Kita semua tahu apabila Jepun melancarkan kempen mereka di Asia semasa P3rang Dunia Kedua (WW II), kemaraan mereka sukar digugat oleh mana-mana t3ntera termasuk kuasa besar.

Sehinggakan ada beberapa pihak yang berpandangan kemaraan mereka seperti taktik Blitzkrieg yang digunakan pihak N4zi Jerman di Eropah. Namun, Pert3mpuran Pasir Panjang menjadi saksi kepada jentera p3rang ini terhalang angkara keberanian sekumpulan 4skar Melayu di bawah pimpinan Allahyarham Leftenan Adnan Saidi.

Allahyarham dilahirkan di Sungai Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915 dari sebuah keluarga Melayu Minangkabau. Beliau merupakan anak sulung dari tiga adik beradik dan adik-adiknya, Ahmad dan Amarullah mengikut jejak langkahnya sebagai t3ntera.

Ahmad terbvnuh apabila kapal p3rang HMS Pelanduk karam selepas dis3rang pihak Jepun dalam perjalanan ke Australia. Sementara Amarullah pula terselamat dari kancah p3rang WW II dan kini menetap di Kajang.

Selepas Rejimen 4skar Melayu Diraja (RAMD) ditubuhkan, Allahyarham merupakan antara orang pertama yang menyertai rejimen tersebut. Beliau menyertai RAMD pada tahun 1933 semasa berusia 18 tahun.

Untuk tahun-tahun berikutnya, Allahyarham merupakan 4skar terbaik dalam unitnya dan mendapat penghormatan sebagai pegawai Melayu pertama apabila mendapat kenaikan pangkat sebagai sarjan pada tahun 1936.

Setahun selepas itu, beliau menghadiri sekolah latihan pegawai di Singapura dan menjadi pegawai bertauliah Melayu pertama.

Semasa tempoh itu juga, Allahyarham berkahwin dengan guru sekolah, Sofiah Fakir. Selepas mereka berkahwin, beliau memindahkan keluarganya ke Singapura kerana merasakan Singapura masih selamat dari ancaman t3ntera Jepun.

Namun selepas mendengar berita kemaraan t3ntera Jepun dari utara dan pantai timur Semenanjung Tanah Melayu semakin menghampiri Singapura, Allahyarham memindahkan keluarganya kembali semula ke Kajang.

Salah seorang anak Allahyarham, Mokhtar bercerita:

“Saya baru berusia 4 tahun. Saya tak sedar itulah kali terakhir saya akan bertemu dengan ayah saya. Saya dan adik saya bersalaman dengan ayah sebelum dia meninggalkan. Dia hanya berpesan sedikit saja iaitu jaga diri dan jangan nakal. Saya boleh nampak ibu kelihatan sedih. Tetapi dia tidak mengatakan apa-apa.”

Ada sebab mengapa Jepun memfokuskan s3rangan mereka ke atas Singapura. Singapura merupakan simbol kepada kekuasaan koloni Britain dan jika Singapura jatuh ke tangan Tokyo, ia merupakan satu malapetaka kepada London.

Maka atas sebab itulah, London memilih Arthur Percival sebagai pemerintah t3ntera mereka di Malaya. Selepas dilantik, perasaan Percival bercampur-baur di mana beliau merasakan perlantikannya itu ibarat tidak aktif sebagai pemerintah terntera jika p3rang tidak meletus di sebelah sini.

Namun jika p3rang benar-benar meletus, maka ini menimbulkan satu dilema bila melihat kekurangan ketara pada t3ntera yang dimilikinya. Ini ditambah pula dengan kekurangan pengalaman yang dimilikinya kerana buat kali pertama dalam kariernya, Percival diberi peluang mengetuai pasukan t3ntera.

Selepas Jepun berjaya mendarat di Tanah Melayu dan semakin menghampiri Singapura pada Februari 1942, semua aset yang dimiliki pihak Britain digerakkan untuk mempertahankan Singapura.

Ini termasuklah Brig3d Inf4ntri Pertama Malaya diketuai Leftenan Kolonel Mordaunt Ellington di mana salah satu platun diketuai oleh Allahyarham. Pasukan Allahyarham diberi peranan mempertahankan Bukit Candu dari jatuh ke tangan Jepun.

