijatuhkan hvkuman berlayar di lautan buat selama-lamanya dengan anak-anak kapal yang telah m4ti, dan sesiapa sahaja yang terlihat kapal kamu akan dilanda kem4tian dan tidak pula kamu akan berlabuh dan merasai ketenangan walau sesaat. Pahit hempedu akan menjadi minuman kamu dan besi merah yang panas akan menjadi daging kamu.”

Membalas suara itu, Kapten van der Decken tanpa kecut-perut berteriak, “Amen untuk doa itu!” (Occultopedia 2016)

KAPAL HANTU

Semenjak itu, Kapten van der Decken diberikan nama timangan “Flying Dutchman” dan berlayar bersama kapalnya ke seluruh dunia buat selama-lamanya. Ramai pelaut mendakwa bahawa Dutchman telah menyesatkan banyak kapal, mengakibatkan kapal-kapal tersebut berl4nggar dengan batu-batu atau terumbu karang.

Mereka turut berkata bahawa sekiranya ribut kencang melanda di Tanjung Harapan, kelibat Kapten bersama tengk0rak anak-anak kapalnya dapat disaksikan. Namun, legenda turut menyebutkan bahawa sesiapa sahaja yang melihat Dutchman akan mengalami kem4tian yang tr4gis.

Legenda Flying Dutchman buat pertama kali dipopularkan menerusi opera tahun 1843 arahan Wagner yang berjudul Flying Dutchman. Namun, legenda tersebut dapat bertahan lama dan diceritakan semula lagi dan lagi kerana terdapat banyak dakwaan tentang penampakan kapal hantu Flying Dutchman.

Antaranya seperti opera arahan Coleridge yang berjudul The Rime of the Ancient Mariner, Pirates of the Caribbean, satu karakter dari SpongeBob Square Pants, satu episod dari Scooby-Doo, dan banyak lagi

Babak terakhir opera arahan Wagner yang berjudul The Flying Dutchman (1843)

Salah satu penampakan paling masyhur direkodkan pada tanggal 11 Julai 1881 oleh Prince George of Wales (yang kemudian menjadi Raja George V) dan saudaranya, Prince Albert Victor of Wales. Pada waktu itu, mereka berdua sedang berlayar di pantai Australia. Buku log milik Prince George mencatatkan:

“11 Julai. Pada 4 a.m., Flying Dutchman melintasi kapal kami. Suatu cahaya merah yang aneh bersinar bagaikan sebuah kapal bayang, dalam samar-samar ia mencahayai tiang-tiang dan kain-kain layar sebuah kapal brig yang berjarak 200 ela dari kami.

Pegawai bertugas dari menara peninjau dapat melihatnya dengan jelas. Begitu juga dengan pegawai di dek yang segera memberikan isyarat kepada menara peninjau. Namun tatkala tiba di tempat tersebut, tiada sekelumit atau petanda kewujudan kapal baik pada jarak yang dekat mahupun jauh.

Malam kemudian menjadi cerah dan laut kekal tenang. Tiga belas individu secara keseluruhan sempat menyaksikannya… Pada 10.45 a.m., kelasi yang pada pagi tadi melaporkan penampakan Flying Dutchman terjatvh dari tiang tertinggi sehingga badannya berk3cai hancvr.” (Ellis, 2016)

Pada hari ini, saintis menegaskan bahawa kapal Dutchman tidak lain adalah logamaya yang terhasil akibat pembiasan cahaya pada permukaan air laut.

TERJEMAHAN
Kerry Sullivan. (30 Disember 2016). Legend of the Flying Dutchman, Ghostly Apparition of the Ship of Captain Hendrick. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends/legend-flying-dutchman-ghostly-apparition-ship-captain-hendrick-007285


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.