Lawan Pedang Ahli Politik Perancis

516

Gambar adalah ‘duel’ atau cabaran lawan pedang sebenar antara dua orang ahli parlimen Perancis pada tahun 1967. Cabaran menggunakan pedang jenis épée adalah merupakan terakhir seumpamanya dalam peradaban manusia yang dapat disaksikan dan dirakamkan secara rasmi.

Perlawanan ini adalah antara Datuk Bandar Marseille, Gaston Defferre (kanan) dan calon Presiden Perancis ketika itu, René Ribière. Ia diadili oleh Jean de Lipkowskiin (tengah) yang kemudiannya merupakan Setiausaha Hubungan Luar Perancis.

Selepas beberapa ketika berlawan, ia akhirnya dihentikan oleh Lipkowskiin selepas Ribière cedera dan luka ditikam sebanyak dua kali di tangan oleh Defferre, malah pastinya mengambil kira pula Ribière yang akan berkahwin esoknya. Kasi chance lah ye tak.

Puncanya?

Defferre memaki Ribière dengan; “Diamlah, bodoh!” di dalam parlimen mereka atau apa yang dinamakan sebagai Assemblée Nationale. Ribière yang terkesan dengan gelaran tersebut kemudiannya berang lantas mencabar Defferre berlawan pedang, dan cabaran itu disahut.

Kau bayangkan kalau dalam Parlimen Malaysia macam ni, lepas kena hina dengan panggilan entah apa-apa macam beruk, contohnya lepas speaker panggil ahli parlimen Taliban, atau lepas Jelutong minta tarik balik entah apa-apa, terus mereka ni semua ajak lawan pedang.

Jawabnya, hari ni rasmi parlimen, belum sempat sepenggal perbahasan, semua ahli parlimen dah mampus kena tikam dek lawan pedang. Akibatnya, lebih 20 tahun rakyat Malaysia bergaduh hal sia-sia, cerita asyik pasal lawan pedang je lah kerjanya. #eh

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.