Bukit Candu amat penting kerana pertama, tempat tertinggi menghadap pulau dari sebelah utara dan kedua, di sinilah semua infrastruktur penting ket3nteraan Britain termasuk hospital p3rang, depot s3njata dan bekalan.

Pert3mpuran pertama antara 4skar Melayu dengan 4skar Jepun meletus pada pukul 2.00 petang, 13 Februari 1942. Divisyen Ke-18 Jepun meny3rang mereka dari sebelah barat daya pantai sepanjang Benteng Pasir Panjang dan Jalan Ayer Rajah dan mendapat sokongan artileri Rejimen Infantri Ke-56. Kompeni B RAMD mempertahankan kawasan tersebut berm4ti-m4tian walaupun di4sak bertvbi-tvbi pihak Jepun.

Menyedari keperluan untuk berundur, Kompeni B mula berundur ke belakang tetapi sebelum sempat pengunduran tersebut selesai, pihak Jepun berjaya menembusi garisan pertahanan mereka.

Dalam pert3mpuran ini, Kompeni B bertarung dengan bayonet selepas kehabisan peluru. Hanya beberapa anggota kompeni berjaya melarikan diri sementara bakinya ditahan dan dijadikan sebagai tawanan p3rang (P0W). Selepas keadaan menjadi gelap, anggota Kompeni B yang terselamat dan Brig3d India Ke-44 berundur ke Mount Echo.

Pada 14 Februari, sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina, Jepun melancarkan s3rangan bertvbi-tvbi ke atas garisan pertahanan dikendalikan oleh Brig3d Pertama pada jam 8.30 pagi.

Walaupun teruk di4sak, mereka berjaya menahan s3rangan termasuk pertarungan tanpa s3njata yang mengakibatkan kehilangan nyawa pada kedua-dua belah pihak. Selepas jam 4.00 petang, pihak Jepun berjaya menembusi kedudukan mereka dengan bantuan kereta kebal.

Sedar kedudukan mereka sudah terjejas, Brig3d Pertama berundur pada jam 2.30 petang dan Kompeni C yang dipimpin Allahyarham diberi arahan bergerak ke posisi mereka di Bukit Candu. Di sinilah, keberanian anak-anak watan berbangsa Melayu ini terserlah dalam masa-masa sukar.

Berikutan keadaan minyak terbakar dalam tali air yang mengalir dari Depot Normanton, ia memisahkan kompeni Allahyarham dengan Kompeni D. Dan ini juga mengakibatkan kompeni beliau tidak dapat berundur ke selatan.

Menyedari situasi genting ini, Allahyarham memberi motivasi kepada anak buahnya agar berjuang habis-habisan bak kata pepatah, biar putih tulang, jangan putih mata. Dan itulah apa yang dilakukan oleh kedua-dua kompeni ini.

Malah pegawai pemerintah mereka, Kapten H.R Rix menyatakan akan bersama dengan mereka hingga ke titisan d4rah terakhir. Pihak Jepun meny3rang bertvbi-tvbi kedudukan mereka dengan b0m tangan dan m0rtar tetapi dua kompeni RAMD ini terus bertahan.

Antara satu insiden yang menunjukkan kewibawaan beliau ialah peristiwa Allahyarham mengesan taktik t3ntera Jepun menyamar sebagai t3ntera India. Semuanya cantik dengan uniform dan samaran mereka tetapi mereka lupa mengubah cara kawad mereka dari empat kepada tiga orang.

Beliau yang perasan akan anomali tersebut segera mengarahkan kompeni RAMD men3mbak bertvbi-tvbi t3ntera Jepun yang menyamar itu, mengakibatkan ramai terbvnuh dan saki-baki yang terselamat melarikan diri.

Salah seorang veteran RAMD, Datuk Abbas Manan teringat semasa pert3mpuran berlaku, Allahyarham memintanya menukar magazin peluru sementara beliau men3mbak kedudukan t3ntera Jepun.

Kebetulan, pada ketika itu juga, peristiwa t3ntera Jepun yang menyamar ini berlaku menyebabkan Allahyarham men3mbak mereka. Selepas mereka melarikan diri, Allahyarham berkata kepada beliau:

“Jika saya m4ti hari ini, saya harap ada orang yang dapat jaga keluarga saya.”

