Para penyelidik mendapati lebah dapat melakukan matematik asas – penemuan yang memperluas pemahaman kita tentang hubungan antara ukuran otak dan kekuatan otak.

Berdasarkan penemuan mereka, lebah madu dapat memahami konsep sifar, penyelidik Australia dan Perancis juga melakukan kajian sama ada lebah dapat melakukan operasi aritmetik seperti penambahan dan penolakan.

Untuk menyelesaikan masalah matematik memerlukan tahap kognisi yang canggih, yang melibatkan pengurusan mental yang kompleks mengenai nombor, peraturan jangka panjang dan memori kerja jangka pendek.

Penemuan mereka mendapati bahkan otak kecil lebah madu dapat memahami operasi matematik asas. Hal ini mempunyai implikasi dalam pengembangan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) di masa depan, terutama dalam meningkatkan pembelajaran pesat.

Selain itu, lebah juga menggunakan ingatan jangka pendek mereka untuk menyelesaikan masalah aritmetik kerana mereka belajar mengenali nilai tambah atau tolak sebagai konsep abstrak daripada diberi bantuan visual.

Terdapat banyak perdebatan mengenai sama ada haiwan tahu atau dapat mempelajari kemahiran nombor kompleks.

Banyak spesies dapat memahami perbezaan antara kuantiti dan menggunakannya untuk mencari makan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Tetapi kognisi berangka, seperti operasi tolak tambah dan aritmetik yang tepat memerlukan tahap pemprosesan yang lebih canggih.

Kajian terdahulu menunjukkan beberapa spesis beruk, burung, bayi dan juga labah-labah mampu melakukan operasi menambah dan menolak. Kajian ini telah menambah lebah ke dalam senarai itu.

Penemuan ini menunjukkan bahawa pemahaman kompleks tentang simbol matematik sebagai bahasa adalah sesuatu yang mungkin dapat dicapai oleh banyak otak, dan membantu menjelaskan berapa banyak budaya manusia yang secara bebas mengembangkan kemahiran pernomboran.

RUJUKAN:

  1. Scarlett R. Howard, Aurore Avarguès-Weber, Jair E. Garcia, Andrew D. Greentree, Adrian G. Dyer. Numerical cognition in honeybees enables addition and subtraction.Science Advances, 2019; 5 (2): eaav0961 DOI: 1126/sciadv.aav0961
  2. RMIT University. (2019, February 6). Bees can do basic arithmetic. ScienceDaily. Retrieved September 24, 2020 from www.sciencedaily.com/releases/2019/02/190206200358.htm

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.