Lawang Sewu: Tempat Paling Seram Di Indonesia

3,779

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Lawang Sewu bermakna seribu pintu dalam bahasa Jawa. Bangunan ini terletak di Kota Semarang, Indonesia.

Walaupun namanya bermaksud seribu pintu, namun ianya hanya untuk kiasan bahawasanya bangunan ini mempunyai banyak pintu. Rekod mendapati hanya terdapat 429 pintu. Walaupun begitu, daun pintu pada bangunan ini dikira lebih dari 1000 kerana ada pintu yang mempunyai dua daun pintu malah ada yang mempunyai empat daun pintu.

Contoh pintu dengan empat daun pintu

Bangunan ini juga mempunyai tingkap yang besar. Maka jika dilihat dari jauh, ianya bagaikan pintu. Maka masyarakat sekitar menamakan bangunan ini sebagai Lawang Sewu.

Pembinaan bangunan ini bermula sekitar tahun 1904 dan disiapkan pada tahun 1907. Bangunan ini merupakan pejabat pentadbiran Indische Spoorweg Maatscappij (NIS) iaitu syarikat keretapi Belanda. Syarikat ini juga yang membina jalur keretapi pertama di Indonesia yang menghubungkan Semarang, Surakarta dan Yogyakarta.

Arkitek yang terlibat dalam pembinaan bangunan ini ialah Prof Jacob F Klinkhamer dan B.J Ouendag dari Amsterdam Belanda. Bangunan ini mempunyai lima blok dan halaman yang besar.

Pelan bangunan untuk kegunaan pengunjung

Disebabkan bangunan ini tidak lagi boleh memuatkan pengurusan NIS, maka ianya berpindah ketempat lain. Selepas itu, penjajah Belanda dan Jepun menggunakan bangunan ini sebagai penjara.

Dalam kebanyakan portal yang bercerita tentang bangunan ini, mereka sering kali menyebut bangunan ini dengan dua nama lain iaitu Penjara Berdiri dan Penjara Jongkok (bongkok). Ini berdasarkan cerita tentang tahanan yang diseksa semasa bangunan ini dijadikan pusat tahanan suatu masa dulu.

Tahanan akan ditempatkan dibahagian ruang bawah bangunan dan diarah berdiri dalam bilik-bilik kecil. Bilik itu hanya berkeluasan 1 meter persegi dan tahanan akan dipaksa berhimpit dalam ruang kecil itu sekitar 7-8 orang.

Manakala satu lagi ruang mempunyai ketinggian 500cm (0.5 meter). Tahanan dipaksa berbongkok dan air dimasukkan ke dalam ruang itu separas leher.

Tahanan akan m4ti lemas dalam air ataupun m4ti terhimpit. Selepas itu m4yat mereka akan dibuang ke sungai dibelakang bangunan ini.

Bahagian bawah bangunan ini

Sejak dibuka untuk pameran pada tahun 2011 pelbagai kejadian aneh menghantui bangunan itu. Pada tahun 2014, ruang untuk masuk ke bahagian bawah ditutup dan dimaklumkan untuk proses pembaikan. Namun sehingga tahun 2020, ruang itu masih belum dibuka untuk dilawati pengunjung.

Dikatakan pada tahun 2013, satu aktiviti pengambaran dilakukan dibahagian bawah bangunan ini. Seorang lelaki ditinggal bersendirian dalam kegelapan dalam dirakam oleh kamera produksi. Dia duduk disitu tidak sampai lima minit dan memanggil krew pengambaran untuk membawa dia keluar. Khabar angin mengatakan dia meninggal dunia tiga hari selepas itu namun tidak diketahui sejauh mana kebenaran kisah ini.

Tangga untuk menuju ke ruang bawah

Pada bahagian halaman bangunan ini, terdapat satu telaga yang tidak digunakan. Dikatakan pengujung selalu mendengar suara tangisan yang berpunca dari dalam telaga itu pada malam hari.

Telaga itu terletak didalam pondok batu

Satu filem seram turut dibikin berdasarkan kisah mistik bangunan ini pada tahun 2007. Ianya bertajuk Lawang Sewu : Dendam Kuntilanak yang mengisahkan tentang tujuh remaja yang masuk ke dalam bangunan ini pada malam hari selepas mendengar kisah tentang seorang gadis yang hilang dalam bangunan ini.

Pintu yang menghubungkan setiap bilik di bangunan ini

Seperti yang tuliskan diatas, bangunan ini hanya mempunyai jumlah 429 pintu. Maklumat ini tidak dapat dipastikan kerana ada juga sumber yang menulis jumlah 426. Namun, hanya lebih kurang 200 pintu dibuka untuk dimasuki dan dilawati. Mungkin juga masih terdapat pintu rahsia yang belum dijumpai.

Bangunan ini dipelihara dan digunakan sebagai muzium. Yuran kemasukan dikenakan sebanyak 10ribu rupiah untuk melawat bangunan ini. Perkhidmatan pemandu pelangcong turut disediakan untuk membawa anda bersiar-siar dalam bangunan.

Kalau dibaca daripada kebanyak blog dan laman internet yang ditulis berkenaan bangunan ini, mereka klarifikasi bangunan ini sebagai tempat paling seram di Indonesia dan nombor dua paling angker di Asia Tenggara. Tapi entah siapa yang verify rating yang mereka bagi tu.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.