Menurut Datuk Abbas, itulah kata-kata terakhir Allahyarham dan itu juga kali terakhir beliau melihatnya hidup.

Menyedari taktik mereka tidak akan berkesan melawan keazaman kompeni RAMD ini, t3ntera Jepun menggunakan bilangan mereka yang ramai untuk memusnahkan terus tentangan dua kompeni ini.

Walaupun berhadapan dengan jumlah t3ntera yang ramai dan kekurangan bekalan peluru serta bekalan logistik, RAMD terus menjadi duri dalam daging kepada pihak Jepun. Allahyarham sendiri cedera parah tetapi itu tidak menghalang beliau dari terus berlawan dan enggan meninggalkan anak buahnya.

Walaupun cedera terkena serpihan m0rtar dan patah tangan, Allahyarham terus berlawan dengan pistol, pedang dan akhir sekali, dengan tangan beliau sendiri. T3ntera Australia yang menyaksikan pert3mpuran antara t3ntera Melayu dengan 4skar Jepun di Reformatory Road mengagumi semangat juang mereka.

Leftenan Perrod V. Dean dari Batalion Mesingan Ke-24 menceritakan:

“4skar Melayu mula melawan t3ntera Jepun di Reformatory Road. Mereka menggali parit kecil tetapi tidak mempunyai s3njata mencukupi. Mereka melawan kemaraan t3ntera Jepun dengan raifal mereka.

Apabila s3njata mereka kehabisan peluru, mereka meletakkan bayonet pada raifal dan memaksa t3ntera Jepun berundur dari Reformatory Road.

Mereka amat berani dan berlawan habis-habisan tetapi bagi setiap seorang 4skar Melayu, ada 10 hingga 12 t3ntera Jepun. Jadi, lambat-laun mereka akan kalah juga.”

Selepas tamat kempen mereka di Pasir Panjang, 159 anggota RAMD terbvnuh. Mereka terdiri daripada enam pegawai British, tujuh pegawai Melayu dan 146 4skar dari pelbagai pangkat serta sebilangan besar anggota cedera.

600 anggota RAMD yang terselamat berkumpul di kawasan Keppel Golf Link dan terpisah dengan pegawai-pegawai British. Kebanyakan mereka ini ditahan dan menjadi P0W bersama Batalion 4skar India British di kem tahanan Farrer Park.

Ada juga yang terselamat dan berjaya melarikan diri termasuk salah seorang anak buah Allahyarham Leftenan Adnan, Allahyarham Koperal Yaakob Bidin. Menurut cerita cucunya, Akhwan Hafis Ahmad Hidzri, 34, Allahyarham Koperal Yaakob diberi amanah oleh beliau untuk menyampaikan rekod Pert3mpuran Bukit Candu kepada kepimpinan t3ntera British.

Untuk mengelak ditawan, Allahyarham terpaksa berpura-pura m4ti. Selepas melihat mereka beredar, Allahyarham Koperal Yaakob bergegas melarikan diri dari Singapura menuju ke kampung halamannya berhampiran Temerloh, Pahang.

Sepanjang perjalanan, beliau terpaksa bergantung kepada air sungai dan buah-buahan hutan serta berjalan pada waktu malam untuk mengelak dikesan t3ntera Jepun.

Setibanya beliau di Tebing Tinggi, Sanggang, Temerloh, Allahyarham Koperal Yaakob bergerak ke kem t3ntera British di Mentakab dan menunaikan amanah yang diberi Allahyarham Leftenan Adnan. Perjalanan tersebut mengambil masa tujuh hari dan tujuh malam.

Allahyarham Koperal Yaakob turut menceritakan apa sebenarnya terjadi pada wira negara itu. Menurut Akhwan Hafiz, apabila pihak Jepun berjaya menemui Allahyarham Leftenan Adnan, Allahyarham dibelasah teruk walaupun beliau pada ketika itu mengalami keced3raan kaki.

Beliau kemudian dis3ret dan kepalanya dan dis3rkup dengan guni. Berikutan itu, pihak Jepun segera mengga4tung beliau pada sebatang pokok ceri dan dit!kam bertvbi-tvbi dengan bay0net. Setiap kali Allahyarham dit!kam, beliau menjerit takbir Allahuakbar sehinggalah menghembuskan n4fas terakh!rnya.

