Lebah Bumblebee Bakal Pupus?

400

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Awal bulan Februari, para ahli ekologi (pengkaji alam sekitar) digemparkan dengan sebuah kajian terbaru yang diterbit dalam jurnal Science berkenaan perkembangan terbaru terhadap alam fauna.

Kajian yang diketuai oleh ahli ekologi bernama Peter Soroye dari University of Ottawa bersama rakan sejawatnya, Jeremy Kerr dan ahli ekologi dari University College London, Tim Newbold menunjukkan populasi lebah madu spesis Bumblebee semakin berkurang sebanyak 50 peratus di seluruh Amerika Utara sejak 1974, manakala di Eropah populasi lebah madu berkurang sebanyak 17 peratus dari abad ke-20 Masihi.

Ini memeranjatkan kerana lebah madu ini adalah agen pendebungaan (pollinator) paling efisien dalam mengkacukkan pokok yang banyak manfaat dalam bidang agrikultur untuk perkembangan ekonomi Amerika Utara dan Eropah seperti pokok beri, squash, dan tomato. Hanya mendebungakan pokok oleh lebah Bumblebee, ia mampu menampung ekonomi USA sebanyak $15 billion. Banyak juga tu untuk lebah ini berikan sumbangan!

Jika populasi lebah Bumblebee menurun dengan mendadak, ia bukan saja menjejaskan ekonomi berasaskan sayur-sauran, malah ekosistem di mana spesis pokok bergantung kepada lebah juga terganggu, malah kepupusan spesis pokok bakal mendatang.

Apa yang terjadi sebenarnya kepada lebah madu yang tinggal di Hemisfera Utara? Adakah berlaku suatu kemalangan yang membawa kepada penurunan populasi lebah Bumblebee ini?

Lebah madu Bombus impatiens atau Common Eastern Bumblebee. Lebah madu yang biasa bertaburan di timur USA.

Menurut kajian Soroye yang menggunakan data populasi lebah Bumblebee dari abad ke 20-Masihi hingga kini, beberapa negeri yang dahulu mempunyai populasi lebah madu yang tinggi telah hilang dan ketiadaan populasi tersebut. Contohnya lebah Rusty Patched Bumblebee. Spesis lebah ini pernah berkeliaran di negeri Ontario, Kanada dan sekarang Kanada telah ketiadaan spesis lebah ini. Manakala di USA, lebah madu ini dikategorikan sebagai terancam.

Soroye mencadangkan peristiwa ini disebabkan perubahan iklim yang semakin panas pada abad ini. Beberapa negeri di USA dan Kanada yang mana dahulu populasi lebah madu yang tnggi mempunyai suhu yang tinggi dan ekstrim sehingga ketiadaan kelibat lebah Bumblebee singgah di taman. Berkemungkinan suhu ekstrim ini menyebabkan lebh madu tidak dapat bertoleransi dalam keadaan tersebut. Maka, Soroye membuat kesimpulan bahawa ‘kekacauan iklim’ ini adalah penyebab populasi lebah madu Bumblebee menurun.

Bagaimana perubahan suhu tinggi mempengaruhi aktiviti lebah Bumblebee? Soroye masih tiada jawapan. Berkemungkinan ia masalah fisiologi (fungsi biologi tubuh badan) lebah Bumblebee yang tidak dapat brtoleransi dengan suhu panas.

Lebah ini sebenarnya mampu beradaptasi dengan perubahan suhu walaupun tubuhnya biasa dengan keadaan sejuk kerana habitatnya berada di Hemisfera Utara. Tubuh badannya pula boleh dipanaskan dengan sayapnya yang berkepak tanpa henti. Jadi, masalah ini saintis seperti Soroye harus mengkaji lebih lanjut bagi mencari jawapannya.

Namun, bagi saintis yang tidak libatkan diri dalam penyelidikan Soroye, mereka harus ingatkan Soroye bahawa perubahan iklim bukanlah satu-satunya masalah yang perlu difokuskan. Masalah lain yang juga membawa kepada penurunan populasi lebah Bumblebee adalah penggunaan racun srangga neonicotinoids yang berleluasa, penebangan hutan, sebaran jangkitan, dan pengenalan spesis lebah terbaru di habitat yang mengancam lebah Bumblebee.

Bagi Heather Hines, pengkaji dari Penn State Univrsity, fokus kepada perubahan iklim bagi menangani masalah penurunan populasi mungkin menyebabkan Soroye tidak akan mengkaji masalah lain yang juga mampu membawa masalah ini. Jadi, perubahan iklim bukanlah faktor utama yang perlu mereka harus titikberatkan.

Namun Kerr yang mengkaji bersama-sama Soroye menegaskan bahawa in bukan masalah focus atau tidak focus akan punca permasalahan lebah Bumblebee. Malah Kerr menyatakan bahawa perubahan iklim adalah petanda bahawa kepupusan besar-besaran bakal berlaku. Jika tidak libatan petanda ini, masalah lebih besar bakal melanda, kata Kerr.

Perdebatan sesama saintis ini memang biasa berlaku. Tapi ini tidak menghalang para saintis untuk mencari solusi kepada lebah Bumblebee yang semakin terancam di Amerika Utara dan Eropah. Jadi bagaimana kita mahu menyelamatkan lebah ini? Bagi warga USA, Kanada, dan negara-negara Eropah, penanaman bunga serta perlindungan seperti rumah hijau yang mampu mengawal suhu adalah aktiviti penting untuk kembalikan populasi lebah Bumblebee seperti dahulu. Walaupun kecil, ia bakal memberikan manfaat di masa hadapan.

Jika tidak mahu populasi lebah dan tebuan di negara Malaysia mengalami masalah sama dengan lebah Bumblebee, kita tanamkan saja bunga sebanyak mungkin, atau bin ataman untuk banyakkan lagi populasi lebah dan tebuan. Walaupun kitalah yang berpotensi musnahkan alam, ingatlah kita juga mampu menyelamatkan alam sekitar dengan tangan sendiri.

RUJUKAN:

McRae. M (7 Februari 2020). Bumblebees Are in Trouble, as Rising Temperatures Drive Their Decline. Science Aler. Retrieved from 8 February 2020. https://www.sciencealert.com/many-species-of-bumblebee-will-be-extinct-within-decades-as-temperatures-rise?

Main. D (6 February 2020). Bumblebees are going extinct in a time of ‘climate chaos’. National Geography. Retrieved from 8 February 2020. https://www.nationalgeographic.com/animals/2020/02/bumblebees-going-extinct-climate-change-pesticides/

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.