Zoo manusia bukanlah fenomena yang asing pada zaman imperialisme. Ia berlaku baik di barat mahupun di timur, dengan negara penja.jah mengambil sebilangan individu dari negara koloni untuk diperagakan di khayalak ramai – sama ada bagi menjana kewangan, sarana hiburan, tujuan penyelidikan, atau pun propaganda penja.jahan.

Sehingga hari ini, sejarah masih mengingati beberapa nama yang pernah menjadi tatapan di zoo manusia di barat. Antaranya ialah Sarah Baartman (wanita dari Afrika Selatan yang diperagakan kerana punggungnya yang besar), Ota Benga (lelaki dari Congo yang diku.rung dalam sangkar bersama monyet), dan Geronimo (pejuang dari suku Apache yang kalah pe.rang).

Dalam perkongsian kali ini, artikel ingin menyorot kisah Julia Pastrana, satu lagi nama yang turut menerima nasib serupa.

Menurut pamplet yang diedarkan dalam setiap acara pertunjukannya, Julia didakwa lahir di Mexico pada 1834. Kononnya, beliau berasal dari satu suku asli yang hidup di dalam gua dan dilarikan ke Amerika Syarikat oleh seorang individu bernama Espinosa – bekas ta.ha.nan suku tersebut.

Namun, selain tarikh dan tempat lahir, naratif ini cumalah satu rekaan yang cuba mengaitkan Julia dengan elemen primitif, berikutan namanya dijaja sebagai ‘kacukan antara manusia dan beruk’.

Kisah latar belakangnya yang lebih munasabah disampaikan oleh penduduk kampung Ocoroni di Sinaloa, Mexico – yakni pekan kelahiran Julia sendiri. Menurut mereka, Julia dilahirkan dengan kondisi hypertrichosis (turut disebut sebagai sindrom manusia-serigala) dan gingival hyperplasia yang mengakibatkan wajah dan tubuhnya ditumbuhi bulu lebat dan gusinya lebih besar daripada biasa. Atas sebab itu, Julia dikesampingkan oleh masyarakat sejak awal usia.

Selepas kehilangan ibunya, Julia dijual oleh ayah saudaranya sendiri. Tidak pasti kepada siapa. Namun apa yang jelas, pada tahun 1854, beliau sudah pun menjadi orang suruhan gabenor Sinaloa. Lewat tahun sama, Julia dibeli oleh seorang pegawai kastam di Maztlan bernama Francisco Sepúlveda.

Salah satu poster iklan bagi acara pameran Julia Pastrana

Di bawah seliaan Theodore Lent (rakan kongsi Francisco), Julia kemudian diperagakan hampir ke seluruh Amerika Syarikat dengan debutnya berlangsung pada Disember 1854 di pentas Broadway’s Gothic Hall, Manhattan.

Kembara Julia bagaimana pun tidak hanya terhad di Amerika Syarikat. Sepanjang empat tahun kariernya, beliau turut dibawa ke Kanada, London, Vienna, Jerman dan Poland untuk melakukan persembahan sebagai penyanyi orkestra (Julia mengambil jenis suara mezzo soprano).

Bakat suaranya cuma faktor sampingan. Apa yang diperagakan sebenarnya adalah rupa kejadian Julia itu sendiri. Ini dapat dilihat menerusi label-label yang diletakkan pada pamplet persembahannya: “Wanita Paling Hodoh Di Dunia,” “Wanita Beruk,” dan “Spesis Hibrid Manusia-Monyet.”

Walaupun kita tidak tahu seberapa ramai yang menghadiri pertunjukannya, ia jelas sekali menguntungkan. Lebih-lebih lagi bila nama seperti Charles Darwin dan Francis Buckland pun turun sebagai hadirin.

Sambutan hangat yang diterima mendorong Theodore Lent untuk mengahwini Julia pada lewat 1950an. Semestinya, ia bukan kerana cinta. Sebaliknya kerana ingin memonopolinya. Lent bahkan melarang Julia keluar rumah pada waktu siang supaya tiada siapa dapat melihatnya secara percuma. Julia, bagi Lent, hanya boleh ditatap dengan bayaran 25 sen bagi dewasa dan 15 sen untuk kanak-kanak.

Entah bagaimana reaksi Julia tentang kehidupannya. Apa yang pasti, ketika kembaranya di London, akhbar The Liverpool Mercury sempat membuat liputan yang menyifatkan Julia sebagai seorang yang berbudi pekerti, peramah, dan pandai menyesuaikan diri. Ini,tidak termasuk kemahiran yang lain seperti fasih banyak bahasa, pandai menari, menyanyi, dan menguruskan rumah tangga (menjahit, memasal dan mengemas).

Julia Pastrana

Liputan tersebut sedikit-sebanyak mendedahkan sisi insani Julia Pastrana – satu sisi yang sering ditenggelami oleh cerita dan label tidak manusiawi yang membelenggu kisahnya. Betapa walaupun menerima nasib sebegitu rupa, Julia masih tetap menyalakan jiwa sebagai seorang wanita, isteri, dan ibu.

Hinggakan pada tanggal 20 Mac 1860, Julia melahirkan bayi lelaki. Cuma, bayi tersebut mewarisi sindrom sama sepertinya dan hanya sempat hidup dua hari selepas dilahirkan. Tiga hari kemudian, Julia pula ikut menyusul, selepas menitipkan kata-kata terakhir, “Saya pergi dengan hati yang senang, sebab saya tahu saya disayangi (merujuk kepada kehidupannya yang sempat ada suami dan anak).

Ia dituturkan tanpa Julia mengetahui betapa dirinya perlu menunggu lebih 150 tahun untuk dise.madikan. Ini gara-gara Lent menjual jasad beliau dan anaknya kepada Universiti Moscow dengan harga £500 untuk diawet dan disimpan di Muzium Anatomi milik universiti.

Dua tahun kemudian, Lent membeli semula kedua-duanya dengan harga £800. Dalam tempoh dua dekad, ia diperagakan ke seluruh Eropah sebelum Lent sendiri akhirnya ma.ti di hospital sa.kit jiwa di Saint Petersburg. Hak milik ke atas dua jasad tersebut berpindah ke tangan Marie Barthel, balu Lent.

Jasad Julia Pastrana yang telah diawet

Pada tahun 1921, Marie menjualnya kepada Haakon Jaeger Lund dari Norway yang mewarisinya selama tiga generasi (dari 1921 sehingga 1976). Sepanjang tempoh tersebut, jasad Julia dan bayinya diperagakan di serata Norway dan Sweden sebelum diletakkan dalam jagaan Universiti Oslo selama kira-kira 30 tahun.

Perjalanan panjang ini akhirnya tamat pada tanggal 8 Februari 2013 apabila jasad Julia dipulangkan ke Mexico dan dise.madikan di Tanah Perku.buran Sinaloa de Leyva, berhampiran tempat kelahirannya.

RUJUKAN

Carlton, Genevieve. (2019, 23 April). The Sad Story of Julia Pastrana, The ‘Ape Woman’ Sideshow Sensation. All That Interesting.

Esh. (2021, 29 March). Titled “Ugliest Lady On the Planet”, This ‘Ape Woman’ Was Buried 150 Years After Her Death. Medium.

Farias, Larissa & Sabolek, Katie. (2017). Inspired by the incredible story of Julia Pastrana.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.