Menurut versi Jepun pula, Allahyarham dibvnuh sebelum digantung pada pokok tersebut. Sementara versi British pula menyatakan m4yat Allahyarham dig4ntung secara terbalik pada sebatang pokok selepas menyerah kalah. Bagaimanapun, cara Allahyarham dibvnuh tidak dinyatakan secara jelas mengikut versi mereka.

Menurut satu kisah, Jepun yang terlalu berang dengan keberanian Allahyarham Leftenan Adnan mahu membvnuh keluarganya pula untuk memuaskan d3ndam mereka.

Atas sebab itu, pihak Kempeitai (polis rahsia Jepun) digerakkan untuk membvru mereka tetapi tidak berjaya. Dan pada akhirnya, hajat mereka tidak tertunai selepas dihalau keluar oleh pihak Bersekutu dari Singapura pada tahun 1945.

Permainan video berasaskan Leftenan Adnan.

Bagi Percival, kejatuhan Singapura ke tangan Jepun merupakan satu detik yang memalukan baginya. Untuk tahun-tahun berikutnya pasca WW II, ketidakcekapan beliau menjadi punca kepada kejatuhan Singapura.

Namun, ada juga yang menyifatkan beban kesalahan ini tidak harus ditanggung oleh Percival seorang. Beban kesalahan ini juga harus ditanggung oleh pentadbiran di London kerana gagal menyokong beliau sepenuhnya termasuk memasuki kawasan neutral Thailand dan hubungan buruknya dengan pegawai-pegawai lain.

Selepas menyerah kalah kepada pihak Jepun walaupun digesa oleh Perdana Menteri Britain ketika itu, Winston Churchill untuk terus melawan, Percival ditahan di Penjara Changi sebelum dipindahkan dari Singapura pada Ogos 1942.

Dari situ, beliau dipenjarakan di Formosa (Taiwan) sebelum ditahan di sebuah kem tahanan p3rang berhampiran Hsian, 160 kilometer timur laut Mukden, Manchuria. Semasa di Manchuria, Percival ditahan bersama beberapa dozen tahanan bertaraf tinggi termasuk Jeneral T3ntera Amerika Syarikat, Jonathan Wainwright.

Selepas p3rang hampir berakhir, Pejabat Perkhidmatan Strategik (OSS) menghantar sebuah pasukan untuk membebaskan mereka.

Selepas dibebaskan, Percival dan Wainwright menyertai pegawai-pegawai t3ntera Bersekutu untuk menjadi saksi kepada peristiwa penyerahan kalah Jepun kepada pihak Bersekutu. Selepas itu, kedua-duanya diterbangkan ke Filipina untuk menjadi saksi penyerahan kalah t3ntera Jepun di sana.

Satu anekdot menarik berhubung penyerahan kalah ini ialah pertukaran peranan Percival dengan bekas penawannya, Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita. Semasa Singapura jatuh ke tangan Jepun, Yamashita individu bertanggungjawab memastikan Percival menyerah kalah.

Kini, giliran beliau pula melakukan perkara sama pada Yamashita. Semasa upacara tersebut, Percival enggan bersalaman dengan jeneral tersebut kerana berang dengan layanan k3jam mereka ke atas P0W di Singapura.

Begitu juga bendera yang digunakan semasa beliau menyerah kalah semasa di Bukit Timah. Di bukit yang sama juga menjadi saksi berkibarnya semula bendera Union Jack selepas Jepun menyerahkan Singapura secara rasmi kembali kepada Lord Louis Mountbatten.

RUJUKAN:

Bennighof, Mike. (2008). Avalanche Press. The Real Tiger of Malaya. http://www.avalanchepress.com/RealTiger.php

Hamzah, Zairul Afiza. (2012). Sinar Harian. Bawa amanat Leftenan Adnan: Misi 7 hari, 7 malam. http://www.sinarharian.com.my/rencana/bawa-amanat-leftenan-adnan-misi-7-hari-7-malam-1.80527

Thompson, Ben. Bad4ss of the Week. http://b4dassoftheweek.com/adnan.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.