Sejak ditinggalkan oleh Sayyīdina Muhammad hampir 1400 tahun yang lalu. Sehingga kini agama ini tidak pernah sunyi daripada para penyuburnya yang terdiri daripada pejuang dan ilmuan Islam. Bahkan suasana ini telah terbit bukan sahaja dari pusat-pusat pengajian bahkan dari rumah-rumah yang disinari nur keimanan dengan amat terang sekali.

Di antara rumah-rumah yang berupaya melahirkan para ulama adalah seperti Sādah al-Ghumāri, Sādah al-Kettāni, Sādah Bani ‘Alawi dan yang lainnya. Tidak terkecuali yang ingin dikongsikan di sini ialah Sādah Hawwā.

Sadāh Hawwā dikenali dengan sosok tubuh almarhum Syaikh Sa’īd Hawwā asal Syria. Seorang ulama yang sangat menjadi perhatian gerakan Islam terutamanya dari gerakan Ikhwān al-Muslimīn.

Beliau menggarapkan beberapa pendekatan yang agak berbeza daripada tokoh-tokoh penggerak Ikhwān al-Muslimin itu sendiri dengan memberikan keutamaan yang besar kepada dunia keilmuan sebelum terjun ke dalam amaliah perjuangan.

Begitu juga beliau sangat mementingkan tarbiyah rohani dalam bentuk kesufian sehingga beliau mempunyai hubungan yang kuat dengan beberapa tokoh Sufi pada zamannya. Ini dapat disoroti daripada karya-karya tulisan beliau yang banyak berkisar tentang Tasawuf dan Perjuangan.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang cukup besar bagi umat Islam khususnya anak-anak perjuangan.

Sesibuk urusan beliau di luar, beliau tidak lupa untuk membina asas perjuangan dan keilmuan bersama isterinya di rumah. Yang akhirnya dari rumah tersebut lahirlah tokoh-tokoh ilmuwan yang tidak kurang hebatnya di lapangan masing-masing. Di antara mereka yang kami sempat mencium tangan mereka ialah al-Naqid Dr. Muhammad Sa’īd Hawwā dan Syaikh Dr. Muaz Sa’id Hawwā. Masing-masing merupakan anak kandung dari almarhum Syaikh Sa’īd Hawā rahimahullah.

Dr. Muhammad Hawwā menggungguli di dalam bidang hadith bahkan terkesan dengan pemikiran ahli Iraq sehingga beliau lebih banyak memberikan tumpuan kepada kritikan ke atas matan yang mana bagi para ahlinya akan dapat memahami kemana perbahasannya akan tertuju. Manakala Dr. Muaz Hawwā memberikan perhatian di dalam bidang Tasawuf.

Berikut salah satu karya daripada setiap daripada mereka yang sempat kami meminta pertolongan kekasih² kami penuntut di Universiti al-Azhar (moga Allah memberkati dan mempermudahkan urusan menuntut ilmu mereka) untuk mendapatkannya di Pameran Buku Kaherah bulan yang lalu.

Abu Sa’id Hanafie
6 Mac 2020 II 5.53 petang
Dalam Estima, perjalanan pulang ke Mersing dari Melaka.

Artikel dikirim oleh Hanafie Zainal Abidin untuk The Patriots


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.