Latar Belakang Pendidikan Keluarga Monarki Jepun

725

Saya sangat kagum dengan latar pendidikan dan kesarjanaan keluarga diraja Jepun.

1. Akihito yang baru saja turun takhta merupakan saintis dalam bidang biologi marin — kepakarannya adalah sains ikan (ichthyology). Telah menerbitkan banyak jurnal saintifik. Antaranya pernah diterbitkan oleh Nature dan Science.

2. Masahito — adik Akihoto, saintis dalam bidang penyelidikan kanser. Kepakarannya adalah pembahagian sel.

3. Michiko — isteri Akihito, banyak menyumbang dalam bidang sastera. Telah menerbitkan banyak karya sastera termasuk buku kanak-kanak. Sebahagian karyanya diterjemah ke dalam bahasa Perancis.

4. Takahito — pakcik Akihito. Digelar sebagai ‘Sarjana Diraja’ (Imperial Scholar). Mempunyai kepakaran dalam bidang arkeologi, pengajian timur tengah dan bahasa semitik. Pernah menjadi pensyarah di pelbagai universiti di Jepun. Sering muncul di kaca televisyen dan radio.

5. Naruhito — Maharaja Jepun terkini pernah menjadi pelajar di University of Oxford. Memiliki Sarjana (Master) dalam bidang sejarah dan kemanusiaan.

6. Masako — Maharani Jepun terkini bergraduasi dari Harvard University dalam bidang ekonomi.

7. Fumihito mempunyai Ph.D dari University of Oxford. Merupakan saintis dalam bidang sains ikan seperti ayahandanya. Dia juga mempunyai jurnal bersama ayahandanya.

8. Kiko — isteri Fumihito, berpengetahuan dalam psikologi. Mempunyai Ph.D dari Ochanomizu University.

9. Nako — anak perempuan Akihito, saintis dalam bidang pengajian burung (ornithology). Bekas penyelidik di Tamagawa University. Berpengetahuan dalam sastera.

9. Mako — anak perempuan Fumihito, mempunyai Sarjana (Master) dalam bidang sejarah dan arkeologi dari University of Leicester. Merupakan penyelidik dan ahli arkeologi di Muzium Universiti Tokyo.

10. Kako — anak perempuan Fumihito, baru saja menamatkan pengajian dalam bidang psikologi dari Leeds University.

11. Akiko — cucu saudara perempuan Akihito. Mempunyai Ph.D dari Oxford University dalam Sejarah Seni Jepun. Merupakan saintis di banyak institut di Jepun. Bekas Profesor Madya di Ritsumeikan University.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.